Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tanaman berbilang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanaman berbilang merujuk kepada kegiatan pertanian yang mengamalkan penanaman beberapa jenistanaman di sesebuah kawasan pada masa yang sama. Ia merupakan salah satu jenis kegiatanpolikultur. Tergolong di dalam kegiatan ini termasuklahpenanaman dwimusim, yang dilakukan serta-merta selepas tanaman sebelumnya dituai, danpenanaman geganti, yang dilakukan pada penghujung tempoh penanaman sebelumnya dan beberapa ketika sebelum penuaian dilakukan. Di samping itu,penanaman selingan turut tergolong dalam kegiatan tanaman berbilang ini. Ia dilakukan dengan menanamtumbuhan di ruang-ruang kosong di antara tanaman utama. Kegiatan yang berkaitan dengannya pula ialahpenanaman berpasangan, yang biasanya dilakukan di taman bunga-bungaan atau kebun sayur-sayuran. Satu contoh penanaman berbilang ialah penanamantomato,bawang dan bunga marigold. Bunga ini telah dibuktikan sebagai ajen pencegah serangga perosak tomato.

Kegiatan tanaman berbilang ini boleh ditemui di pelbagai tradisi bercucuk-tanam di seluruh dunia. Di Garthwal Himalaya,India, satu amalan yang dikenali sebagaibaranaja melibatkan penanaman 12 atau lebih tumbuhan di dalam satu kawasan sepertikacang,sekoi sertabijirin dan kemudiannya menuai di waktu yang berbeza-beza.

Kegiatan penanamanpadi juga diamalkan sebegini ini. Dua jenis padi selalunya ditanam pada dua musim yang berbeza. Kegiatan ini memerlukan sistem pengairan yang baik. Satu jenis padi, biasanya yang amat memerlukan air, ditanam padamusim hujan, manakala padi jenis yang kurang memerlukan air pula ditanam pada musim kemarau. Ketika inilah sistem pengairan memainkan peranannya bagi kesuburan padi. Amalan ini menyaksikan kejayaan Revolusi Pertanian di Asia terutamanya dengan penemuan padi jenis hasil tinggi. Padi jenis ini memerlukan tempoh penanaman yang singkat sekitar 100 hari berbanding jenis biasa yang memerlukan 150 hingga 180 hari untuk tumbuh. Kegiatan tanaman berbilang sebegini adalah amat popular di negara-negaraAsia.

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanaman_berbilang&oldid=4911948"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp