Tapu[1][2][3] [ta.pu] atautabu[4] [ta.bu] merujuk kepadaadat dantradisi budaya dalam alamPolinesia yang perihal cara mendepani sesuatu perkara yang suci sehingga melibatkanPantang larang danperaturan tertentu.
Ia lazim dalam kalangan budaya orang-orang rumpuan budaya di situ termasuk diFiji,Aotearoa,Samoa,Kiribati,Rapanui,Tahiti,Hawaii danTonga. Penemuan konsep ini di Tonga terutamanya olehJames Cook yang memerhatikan pantang-larang diberi untuk pemakanan penduduk setempat di sana menjadi meluas setelah perkenalan idea ini ke dunia Barat, melalui kata terbitan dalambahasa Inggeris iaitutaboo [tĕ.bu]:[5]
Not one of them would sit down, or eat a bit of any thing.... On expressing my surprise at this, they were all taboo, as they said; which word has a very comprehensive meaning; but, in general, signifies that a thing is forbidden.[6]
["Tiada satu daripada mereka mahu duduk mahupun merasa sedikit makanan tersebut.... Mereka menjelaskan setelah melihat saya terkejut bahawa kesemua makanan initabu; perkataan tersebut mempunyai maksud mendalam; namun, ia secara umumnya bermaksud perkara tersebut dilarang."]