Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Teheran

Koordinat:35°41′21″U51°23′20″T / 35.68917°U 51.38889°T /35.68917; 51.38889
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengandungisenarai rujukan, bacaan berkaitan ataupautan luar,tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekuranganpetikan dalam baris. Sila bantu untukmemperbaiki rencana ini denganmemperkenalkan petikan yang lebih tepat.(Jun 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Tehran
تهران
Teheran
Pemandangan latar langit utara Tehran
Pemandangan latar langit utara Tehran
Mohor rasmi Tehran
Ralat Lua pada baris 419 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.
Koordinat:35°41′21″U51°23′20″T / 35.68917°U 51.38889°T /35.68917; 51.38889
NegaraIranIran
WilayahTehran
KauntiTehran
Ray
Shemiranat
DaerahCentral
Pentadbiran
 • Datuk BandarPirouz Hanachi
 • Pengerusi Majlis Bandar RayaMohsen Hashemi Rafsanjani
Keluasan
 • Bandar
615 km2 (237 batu persegi)
 • Metro
2,235 km2 (863 batu persegi)
Aras900 to 1,830 m (2,952 to 6,003 ft)
Penduduk
 • Kepadatan11,800/km2 (31,000/batu persegi)
 • Bandar
8,693,706[3]
 • Metro
16,000,378[4]
 • Population rank in Iran
1st
DemonimTehrani (en)
Zon waktuUTC+03:30 (IRST)
 • Musim panas (DST)UTC+04:30 (IRDT)
Kod-kod kawasan(+98)021
IklimBSk
Laman sesawangwww.tehran.ir

Teheran atauTehran (Parsi:تهران,rumi: TehrānDisebut: [tehˈɾɒːn]) adalah ibu kotaIran dan terletak di tengah tengahWilayah Teheran. Dengan berbekalkan populasi 8,429,807;[6] ia juga adalah sebuah bandar dan kawasan perbandaran yang terbesar diIran,[7] salah satu bandar yang terbesar diAsia Barat, sertabandar ke-21 terbesar di dunia.

Tehran secara geografi terletak sangat dekat dengan beberapa sempadan, termasuk sempadan Turkmenistan di timur laut.[8]

Ia juga adalah pusat perindustrian Iran di mana setengah daripada industri Iran berpusat di sini. Industri-industri ini termasuklah industri automobil, elektrikal dan elektronik, pembuatan senjata, tekstil, dan beberapa industri kimia. Terdapat juga industri penapisan minyak berdekatan dengan Tehran.

Pada abad ke 20, terdapat migrasi penduduk ke Teheran dari seluruh Iran. Maka, pada hari ini, penghuni kota ini terdiri daripada masyarakat berbilang suku dan agama termasuk orang-orangAzeri,Armenia,Kurdi danYahudi.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Teheran pada mulanya hanyalah kampung kecil dan kurang dikenali berbanding dengan bandarRhage yang terletak berdekatan. Namun begitu kedatangan tenteraMongol membawa kepada kemusnahan Rhages menyebabkan ramai penghuni kota itu melarikan diri ke Teheran. Terdapat juga sumber menyatakan ketika zaman pemerintahan Mongol, Teheran dikenali sebagai "Tehran Rhages" (طهرانِ ری‎).

Orang Eropah pertama yang menjejakkan kaki di Teheran berkemungkinan adalah DonRuy Gonzáles de Clavijo. Beliau ketika itu dalam perjalanan keSamarkand (diUzbekistan) yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan empayar Mongolia.

Selepas zaman pemerintahan Mongolia, Iran diperintah oleh kerajaanSafavid. Ketika kurun ke-17 (era Safavid,) Teheran menjadi ibu kota Iran dan sebuah bazaar dan dinding kota dibina olehTahmasp I. Namun begitu, ibu kota Iran ditukar ke tempat lain ketika zamanAbbas I. Pertukaran berpunca daripada peristiwa dimana beliau jatuh sakit ketika melewati kota ini dalam peperangan menentang tenteraUzbek.

Pada awal abad ke 18,Karim Khan Zand memerintahkan agar dibina sebuah istana dan juga beberapa pejabat kerajaan di Teheran, berkemungkinan ingin menjadikan Teheran sebagai pusat pemerintahan Parsi. Tetapi selepas itu, beliau menukar pusat pemerintahannya keShiraz. Pada tahun1795, ketika Parsi dibawah pemerintahanQajar,Raja Agha Mohammad Khan menjadikan Teheran sebagai ibu kotaEmpayar Parsi.[9] Teheran terus menjadi pusat pemerintahan Iran dengan penggubalan perlembagaan baharu merasmikankan statusnya dalamkerajaan Iran pada 6 Oktober 1907; tarikh ini diraikan sebagai "Hari Tehran".[10]

Kota ini menjalani kerja-kerja raya mendadak pada tahun-tahun 1933 dan 1937 untuk membuka ruang prasarana pengangkutan sehingga menyebabkan perobohan sebilangan bangunan bersejarah.[11][12] Ketika zaman pemerintahanShah Mohammad Reza juga, banyak mercu tanda lama di Teheran turut dirobohkan atau dibiarkan kerana baginda berpendapat mercu tanda mercu tanda dan bangunan-bangunan lama tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada kota moden. Kebanyakan binaan ini diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan-bangunan baru.

Ketika tercetusnyaPerang Teluk, Teheran dibedil dengan peluru berpandu Iraq menyebabkan banyak infrastrukturnya rosak teruk dan ramai penduduk awamnya terkorban.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Muka bumi

[sunting |sunting sumber]

Kawasan terangkum dalam Teheran mempunyai banyak tempat yang berbeza ketinggian sehingga menjejaskan suhu persekitaran: misalnyaDataran Tajrish di kawasan utara kota terletak setinggi 1712.6 m dari paras laut manakala stesen kereta api kota di selatan jauh lebih rendah dengan 1117 meter dihubungkan Jalan Valiasr yang yang berjarak 17.3 kilometer.[13] Kawasan utara lebih berbukit-bukau cenderung sejuk berbanding di selatan.

Suhu dan iklim

[sunting |sunting sumber]

Teheran mempunyaiiklim separuh gersang sejuk (pengelasan iklim Köppen: BSk) bercirikaniklim benua dengan corak kerpasan miripiklim Mediterranean dipengaruhi kedudukan ia antara pergununganAlborz di utara dan kawasan bergurun tengah Iran.

Data iklim untuk Tehran-Shomal (north of Tehran), Altitude: 1548.2 M from: 1988–2005
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)16.4
(61.5)
19.0
(66.2)
23.8
(74.8)
33.6
(92.5)
33.6
(92.5)
37.8
(100.0)
39.8
(103.6)
39.4
(102.9)
35.6
(96.1)
31.2
(88.2)
23.0
(73.4)
19.0
(66.2)
39.8
(103.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)6.1
(43.0)
8.1
(46.6)
12.9
(55.2)
19.8
(67.6)
25.0
(77.0)
31.2
(88.2)
33.9
(93.0)
33.5
(92.3)
29.3
(84.7)
22.4
(72.3)
14.3
(57.7)
8.6
(47.5)
20.4
(68.8)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)−1.5
(29.3)
−0.2
(31.6)
4.0
(39.2)
9.8
(49.6)
14
(57)
19.6
(67.3)
22.6
(72.7)
21.9
(71.4)
17.5
(63.5)
11.6
(52.9)
5.4
(41.7)
1.0
(33.8)
10.5
(50.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F)−11.4
(11.5)
−11.0
(12.2)
−8.0
(17.6)
−1.6
(29.1)
3.0
(37.4)
12.0
(53.6)
15.4
(59.7)
13.5
(56.3)
8.8
(47.8)
2.6
(36.7)
−5.2
(22.6)
−9.6
(14.7)
−11.4
(11.5)
Puratakerpasan, mm (inci)63.1
(2.48)
66.5
(2.62)
83.3
(3.28)
50.1
(1.97)
27.1
(1.07)
4.0
(0.16)
4.2
(0.17)
3.2
(0.13)
3.4
(0.13)
16.5
(0.65)
41.3
(1.63)
66.3
(2.61)
429
(16.9)
Purata bilangan hari hujan12.310.912.310.08.93.33.41.61.35.88.610.789.1
Purata bilangan hari salji8.96.62.50.10.1000000.64.923.7
Puratakelembapan relatif (%)67595344393031313344576646
Purata bulananjangka masa sinaran matahari137.2151.1186.0219.1279.8328.7336.6336.8300.5246.8169.4134.12,826.1
Sumber:[14]

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Sekitar 30% tenaga buruh daripada sektor awam dan 45% firma industri besar terletak Teheran. Hampir setengah daripada tenaga buruh di Teheran bekerja di sektor kerajaan dan selebihnya berkerja di kilang-kilang, perniagaan-pernigaan kecil, dan juga pengangkutan. Pelaburan asing terutamanya dari negara-negara barat, di kota ini adalah rendah berikutan hubungan keruhkerajaan Iran dengan negara-negara barat. tetapi, sebelum revolusi Iran, terdapat banyak syarikat-syarikat barat beroperasi di Teheran. Industri-industri moden di Teheran kebanyakannya adalah industri pembuatan seperti pembuatan barangan elektrik dan elektronik, tekstil, makanan, bahan kimia dan senjata api. Terdapat juga industri otomobil dan berdekatan Teheran, terdapat pusat penapisan minyak. Pasaran saham awam Teheran pula dikenali sebagaiBursa Saham Teheran.

Bandar-bandar kembar

[sunting |sunting sumber]

Tehrandikembarkan bersama bandar-bandar:[15][16][17][18]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"City of Tehran Statisticalyearbook"(PDF).
  2. ^Tehran, Environment & GeographyDiarkibkan 2015-11-17 diWayback Machine. Tehran.ir.
  3. ^"Statistical Center of Iran > Home"(PDF).
  4. ^"Major Agglomerations of the World - Population Statistics and Maps".citypopulation.de. 2018-09-13. Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-09-13.
  5. ^Urban population: Data forTehran County. ~97.5% of county population live in Tehran city
    Metro population: Estimate on base of census data, includes central part of Tehran province andKaraj County andFardis fromAlborz province
  6. ^"World: largest cities and towns and statistics of their population". Diarkibkan daripadayang asal pada 10 January 2010. Dicapai pada5 August 2010.
  7. ^Ali Madanipour."Tehran (Iran) : Introduction".Encyclopædia Britannica. Dicapai pada17 Mei 2021.
  8. ^https://www.iranicaonline.org/articles/tehran-i/
  9. ^Amanat, Abbas (1997).Pivot of the Universe: Nasir Al-Din Shah Qajar and the Iranian Monarchy, 1831–1896.University of California Press.ISBN 9780520083219. Dicapai pada26 Disember 2014.
  10. ^Fatemeh Askarieh (6 Oktober 2018)."Citizens of Capital Mark Tehran Day on October 6". Iran Front Page.
  11. ^Chaichian, Mohammad (2009).Town and Country in the Middle East: Iran and Egypt in the Transition to Globalization. New York: Lexington Books. m/s. 95–116.ISBN 978-0-7391-2677-6.
  12. ^Vahdat Za, Vahid. (2011)."Spatial Discrimination in Tehran's Modern Urban Planning 1906–1979".Journal of Planning History. Texas A&M University. m/s. 49–62. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Oktober 2015.
  13. ^Tools, Free Map."Elevation Finder".www.freemaptools.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2 Februari 2017.
  14. ^I.R. OF IRAN SHAHREKORD METEOROLOGICAL ORGANIZATION (IN PERSIAN)Diarkibkan 2017-08-29 diWayback Machine. 1988–2010
  15. ^"گذری بر خواهرخوانده تهران در شرق اروپا".isna.ir (dalam bahasa Parsi). Iranian Students' News Agency. 2018-03-21. Dicapai pada2020-06-18.
  16. ^"The Twin Cities of Oxford, Cambridge and London".oxford-royale.com. Oxford Royale Academy. 2017-02-16. Dicapai pada2020-06-18.
  17. ^"Twin towns of Minsk".minsk.gov.by. Minsk. Dicapai pada2020-06-18.
  18. ^"Gradovi pobratimi: Spisak".sarajevo.ba (dalam bahasa Bosnia). Sarajevo. Dicapai pada2020-06-18.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Teheran.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTeheran
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Teheran&oldid=6741687"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp