Pekan Tapah Road | |
---|---|
![]() | |
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Batang Padang |
Mukim | Pekan Tapah Road |
Keluasan | N/A |
Pekan Tapah Road merupakan pecahan kawasan pentadbiran baginegeri Perak.
Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Pekan Tapah Road merupakan salah sebuahmukim yang terdapat dalamnegeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiranDaerah Batang Padang.
Tapah Road adalah sebuah pekan kecil 9 km dari bandarTapah dalam perjalanan menuju ke bandarTeluk Intan. Tapah Road menarik kerana ada sebuah stesen kereta api menuju kePadang Besar diutara atauSingapura diselatan.
Di bandarTapah , tidak adastesen kereta api. Oleh itu penduduk sekitarHilir Perak /Perak Selatan yang ingin menggunakan perkhidmatankereta api perlu pergi ke Stesen Kereta api Tapah diTapah Road. Terdapat landasan kereta api antara Tapah Road dengan warf diTeluk Intan untuk mengangkutgetah,bijih timah dankayu balak semasa zaman penjajahBritish diTanah Melayu. Jambatan besi dibina menyeberangiSungai Bidor untuk membolehkan kereta api sampai ke pangkalan warf (pengkalan) di tepiSungai Perak. Tetapi kini perkhidmatan tersebut telah dihentikan terutama setelah sekumpulangajah melanggar kereta api diSungai Kerawai pada 1888.
Syarikat Gamuda JV dan MTD sedang membesarkan dan memperbaiki landasan kereta api dan stesen kereta api di Tapah Road. Projek ini ditangguh pada awal 2004 berikutan masalah kewangan tetapi kemudian disambung semula.