Beliau termasuk salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Pada awalnya,Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain yang berasal dariMakkah. Kerap berniaga dan membawa barangan berharga diSyria. Ibunya bernama Sa'abah binti al-Hadrami.
Beliau masuk Islam setelah berjumpa dengan seorangpendetaNasrani ketika berniaga diBusra. Ketahanannya diuji dengan seksaan yang diterima oleh beliau danAbu Bakar ketika diMakkah di mana beliau telah didera oleh ibunya sendiri dan lima orang yang telah diupah oleh ibunya [kerana Talhah ibn Ubaidillah memeluk islam]Beliau sanggup meninggalkan hartanya yang banyak untuk memeluk Islam.
Rasulullah menggelarkan beliau sebagai "Syahid yang hidup" kerana keadaanfizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda. Hadis Nabi berkenaan kehebatan beliau:
"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah"