Taman Eram ialah sebuah taman Parsi bersejarah diShiraz,IranRajah skema sebuah taman Parsi. Perhatikan struktur kuadripartit dengan ciri air tempatan yang menyambungkan akueduk, dan pokok-pokok di sekeliling dan juga peletakan istanaTaman Shazdeh adalah salah satu taman terbesar diWilayah Kerman.
Sebagaimana yang diungkapkan perkataan itu,taman-taman sebegitu pernah dipagari. Matlamat taman itu ialah untuk menyediakan tempat bagi kerehatan terlindung dalam pelbagai jenis:kerohanian dankesenggangan, pada dasarnyasyurga di atas muka bumi. Perkataan dalambahasa Proto-Iran bagi "ruang berpagar" ialah *pari-daiza- (Avestapairi-daēza-), satu istilah yang diambil olehagama Kristian untuk menggambarkanTaman Eden atauFirdaus di atas muka bumi.[2]
Pembinaan taman itu mungkin secara formal (dengan penekanan terhadap struktur) atau secara bersahaja (dengan penekanan terhadap alam semulajadi), dengan mengikuti beberapa peraturan rekabentuk yang mudah. Ini membolehkan pemaksimuman, dari segi fungsi dan emosi, apa yang dapat dilakukan di dalam taman itu.
Taman Parsi mungkin bermula seawal 4000 SM. Tembikar berhias pada zaman itu memaparkan pelan rentas biasa bagi taman Parsi. Pelan rangkaTaman Pasargad yang dibangunkan sekitar 500 SM masih dapat dilihat sehingga kini.
Semasa pemerintahanSassan (kurun ke-3 hingga ke-7 M), dan di bawah pengaruhZoroastrianisme,air menjadi semakin penting dalamseni. Kecenderungan ini dapat dilihat dengan jelas dalam reka bentuk taman, dengan penekanan yang lebih besar terhadapair pancut dankolam di dalam taman.
Semasa pemerintahan Islam, aspek estetik taman menjadi bertambah penting, mengatasi kebergunaan. Semasa zaman ini, peraturan estetik yang mengatur taman bertambah penting. Contohnya,chahār bāgh (چهارباغ), sejenis taman yang cuba menyaingiEden, dengan empat batang sungai dan empat sukuan yang mewakili dunia. Rekabentuknya kadang-kala diperluaskan satu paksi lebih panjang daripada silang-sumbu, dan mungkin menonjolkan saluran-saluran air yang melalui setiap empat taman dan bersambung dengan kolam pusat.
Pencerobohan Parsi olehMongols pada kurun ke-13 membawa penekanan baru terhadapstruktur hiasan yang bersangatan di dalam taman. Contoh perkara ini termasuklahTree peony danpokok bunga kekwa.[penjelasan diperlukan] EmpayarMongol kemudian membawa tradisi taman Parsi ke ceruk lain dalam empayar mereka (terutamanyaIndia).
Babur memperkenalkan taman Parsi keIndia. TamanAram Bāgh yang kini tidak terurus merupakan yang pertama dalam banyak taman Parsi yang dibinanya.Taj Mahal merangkum konsep Parsi mengenaitaman syurga yang ideal.
Wangsa Safawiyah (kurun ke-17 hingga 18) membina dan memajukan susun atur besar dan epik yang melampaui perluasan ringkas kepada sebuah istana dan menjadi bahagian penting yang estetik dan berfungsi. Dalam kurun-kurun berikutnya, rekabentuk tamanEropah mula mempengaruhi Parsi, terutamanya rekabentukPerancis, dan keduanyaRusia danUnited Kingdom. Pengaruh Barat membawa pada perubahan dalam penggunaan air dan spesies yang digunakan pada dasar.
Bentuk dan gaya tradisional masih digunakan dalam taman-taman Iran moden. Ia juga kelihatan di tapak-tapak bersejarah,muzium dan dilampirkan kepada rumah golongan berada.
Unsur-unsur taman Parsi seperti bayang-bayang,jub, danhayāt gaya halaman pada sebuah taman awam di Shiraz.
Cahaya matahari dan kesannya adalah faktor penting bagi rekabentuk struktur di dalam taman Parsi. Tekstur dan bentuk dipilih secara khusus oleharkitek untuk memanfaatkan cahaya itu.[penjelasan diperlukan]
Haba kering diIran membuatkan bayang-bayang menjadi penting di dalam taman-taman, yang hampir-hampir tidak dapat digunakan tanpanya. Sebahagian besar pokok-pokok danjunjung menonjol sebagai bayang-bayang;astaka dantembok juga penting secara struktur dalam menghalang cahaya matahari.
Haba juga membuatkan air menjadi penting, dalam rekabentuk dan penyelenggaraan taman. Pengairan mungkin diperlukan, dan mungkin dibekalkan melalui sejenis terowong bawah tanah yang dipanggilqanat, yang mengangkut air dariakuifer tempatan. Struktur seumpamaperigi kemudian disambungkan kepada qanat yang membolehkan air dikeluarkan. Sebagai pilihan,perigi Parsi yang digerakkan binatang dapat mengeluarkan air ke permukaan. Sistem roda sebegitu juga menggerakkan air sekeliling sistem air permukaan, seperti pada gayachahar bāgh. Pokok-pokok sering ditanam di dalam parit yang dipanggiljuy, mencegahpenyejatan air dan membolehkan air sampai keakar pokok dengan pantas.
Gaya Parsi sering cuba menyepadukan unsur dalam bangunan dengan luar bangunan menerusi sambungan taman yang mengelilingi denganhalaman dalam. Perekabentuk sering menempatkan unsur-unsur senibina sepertilengkung kekubah antara kawasan luar dan dalam untuk membuka pembahagi antara kedua-duanya.
Gambaran terawal taman Parsi (dari separuh pertama kurun ke-4 SM) ditemui di dalamOeconomicus olehXenephon yang menyatakan bahawaSocrates menyampaikan cerita lawatan panglimaSpartaLysander ke atas putera ParsiCyrus the Younger, yang memperlihatkannya "syurga di Sardis". Dalam cerita ini, Lysander "hairan dengan keindahan pokok-pokok di dalamnya, semuanya ditanam pada selang jarak yang sama, barisan lurus panjang dahan yang melambai-lambai, keseragaman yang sempurna, simetri segi empat tepat keseluruhannya, dan banyak haruman manis yang terhidu ketika mereka mundar-mandir di taman itu"[3]
Gambaran berupa dan ilustrasi taman Parsi tertua datang daripada pengembara dari barat yang sampai Iran. Kisah-kisah ini termasuklahIbn Battutah pada kurun ke-14,Ruy Gonzáles de Clavijo pada kurun ke-15 danEngelbert Kaempfer pada kurun ke-17. Ibn Battutah dab de Clavijo cuma sekadar lalu menyebutkan taman-taman dan tidak menggambarkan rekabentuknya, tetapi Kaempfer melukis dengan cermat dan menukarkannya kepada turisan terperinci setelah kembali ke Eropah. Ia mempamerkan taman-taman gaya chahar bāgh yang menonjolkan tembok berpagar, kolam-kolam segi empat tepat, jaringan dalaman terusan-terusan, astaka-astaka taman dan tanaman subur. Terdapat contoh-contoh gaya taman begini yang masih terselamat diYazd (Dowlatabad) dan diKashan (Bāgh-e Fin). Lokasi taman-taman yang dilukiskan Kaempfer diIsfahan dapat dikenalpasti.
Enam gaya utama taman Parsi dapat dilihat pada jadual berikut, yang meletakkannya menurut konteks fungsi dan gayanya. Taman tidak terbatas kepada gaya tertentu, tetapi sering menyepadukan gaya-gaya berbeza, atau mempunyai kawasan-kawasan dengan fungsi dan gaya yang berbeza.
Bagi jenis awam, ia adalah susun atur Parsi klasik dengan penekanan besar terhadapestetik berbanding fungsi. Struktur buatan manusia di dalam taman adalah sangat penting, denganlengkung dankolam (yang mungkin digunakan untuk mandi). Dasarnya sering dilitupi dengankerikil yang ditandai dengan batu. Tanaman biasanya sangat ringkas - seperti satu barisan pokok-pokok yang juga membekalkan bayang-bayang.
Bagi jenis persendirian, taman-taman ini selalunya berpusatkan kolam dan sekali lagi berstruktur. Kolam berperanan sebagai fokus dan sumber kelembapan bagi persekitaran sekeliling. Terdapat sedikit tumbuh-tumbuhan, selalunya kerana keterbatasan bekalan air dikawasan bandar.
Ini adalah tamanformal awam yang lebih menekankan unsurbiotik daripadahayāt dan mengurangkan struktur. Tumbuh-tumbuhan berjulat daripokok-pokok,pokok renek,tanaman batas hinggalahrumput. Sekali lagi, terdapat unsur-unsur seperti kolam dan lorong kerikil yang membahagikanhalaman rumput. Apabila struktur digunakan, ia selalunya dibina, sebagai contoh astaka, untuk membekalkan teduhan.
Taman ini adalah persendirian dan formal. Struktur asasnya terdiri daripada empat sukuan yang dibahagikan oleh jalan air atau lorong. Secara tradisinya, golongan berada menggunakan taman sebegini bagi fungsi berkaitan kerja (seperti menghiburkanduta). Taman ini menyeimbangkan struktur dengan tumbuh-tumbuhan hijau, dengan tumbuhan-tumbuhan kerap ditanam sekeliling kolam dan struktur berasaskan laluan.
Seperti kebanyakantaman lain, taman Parsi memberikan fungsi awam kasual dengan penekanan terhadap kehidupan tumbuh-tumbuhan. Ia menyediakan lorong dan tempat duduk, tetapi sebaliknya terbatas dalam ertikata unsur struktur. Matlamat tempat sebegini ialah bersantai dan bersosial.
Seperti taman kasual yang lain,bāgh menekankan aspek alam semulajadi dan kehijauan taman. Tidak seperti taman awam, ia adalah kawasan persendirian yang sering dilampirkan kepada rumah dan selalunya terdiri daripadahalaman rumput, pokok dan tanaman dasar. Jalan air dan lorong kurang menonjol berbanding gaya yang lebih formal dan sebahagian besarnya bersifat fungsian. Fungsi utama kawasan sebegini ialah kawasan bersantai keluarga.
Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/South West Asia" tidak wujud.
^Although the genuine Old Persian form must have been *paridaida-, Modern Persianpalīz 'garden' from Middle Persianpalēz presupposes a variant *pardaiza- (withsyncope of-i-), which seems to be thecognate of *paridaida- from a different Iranian language (Avestan, Median or Parthian) borrowed into Persian still in an early period.
Rostami, Raheleh., Hasanuddin, Lamit., Khoshnava, S. Meysam., Rostami, Rasoul (2014). "The Role of Historical Persian Gardens on the Health Status of Contemporary Urban Residents". Journal of EcoHealth, 11 (3), 308-321.
Rostami, Raheleh., Hasanuddin, Lamit., Khoshnava, S. Meysam., Rostami, Rasoul (2011). "Contribution of Historical Persian Gardens for Sustainable Urban and Environment: Lessons from Hot Arid Region of IRAN". American Transaction on Engineering and Applied Sciences 1(3), 281-294.
Khonsari, Mehdi; Moghtader, M. Reza; Yavari, Minouch (1998).The Persian Garden: Echoes of Paradise. Mage Publishers.ISBN 0-934211-46-9.