Talbinah adalah makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, biasanya dibuat dengan menambah susu dan madu atau juga serbukbarli kering. Dinamakan talbinah, kerana ia mempunyai persamaan dengan susu (al-laban), iaitu kerana sifatnya yang lembut dan putih.
Dalam Islam, terdapat riwayat dari Nabi Muhammadﷺ bahawa Talbinah dapat membantu meringankan keadaan psikologi orang yang sedang bersedih. Seperti dalam hadith:
Bahawa sesungguhnya apabila salah seorang anggota keluarganya meninggal dunia, maka berkumpullah para wanita. Kemudian mereka berpisah, kecuali keluarga dan orang-orang tertentu. Selepas itu, beliau (‘Aisyah radhiyallahu ‘anha) menyuruh diambilkan seperiuk talbinah. Lalu dia memasak dan membuat tsariid. Kemudian dia menuangkan bubur talbinah tersebut di atasnya. Setelah itu, ia berkata: “Makanlah bubur ini! Sesungguhnya, aku pernah mendengar Rasulullahﷺ bersabda: "Talbinah dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian rasa sedih"[1]