Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Taman Negara Ulu Temburong

Koordinat:4°28′41″U115°12′28″T / 4.478°U 115.2077°T /4.478; 115.2077
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Negara Ulu Temburong
Permata Hijau Brunei
IUCN Kategori II (Taman negara)
Perjalanan menaiki bot panjang di Sungai Temburong ke Taman Negara Ulu Temburong
Ralat Lua pada baris 419 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.
LokasiTemburong
Bandar raya terdekatBrunei Darussalam
Koordinat4°28′41″U115°12′28″T / 4.478°U 115.2077°T /4.478; 115.2077
Luas488.59 kilometer persegi (188.65 bt2)
Ditubuhkan1991
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Negara Ulu Temburong merupakan taman negara pertama yang diasaskan diBrunei dan dilindungi sejak 1991. Taman tersebut terletak diDaerah Temburong di timurBrunei dan meliputi kira-kira 40% bahagian selatan daerah itu seluas 550 kilometer persegi (210 bt2). Ia terletak di dalamHutan Simpan Batu Apoi.[1] Hutan daranya dikenali sebagai "Permata Hijau Brunei",[2] diperikan sebagai "contoh polisi perlindungan hutan kesultanan yang paling berjaya".[3] Sungai-sungai utamanya ialah Sungai Temburong dan Sungai Belalong. Ia merupakan pusatekopelancongan yang penting di Brunei dan menempatkan Resort Ulu Ulu.[4]Hutan Simpan Peradayan juga terletak di daerah sini.[5]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Jambatan gantung di Taman Negara Ulu Temburong

Taman Negara Ulu Temburong terletak di bahagian paling timurBrunei Darussalam, di Daerah Temburong. Ia bersempadan dengan tiga daerah lain selain negeriSarawak di Malaysia. Ia hutan hujan pamah yang meliputi 212 batu persegi (550 km2).[2][6][7] Taman ini terletak di kawasan atas bahagian timur Brunei. Bahagian selatan terdapat perbukitan dengan gunung-ganang setinggi 1,800 meter (5,900 ka) dan tanah pamahnya terletak di cerun-cerun utara. Bentuk muka buminya berpantai dan dilalui oleh beberapa batang sungai yang membentuk lembah-lembah sempit.[7]

Taman ini hanya boleh dicapai melalui sungai dengan bot panjang[8] dari ibu kotaBrunei,Bandar Seri Begawan. Tempat persinggahan bot pertama adalah di pekanBangar tempatSungai Limbang keluar dari Sarawak dan mengalir ke Teluk Brunei di muara bakau yang berlumpur. Perjalanan dari pekan Bangar ke Batang Duri adalah melalui jalan darat dan ia merupakan tempat bermulanya perjalanan menaikibot panjang di Sungai Temburong untuk ke taman negara. Bot-bot dikawal olehorang Iban yang berpengalaman, mendayung melepasi beting, kayu balak dan batu-batu besar. Sebuah rangkaian laluan pejalan kaki, jambatan dan tangga yang luas sepanjang 7 kilometer (4.3 bt)[8] telah dibina untuk menjangkau seluruh taman. Papan tafsiran menyediakan maklumat di sepanjang perjalanan.[8] Terdapat juga laluan tinjau berkanopi. Laluan pejalan kaki ini, dibina dengan menara keluli yang menyokong lintasan kabel, berada 50 meter (160 ka) dari tanah untuk meninjau sudur pokok tertinggi dan melihat pemandangan belantara.[6]

Flora

[sunting |sunting sumber]

Tumbuhan di hutan simpan ini adalah dari jenishutan hujan pamah tropika dengan genusShorea,Dryobalanops danDipterocarpus sebagai spesies dominan. Hutan bukit dan hutan pamah primernya merupakan hutandipterokarpa, sedangkanhutan pergunungan rendah kebanyakannya terdapat di selatan.Hutan bakau terletak di pesisiran.[6] Spesiesrotan pula banyak di permukaan tanah. Tumbuhan lain yang biasa dicatatkan di hutan ini adalahhalia,asam batu,gesneriad,keladi dan bungaIxora. Di sepanjang sungai, terdapat spesiespalma,pakis,lumut dankulampair.Pokok ara yang berbuah di atas dandi bawah tanah juga melimpah dan menjadi makanan burung.

Fauna

[sunting |sunting sumber]
Enggang badak
Kupu-kupu hitam kuning yang turut digelar "rajah putih"

Faunanya termasuk mamalia, reptilia, kupu-kupu dan serangga serta burung. Spesies fauna yang paling terkenal dan hidup sepenuhnya di atas pokok ialahungka Borneo Utara yang berwarna kelabu. Habitatnya kebanyakannya di sudur hutan dan terkadang dilihat di bahagian tengah kanopi.Tupai, khususnyatupai kerdil terkecil di dekat tempat tinggal manusia, dankatak batu berbintik hitam (Staurois natator) turut dilaporkan di taman ini. Anggerik dan ular, terutamanyaular kapak tokong, tinggal di puncak-puncak pokok.Memerang sepertimemerang licin boleh dilihat diSungai Temburong. Binatang lain yang terkenal di taman negara ini ialah katak pokok Belalong (Leptomantis belalongensis) dan biawak tanpa telinga (Lanthanotus borneensis).[9]

Terdapat empat ratus spesies kupu-kupu, sebahagiannya agak langka, dan yang paling terkenal adalahkupu-kupu Rajah Brooke yang digelar sebagai "rajah putih" sempenaJames Brooke. Kawasan ini pernah berada di bawah kuasa peribadi beliau semasa zaman penjajahan Sarawak; spesies jantan mempunyai warna sayap hitam legam dengan jalur hijau zamrud. Satu lagi jenis kupu-kupu adalah kupusurat (Idea stolli) yang berbintik hitam putih. Spesies hidupan lain pula termasuklipan,semut temenggung (Camponotus gigas),serangga tanglung dananai-anai.[6]

Kawasan Burung Penting

[sunting |sunting sumber]

Sebidang tanah seluas 70,000 hektar, meliputi taman ini dan sambungan ke Hutan Simpan Batu Apoi telah disahkan olehBirdLife International sebagaiKawasan Burung Penting (IBA) kerana habitat hutannya menyokong sejumlah besar spesies burung yang terancam, antaranyapegar dada lekir,punai bakuk,punai bakau,botak kecil,upih rimba,helang kuik Kinabalu,helang hindik kecil,pekaka bukit,pacat kepala merah,bebarau raya,kekicau berjambul Borneo,rimba Borneo,sambar hutan Melayu dansambar biru paruh besar.

Enggang belukar (Anorrhinus galeritus),enggang badak (Buceros rhinoceros),takau kasturi (Eurylaimus ochromalus) danwalit adalah jenis burung yang terkenal di taman ini.[6]

Pemuliharaan

[sunting |sunting sumber]

Taman ini berada di bawah kawalan Jabatan Perhutanan Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan. Pejabat Ibu Pejabat Taman Negara terletak berhampiran kuala Sungai Belalong dan Sungai Temburong. Sebuah stesen penyelidikan (Pusat Kajian Lapangan Kuala Belalong) telah ditubuhkan olehUniversiti Brunei Darussalam pada tahun 1990. Ia terletak kira-kira 500 meter dari muara Sungai Belalong di tebing barat. Pusat penyelidikan ini berfungsi sebagai tapak penyelidikan, pengajaran dan latihan utama untuk komuniti penyelidikan antarabangsa dan universiti. Ia digunakan untuk pelbagai program kesedaran alam sekitar termasuk program pendidikan alam sekitar sekolah yang dikendalikan olehUniversiti Brunei Darussalam. Taman ini juga merupakan sebahagian daripada perjanjian pemuliharaan antarabangsaJantung Borneo.[10]

Penginapan

[sunting |sunting sumber]
Di sinilah tetamu mendaftar terlebih dahulu.

Satu-satunya penginapan di taman negara ini,Resort Ulu Ulu telah dibuka pada November 2008 dengan penswastaan kemudahan di Taman Negara Ulu Temburong di bawah kuasa Jabatan Perhutanan. Ini dianggap sebagai peristiwa bersejarah dalam pelancongan Brunei kerana ia merupakan Perkongsian Awam-Swasta (PPP) pertama antara syarikat pelancongan swasta (Sunshine Borneo Tours and Travel Sdn Bhd) dan kerajaanBrunei Darussalam.

Resort dengan 17 bilik tersebut adalah penginapan berkepadatan rendah dan mesra alam sekitar. Terdapat tiga kategori bilik; Standard (asrama), Superior (bilik berdua atau sekeluarga) dan Deluxe (katil kelamin).[11] Resort itu mempunyai bilik persidangan, auditorium, restoran, kedai hadiah dan cenderamata serta bilik permainan. Untuk menginap di resort itu, pengunjung dikehendaki awal-awal membuat tempahan pakej pelancongan Taman Negara Ulu Temburong untuk pergi dan pulang dariBandar Seri Begawan.

PPP itu terpaksa menangguhkan operasi pada 20 Jun 2020 berikutan Pandemik COVID-19 walaupun mendapat bantuan daripada Kementerian Kewangan & Ekonomi.[12]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^USA IBP (25 November 2009).Brunei Mineral & Mining Sector Investment and Business Guide. International Business Publications. m/s. 237–.ISBN 978-1-4330-0442-1. Dicapai pada8 Februari 2013.
  2. ^abThiessen, Tamara (1 Januari 2009).Borneo: Sabah, Brunei, Sarawak : the Bradt travel guide. Bradt Travel Guides. m/s. 145.ISBN 978-1-84162-252-1. Dicapai pada3 Februari 2013.
  3. ^Ledesma, Charles De; Lewis, Mark; Savage, Pauline (1 Disember 2003).Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei. Rough Guides. m/s. 596.ISBN 978-1-84353-094-7. Dicapai pada3 Februari 2013.
  4. ^"Welcome to Ulu Ulu Resort". Ulu National Park Resort. Dicapai pada3 Februari 2013.
  5. ^Rowthorn, Chris; Cohen, Muhammad; Williams, China (21 Jun 2008).Borneo.Lonely Planet. m/s. 233.ISBN 978-1-74059-105-8. Dicapai pada3 Februari 2013.
  6. ^abcdeBaker, Nick."Ulu Temburong National Park- untouched rainforest of Brunei". Ecology Asia. Dicapai pada7 Februari 2013.
  7. ^abWWF 2012.
  8. ^abcFont, Xavier; Tribe, John (2000).Forest Tourism and Recreation: Case Studies in Environmental Management. CABI. m/s. 136–.ISBN 978-1-84593-303-6. Dicapai pada8 Februari 2013.
  9. ^"Treasured find in Green Jewel » Borneo Bulletin Online".Treasured find in Green Jewel (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-22. Dicapai pada2022-10-22.
  10. ^Jabatan Perhutanan Brunei:The Heart of Borneo , dicapai 18 Februari 2013.
  11. ^"National Park Resort Accommodation".Ulu Ulu Resort - National Park, Temburong, Brunei Darussalam (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2020-02-10.
  12. ^"Cessation Notice".Ulu Ulu National Park Resort.Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2022. Dicapai pada2022-04-23.

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
Pangkalan data kawalan kewibawaanSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Taman_Negara_Ulu_Temburong&oldid=6770471"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp