Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yangtanihnyatertepu dengankelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.[2] Antara jenis-jenis tanah lembap termasukpaya,rawang, danbencah.Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasamasin,tawar, ataupayau. Tanah lembap terbesar di dunia ialahPantanal yang merentangi negara-negaraBrazil,Bolivia danParaguay diAmerika Selatan.
Tanah lembap telah dikategorikan sebagaibiom danekosistem.[3] Sesebidang daratan yang mendapat takungan air selepas ribut hujan tidak wajar dikira sebagai "tanah lembap" semata-mata kerana tanahnya menjadi lembap. Tanah lembap ada ciri-ciri yang unik, yang mana ia dibezakan denganjasad air ataubentuk bumi yang lain berasaskanparas airnya dan jenistumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya. Tanah lembap tertentu juga disifatkan mempunyaiaras air bumi yang berdiri di atas atau dekatpermukaan tanah selama satumusim setahun yang cukup lama untuk menampungtumbuhan air.[3][7][8] Secara ringkasnya, tanah lembap ialah tanah yang terbentuk daripadatanah hidrik.
Tanah lembap juga diperikan sebagai sejenisekoton yang menyediakan peralihan antaratanah kering danjasad air.[9] Mitsch dan Gosselink menulis bahawa tanah lembap wujud "...di ruang hubung kait antaraekosistemdaratan danperairan sejati, oleh itu memang berbeza dengan satu sama lain, tetapi amat bergantung pada kedua-duanya."[10]
Mengikut perjanjian pemuliharaan tanah lembap antarabangsaRamsar, tanah lembap ditakrifkan seperti berikut:
Perkara 1.1: "… kawasanpaya,rawa,tanah gambut, baik secara semula jadi atau buatan, tetap atau sementara, dengan air tergenang atau mengalir, air tawar, payau atau masin termasuk juga perairan laut yang dalamnya tidak melebihi enam meter pada waktu air surut."
Perkara 2.1: "[Tanah lembap] boleh mengandungi kawasantebing dan tepi pantai yang bersebelahan dengan tanah lembap, sertapulau atau jasad air laut yang dalamnya melebihi enam meter pada waktuair surut di dalam tanah lembap".
Di Amerika Syarikat, tanah lembap ditakrifkan sebagai "kawasan yang dibanjiiri atau tertepu dengan air tanah pada kekerapan dan jangka masa yang cukup untuk menampung, dan dalam keadaan normal boleh menampung, tersebar luasnya tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tersesuai dengan kehidupan dalam keadaan tanah tepu. Tanah lembap secara amnya termasuk paya, rawa, bencah dan kawasan seumpamanya"[11]. Sesetengah negeri sepertiMassachusetts danNew York mempunyai takrifan berasingan yang mungkin berbeza dengan peraturan persekutuan AS.
Suhu di tanah lembap banyak berbeza-beza mengikut tempat letaknya. Kebanyakan tanah lembap di dunia berada di tempat beriklim sederhana (di tengah jalan antara kutub dan khatulistiwa). Dalam zon-zon sedemikian, musim panasnya panas dan musim sejuknya sejuk, cuma suhunya tidak melampau. Namun begitu, tanah lembap yang ditemui di zon tropika, iaitu di sekitar khatulistiwa, sentiasa panas. Misalnya, suhu tanah lembap diSemenanjung Arab, boleh mencapai 50 °C (122 °F). DiSiberia timur laut yang beriklim kutub, suhu tanah lembap boleh menjunam serendah −50 °C (−58 °F). Di kawasan iklim sederhana pula, sepertiTeluk Mexico, suhunya sekitar 11 °C (51 °F).
The amount of rainfall a wetland receives depends upon its location. Wetlands in Wales, Scotland, and Western Ireland receive about 150 cm (59 in) per year. Those in Southeast Asia, where heavy rains occur, can receive up to 1000 cm (200 in) In the northern areas of North America, wetlands exist where as little as 18 centimeters (6 inches) of rain fall each month
Tanah lembap melakukan dua fungsi penting yang berkaitan dengan perubahan iklim. Ia mempunyai kesan tebatan menerusi kebolehannya untukmenadah karbon, serta kesan penyesuaian melalui kebolehannya untuk menakung dan mengawal air.
Hutan dan tanihpaya gambut disalir, dibakar, digali dan diragut secara berlebihan sehingga menyumbang kepada perubahan iklim yang teruk. Oleh sebab tanah gambut hanya membentuk 3% kawasan darat sedunia, maka degradasi tanah ini bersamaan dengan 7% lepasankarbon dioksida (CO2) bahan api fosil sedunia. Kesan daripada penyaliran gambut, karbon organik yang dikumpul selama ribuan tahun yang lalu dan biasanya berada di dasar air, tiba-tiba terdedah kepada udara, lalu terurai dan bertukar menjadi karbon dioksida (CO2) yang terlepas ke dalam atmosfera. Kebakaran tanah gambut juga menyebabkan proses sebegitu, apatah lagi menghasilkan kepulan asap besar yang merentasi sempadan antarabangsa, dan begitulah yang terjadi di Asia Tenggara setiap tahun.
Dengan membina empangan, Wetlands International sedang menambat penyaliran tanah gambut di Asia Tenggara, sekaligus menghindari pengeluaran CO2 yang berlebihan. Usaha pemulihan hutan dengan spesies pokok asli serta pasukan bomba tetangga juga terlibat dalam pendekatan yang bersepadu dan berjimat, seperti yang diamalkan di Kalimantan Tengah dan Sumatera, Indonesia.
Pokok bakau, dataran banjir, tanah tinggi dan tanah lembap lain boleh mengurangkan kesan kerpasan berlebihan, ribut, peleburan glasier dan juga kenaikan paras air. Fungsi tanah lembap mengawal dan menadah adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah. Oleh itu, untuk melindungi orang-orang yang hidup berdekatan atau jauh di hilir sungai dari kawasan tanah lembap dan punca mata pencarian mereka, tanah lembap harus dipelihara dan dipulihkan supaya ia boleh terus memainkan peranan pentingnya.
Tanah lembap sering menjadi mangsa kegiatan penyaliran besar-besaran untukpembangunan hartanah, ataupembanjiran untuk dijadikantasik rekreasi. Pada tahun 1993, separuh jumlah tanah lembap di dunia sudah tersalir.[12] Semenjak 1970-an, usaha pemeliharaan tanah lembap demi fungsi semula jadinya lebih banyak diberi penekanan, walaupun adakalanya boleh mendatangkan belanja yang lebih. Tanah lembap memberikan fungsi kawalan banjir yang berharga, dan juga berkesan sekali dalam penapisan dan pembersihanair yang tercemar[13] (yang selalu berpunca dariair larian pertanian dari ladang yang menggantikan tanah lembap pada mulanya). Untuk menggantikankhidmat ekosistem tanah lembap ini, sejumlah besar wang telah dibelanjakan untuk membina lojipenulenan air dan langkah-langkah pemulihan, pembinaan empangan, tetambak dan bermacam-macam lagi kawalan banjir buatan manusia.
Templat:UtaraKonvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa, Terutamanya Habitat Unggas Air, atau Konvensyen Ramsar, ialah sebuahperjanjian antarabangsa yang dicipta untuk menangani kebimbangan sedunia mengenai kehilangan dan degredasi tanah lembap. Tujuan utama perjanjian ini adalah menyenaraikan tanah lembap yang berkepentingan antarabangsa serta memupuk penggunaannya secara bijak, selaras dengan matlamat utamanya untuk memelihara tanah lembap sedunia. Antara cara-caranya termasuk menyekat kemasukan ke sebahagian besar kawasan tanah lembap, serta mendidik orang ramai untuk membasmi tanggapan salah bahawa tanah lembap ialah tempat buangan.
^abc"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-08-19. Dicapai pada2010-12-13.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "class" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Mitsch, William J. (2007-08-24).Wetlands (ed. 4th). New York: John Wiley & Sons.ISBN978-0471699675.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)