Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tanabata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Tanabata" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Julai 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Tanabata (七夕) atauPerayaan Bintang adalah salah satu perayaan yang berkaitan dengan musim diJepun,China, danKorea. Perayaan besar-besaran dilakukan di setiap bandar di Jepun, termasuk di antaranya bandarSendai dengan pestaSendai Tanabata. Di China, perayaan ini disebutQi Xi.

Tarikh festival Tanabata dahulunya mengikuttakwim lunisolar yang kira-kira sebulan lebih lambat daripadatakwim Gregorius. Sejak takwim Gregorius mula digunakan di Jepun pada zaman Meiji, perayaan Tanabata diadakan pada malam7 Julai, hari ke-7 bulan ke-7 takwim ini, atau sebulan lebih lewat sekitar8 Ogos.

Aksarakanji yang digunakan untuk menulis Tanabata boleh dibaca sebagaishichiseki (七夕, malam ke-7). Pada zaman dahulu, perayaan ini juga ditulis dengan aksara kanji yang berbeza, tetapi tetap dibaca Tanabata (棚機). Tradisi perayaan ini berasal dari China yang diperkenalkan di Jepun padazaman Nara.

Tarikh perayaan

[sunting |sunting sumber]
Hiasan Tanabata diSendai

Pada zaman China purba, terdapat tradisi merayakan pergantian musim pada bulan ke-7 hari ke-7 menurutkalendar Cina (bulan ke-7 merupakan bulan pertama musim gugur). Alasan dan sejak bila hari ke-7 bulan ke-7 mula dijadikan hari istimewa tidak diketahui dengan pasti. Sastera tertua yang menceritakan peristiwa hari tersebut ialahSimin yueling (四民月令, almanak petani) karyaCui Shi yang menulis tentang tradisi menjemur atau mengangin buku di bawah sinar matahari.

Menurut kalendar yang pernah digunakan di Jepun sepertikalendar Tempo, Tanabata dirayakan pada hari ke-7 bulan ke-7 sebelum perayaanObon. Setelahtakwim Gregorius mula digunakan di Jepun, Tanabata dirayakan pada 7 Julai, sedangkan sebahagian upacara dilakukan pada malam hari6 Julai. Di wilayah Jepun sebelah timur sepertiHokkaido danSendai, perayaan dilakukan sebulan lebih lambat sekitar 8 Ogos.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Tanabata dikatakan sebagaisinkretisme antara tradisi Jepun kuno mendoakan arwah leluhur atas keberhasilan tuaian dan perayaanQi Qiao Jie yang berasal dari China mendoakan kemahiran wanita dalam menenun. Pada awalnya, Tanabata merupakan sebahagian dari perayaanObon, tapi kemudian dijadikan perayaan berbeza. Daunbuluh (sasa) digunakan sebagai hiasan dalam perayaan kerana dipercayai menjadi tempat tinggal arwah leluhur.

Legenda Qi Xi pertama kali disebut dalam sasteraGushi shijiu shou (古詩十九編, 19 puisi lama) dariDinasti Han yang dikumpulkan menjadi kitab antologiWen Xuan (文選). Selain itu, Qi Xi juga tertulis dalam kitabJing-Chu suishi ji (荊楚歲時記, perayaan dan tradisi tahunan wilayah Jing-Chu) dari zamanDinasti Utara dan Selatan, dan kitabCatatan Sejarah Agung. SasteraJing-Chu suishi ji mengisahkan para wanita memasukkan benang berwarna-warni indah ke dalam lubang 7 batang jarum pada malam hari ke-7 bulan ke-7 yang merupakan malam bertemunya Qian Niu dan Zhi Nu, dan persembahan diletakkan berjajar di halaman untuk memohon kepandaian dalam pekerjaan menenun.

Legenda asli Jepun tentang Tanabatatsume dalam kitabKojiki mengisahkan seorang pelayan wanita (miko) bernama Tanabatatsume yang harus menenun pakaian untuk dewa di tepi sungai, dan menunggu di rumah menenun untuk dijadikan isteri sang dewa buat semalam agar perkampungan terhindar dari bencana. Perayaan Qi Xi dihubungkan dengan legenda Tanabatatsume, dan nama perayaan diubah menjadi "Tanabata". Padazaman Nara, perayaan Tanabata dijadikan salah satu perayaan di istana maharaja yang berkaitan dengan musim. Di dalam kitab antologi puisiwaka berjudulMan'yōshū terdapat puisi tentang Tanabata karyaŌtomo no Yakamochi dari zaman Nara. Setelah perayaan Tanabata meluas ke kalangan rakyat biasa di zaman Edo, tema perayaan bertembung dari pekerjaan tenun menenun hinggalah kepandaian anak perempuan dalam pelbagai bidang sebagai persiapan sebelum berkahwin.

Legenda

[sunting |sunting sumber]

Legenda Tanabata di Jepun dan China mengisahkan bintangVega yang merupakan bintang tercerah dalamburuj Lyra sebagai Orihime (Shokujo), puteriRaja Langit yang pandai menenun. BintangAltair yang berada diburuj Aquila dikisahkan sebagai sebagai penggembala lembu bernama Hikoboshi (Kengyū). Hikoboshi rajin bekerja hingga diizinkan oleh Raja Langit untuk mengahwini Orihime. Suami isteri Hikoboshi dan Orihime hidup bahagia, tapi Orihime tidak lagi menenun dan Hikoboshi tidak lagi menggembala. Raja Langit sangat marah dan kedua-duanya dipaksa berpisah. Orihime dan Hikoboshi dipisahkan oleh sungai Amanogawa (galaksiBima Sakti) dan hanya diizinkan bertemu setahun sekali pada malam hari ke-7 bulan ke-7. Kalau kebetulan hujan turun, sungai Amanogawa akan meningkat dan Orihime tidak mampu menyeberangi sungai untuk bertemu suami. Sekawanan burungkasasagi terbang menghampiri Hikoboshi dan Orihime yang sedang bersedih dan berbaris membentuk jambatan yang melintasi sungai Amanogawa supaya Hikoboshi dan Orihime boleh menyeberang dan bertemu.

Sastera klasik tentang legenda Tanabata melahirkan kepelbagaian cerita rakyat di banyak daerah di China. Di beberapa tempat, variasi legenda Tanabata dijadikan naskah sandiwara dan diangkat sebagai naskahOpera China. Antara naskah-naskah yang terkenal sepertiTian he pei dipentaskan sebagaiOpera Beijing. Kisahnya tentang penggembala lembu bernama Niulang yang mencuri pakaian salah seorang bidadari bernama Zhinu yang sedang mandi. Niulang mengahwini dengan Zhinu hinggalah bidadari Zhinu harus kembali ke langit. Niulang mengejar Zhinu naik ke langit, tapi ibu Zhinu yang bernamaXi Wangmu (dewi syurga) memisahkan tempat tinggal Niulang dan Zhinu dengan sebuah sungai. Cerita ini mirip dengan cerita rakyat Jepun yang berjudulHagoromo.

Bintang bernama Zhinu dan bintang bernama Niulang pertama kali disebut dalam kitabShi Jing (kira-kira terbitan1000 SM), tapi tidak secara pasti menunjuk ke bintang yang spesifik. Dalam kitabCatatan Sejarah Agung asalDinasti Han Barat, bintang Niulang menunjuk keburuj Taurus dan bintang Zhinu menunjuk ke buruj Kawatsusumi. Sesuai dengan perkembangan legenda Tanabata, bintang Niulang (Hikoboshi) akhirnya menunjuk ke bintang Altair.

Tradisi

[sunting |sunting sumber]

Perayaan dilakukan pada malam ke-6 bulan ke-7, atau pagi hari ke-7 bulan ke-7. Sebahagian besar upacara dimulakan setelah tengah malam (pukul 1 pagi) di hari ke-7 bulan ke-7. Ketika tengah malam, bintang-bintang naik mendekatizenith, dan merupakan saat bintang Altair, bintang Vega, dan galaksi Bima Sakti paling mudah dilihat.

Kebarangkalian untuk hari cerah pada hari ke-7 bulan ke-7 kalendar Cina adalah lebih besar daripada 7 Julai yang masih merupakan musim panas. Hujan yang turun pada malam Tanabata disebutSairuiu (洒涙雨), dan konon berasal dariair mata Orihime dan Hikoboshi yang menangis kerana tidak dapat bertemu.

Festival Tanabata dimeriahkan tradisi menulis permohonan di atastanzaku atau secarik kertas berwarna-warni. Tradisi ini khas di Jepun dan sudah ada sejakzaman Edo. Kertastanzaku terdiri daripada 5 warna (hijau,merah,kuning,putih, danhitam). Di China, tali untuk mengikat terdiri daripada 5 warna dan bukan kertasnya. Permohonan yang dituliskan padatanzaku boleh jadi bermacam-macam, sesuai dengan keinginan orang yang menulis.

Kertas-kertastanzaku yang berisi pelbagai jenis permohonan diikatkan pada ranting daun buluh membentuk pohon harapan pada hari ke-6 bulan ke-7. Orang yang kebetulan tinggal berhampiran laut mempunyai tradisi melarung pohon harapan ke laut sebagai tanda puncak perayaan, tetapi kebiasaan ini sekarang semakin ditinggalkan orang kerana hiasan banyak yang diperbuat daripada plastik.

Perayaan di pelbagai daerah

[sunting |sunting sumber]

Tanabata diraikan secara besar-besaran di bandar-bandar, seperti:Sendai,Hiratsuka,Anjo, danSagamihara. Perayaan dimulakan setelahPerang Dunia II untuk menaikkan ekonomi, terutama di wilayah Jepun utara.

Pada zaman dulu,Sendai sering kali dilanda kekurangan makanan akibatkemarau danmusim sejuk yang terlalu dingin. Di kalangan penduduk, lahir tradisi menulis permohonan di atas secarik kertastanzaku untuk meminta dijauhkan dari bencana alam.Date Masamune menggunakan perayaan Tanabata untuk memajukan pendidikan bagi kaum wanita, dan hiasan daun buluh mula kelihatan di kediaman samurai dan penduduk bandar. Padazaman Meiji danzaman Taisho, perayaan dilangsungkan secara kecil-kecilan hingga penyelenggaraan diambil alih oleh pusat membeli belah pada tahun1927. Pusat membeli belah memasang hiasan Tanabata secara besar-besaran, dan tradisi ini berlanjutan hingga sekarang sebagaiSendai Tanabata.

Lihat pula

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTanabata
Ikon tunas

Rencana berkaitanJepun ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanabata&oldid=5607735"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp