Tarō Asō (麻生 太郎,Asō Tarō, lahir 20 September 1940) ialah seorang ahli politik dariJepun yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara tersebut sehingga Oktober 2021. Beliau berkhidmat sebagaiPerdana Menteri Jepun ke-94 dari September 2008 hingga September tahun yang berikutnya setelah beliau dikalahkan dalam pilihan raya umum Jepun pada Ogos tahun tersebut.
Beliau telah berkhidmat dalamDewan Perwakilan Jepun sejak tahun 1979. Beliau merupakan Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri dari tahun 2005 hingga 2007, dan merupakan Setiausaha Am[1]Parti Liberal Demokrat (LDP) dalam tempih yang singkat pada 2007 dan 2008. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Presiden[1] parti tersebut dari tahun 2008 hingga 2009 di mana beliau digantikan oleh,Sadakazu Tanigaki pada 28 September 2009.
Taro Aso berumur 68 tahun , lahir pada20 September1940 di Iizuka,Fukuoka. Taro Aso berugamaRoman Katolik. Bapanya Takakichi Aso, merupakan pengerusi syarikat Aso Cement Company dan mempunyai hubungan yang intim dengan Perdana Menteri Jepun,Kakuei Tanaka. Ibunya pula anak perempuan kepada Perdana Menteri Jepun,Shigeru Yoshida. Taro Aso juga cucu kepadaToshimichi Okubo. Isteri Taro Aso pula anak ketiga kepada Perdana Menteri Jepun,Zenko Suzuki. Adiknya Nabuko berkahwin denganPutera Tomohito dariMikasa, sepupuMaharaja Akihito.
Taro Aso belajar ekonomi dan politik di Universiti Gakushuin. Kemudian belajar diUniversiti Stanford ,Amerika Syarikat dan dibimbangi cenderung berbudaya Amerika / Barat. Kemudian beliau belajar di Sekolah Ekonomi London.
Beliau pernah bekerja dalam lombongpermata diSierra Leone,Afrika. Ketika perang saudara di Sierra Lieone, Taro Aso kembali ke Jepun. Aso bekerja dalam syarikat bapanya pada 1966 dan menjadi presiden syarikat dari 1973-1979.
Pada Oktober 1979, Taro Aso terpilih dalam Dewan perwakilan Jepun dan sejak itu terpilih 8 kali. Pada 1988 beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran di Parlimen.
Beliau menjadi Menteri Dalam Negeri , Pos dan Telekomunikasi semasa Perdana MenteriJunichiro Koizumi yang berkuasa pada 2003. Pada 31 Oktober 2005, beliau menjadi Menteri Luar Negeri. Beliau menyertai kelab elit iaituKono Group - caucus LDP yang dipimpin olehYohei Kono.
Pada 2006 sepatutnya Taro Aso menggantikan Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun. Tetapi ditewaskan olehShinzo Abe . Shinzo Abe dilihat lebih moderat berbanding dengan Aso yangkonservatif.
Pada14 September2007, apabila Shinzo Abe mengumumkan meletak jawatan, Taro Aso mengumumkan akan bertanding jawatan perdana menteri. TetapiYasuo Fukuda mendahuluinya kerana lebih 'dovish' dan disokong pula olehNobutaka Machimura,Fukushiro Nukaga dan Koizumi.
Pada1 Ogos2008, Fukuda melantik Taro Aso sebagai Setiausaha Agung LDP . Apabila Fukuda meletak jawatan, Taro dipilih menjadi Presiden LDP pada22 September2008. Beliau menerima 351 undi dari keseluruhan 527 undi. Saingan beliau ,Kouru Yasano mendapat 66 undi .Yuriko Koike mendapat 46 undi.
Pada24 September2008, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke-92 selepas dilantik oleh Dewan Rakyat Jepun. Dewan Tertinggi Parlimen Jepun dikuasai oleh pembangkang dan pembangkang memilihIchiro Ozawa. Taro Aso mendapat 337 undi sementara Ichiro Ozawa mendapat 117 undi.
Pada19 Julai2007, ketika berada diTakaoka, beliau mempersoalkan nilai 78,000 yen dengan 16,000 yen. Hanya pesakitAlzheimer boleh menjelaskannya.
Pada2001, dalam mesyuaratKono Group, Taro Aso menegaskanHiromu Nonako dari puak minoritiBurakumin tidak boleh dipilih menjadi Perdana Menteri Jepun.
Pada 2001, ketika menjadi Menteri Ekonomi Jepun , beliau mahu lebih ramaiYahudi kaya-raya lebih selesa menetap di Jepun.
Pada 15 Oktober 2005, Taro Aso berkata rakyat Jepun patut berbangga kerana memiliki 1 bangsa, 1 tamadun , 1 bahasa , 1 budaya dan 1 kaum sahaja dan hanya satu-satunya di dunia ini. Negara Jepun boleh dipercayai kerana tidak pernah terlibat dalam eksploitasi politik dan petroleum diTimur Tengah, tidak pernah berperang atau menembak menggunakan mesingan. Jepun berjaya melakukan apa yang Amerika sendiri gagal melakukannya. Memiliki mata biru dan rambut blond tidak semestinya baik. Sedangkan Jepun memiliki wajah kekuningan.
Beliau disukai oleh golongan muda kerana ucapan selamba / bersahaja dan minat budayapop Jepun.
Ketika belajar di Universiti Stanford, keluarganya mengirim majalahManga - sejenis bukukomik kartun yang agak panjang . Beliau membaca 10 ke 20 majalah Manga setiap minggu. Pada 2007, ketika menjadi Menteri luar Negeri, Taro Aso memperkenalkan Anugerah Manga Antarabangsa kepada pelukis komik Manga yang bukan berbangsa Jepun.[2]
Taro Aso memperolehi 351 dari 525 undi dalam pemilihan ahli Parlimen LDP dan perwakilan parti cawangan tempatan.
Saingan beliau ialah Menteri ekonomi Jepun, Kaoru Yosano hanya mendapat 65 undi. Manakala Menteri Pertahanan Jepun, Yuriko Kaoke hanya mendapat 46 undi , hanya kerana beliau wanita pertama Jepun. Nobuteru Ishihara mendapat 37 undi . Sementara Shigeru Ishiba mendapat 25 undi.
Sebagai strategi memperkukuhkan LDP, Taro Aso akan melantik Yoriko Koike dalam kabinetnya nanti, Taro juka akan melantik pencabar-pencabarnya dalam jawatan penting kabinet. Harapan beliau agar semua bersatu di bawah kepimpinannya nanti.
Taro Aso merupakan tokoh yang konservatif yang menyokong perbelajaan kerajaan memulihkan ekonomi negara terbesar Asia itu. Taro pernah 3 kali tewas dalam pemilihan Perdana Menteri Jepun. Mulanya ramai ahli ekonomi Jepun tidak setuju campur tangan kerajaan dalam perjalanan ekonomi negara. Mereka lebih senang dengan ekonomi bebas, yang bergantung penuh kepada kuasa pasaran - permintaan dan penawaran . Perbelanjaan kerajaan akan membazirkan wang cukai rakyat dan mendedahkan kepada ketidaktentuan ekonomi.
Tetapi Menteri Ekonomi , Kaoru Yasano mahu belanjawan berimbang menjelang 2012 bagi mengurangkan saiz hutang Jepun. Sehingga 2008, hutang Jepun sepatuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun itu sendiri.