Datin Paduka Dr.Tan Yee Kew (lahir 14 Februari 1953) ialah ahli politik wanitaMalaysia berketurunanCina. Beliau merupakan mantan Ahli ParlimenWangsa Maju selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Ahli ParlimenKlang selama tiga penggal (1995-2008) serta mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa (2004-2008).
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew DSSA (Selangor) | |
|---|---|
![]() | |
| AhliParlimen Malaysia bagiWangsa Maju Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 24,238 (PRU-14) |
| AhliParlimen Malaysia bagiKlang,Selangor | |
| Dalam jawatan 1995–2008 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 13,281 (PRU-11) 5,673 (PRU-10) 6,124 (PRU-9) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1953-02-14)14 Februari 1953 (umur 72) Klang,Malaya (kini Malaysia) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Dr. Low Sew Ming |
| Anak | 2 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
Beliau sebelum ini adalah dari partiBN-MCA. Pilihan raya pertama beliau ialah Pilihan raya umum Malaysia 1990 dan bertanding di parlimen Puchong mewakiliBN. Namun beliau tewas kepada calonDAP dengan majoriti 2,281 undi.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 berliau bertanding di parlimen Klang dan berjaya menewaskan calonDAP. Beliau kekal sebagai ahli parlimen Klang mewakili partiBN-MCA selama tiga penggal iaitu dari tahun 1995-1999, 1999-2004 dan 2004-2008.
Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepadaMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan SriRafidah Aziz. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2008.
Pada tahun 2008, beliau mengumumkan keluar daripada partiBN-MCA dan menyertaiParti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Beliau bertanding buat pertama kalinya dalam parti baharu pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) di Parlimen Tanjong Malim namun demikian beliau ditumpas oleh penyandang parlimen itu. PadaPilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Wangsa Maju bagi mengganti penyandangnya sebelum iniTan Kee Kwong dariPKR yang tidak bertanding. Beliau menang kerusi tersebut dengan majoriti 24,238 undi.
| Tahun | Kawasan | Undian | Pct | Pencabar(s) | Undian | Pct | Ballots cast | Majoriti | Turnout | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1990 | P91Puchong,Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 32,686 | 48.31% | V. David (DAP) | 34,967 | 51.69% | 68,684 | 2,281 | 69.57% | ||
| 1995 | P100Klang,Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 28,984 | 52.96% | Fong Kui Lun (DAP) | 22,860 | 41.77% | 54,724 | 6,124 | 76.87% | ||
| Mohd Yusof Jasmin (PAS) | 1947 | 3.56% | ||||||||||
| 1999 | P100Klang,Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 30,201 | 54.61% | Teng Chang Khim (DAP) | 24,528 | 44.36% | 56,325 | 5,673 | 69.81% | ||
| Tan Siow Eng (MDP) | 570 | 1.03% | ||||||||||
| 2004 | P110Klang,Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 32,138 | 63.02% | Wong Ah Peng (DAP) | 18,857 | 36.98% | 52,265 | 13,281 | 70.57% | ||
| 2013 | P77Tanjong Malim,Perak | Tan Yee Kew (PKR) | 23,897 | 44.75% | Ong Ka Chuan (MCA) | 28,225 | 52.86% | 53,399 | 4,328 | 82.80% | ||
| 2018 | P116Wangsa Maju,Kuala Lumpur | Tan Yee Kew (PKR) | 42,178 | 57.30% | Yew Teong Look (MCA) | 17,940 | 24.37% | 74,509 | 24,238 | 84.21% | ||
| Razali Tumirin (PAS) | 13,490 | 18.33% | ||||||||||