Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Takwim suria Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potongan suatu kalendar menunjukkan tarikh mengikut takwim Gregorius di bawah (bertulisan Rumi) dan takwim Thai di atas (bertulisan Thai).

Takwim suria Thai (Bahasa Thai:ปฏิทินสุริยคติpatithin suriyakhati) ialahpentarikhan rasmiThailand. Ia mula digunapakaiRaja Chulalongkorn (Rama V) pada tahun 1888 Masihi menggantikantakwim qamari yang sedia ada pada ketika itu.

Tahun semasa dikira 543 tahun awal dari takwimhitungan Gregorius di mana tahun pertama dikira mula dari tarikh yang dianggap meninggalnyaGautama Buddha pada 11 Mac543 SM, tahun ini ditandakan sedemikian sebagai "Tahun Buddha" atauPhutthasakkarat (พุทธศักราช, dipendekkan sebagai พ.)

Perkembangan

[sunting |sunting sumber]

Pada awalnya, masyarakat Siam menggunakan perkiraan hari berdasarkantakwim Burma dari mulanya pemujaan Siddharta Gautama Buddha,[1] pentarikhan ini diberi namaศักราชsakarat.

Raja Chulalongkorn menitahkan pengiraan tahun baharu dalam suatu zaman yang diperkenalkan sebagai ZamanRattanakosin (รัตนโกสินทรศกRattanakosin Sok, dipendekkan jadi ร.ศ.) pada 1889 tahun Masihi, di mana tarikh mulanya zaman ini dikira dari naiknya takhtaRaja Rama I memulakandinastinya serta penubuhan kotaBangkok sebagai kota diraja baharu (pada 6 April 1782 TM).

Perubahan terakhir kepada takwim ini ditetapkan oleh Perdana Menteri Thailand,Luang Phibunsongkhram dengan suatu perintah dikeluarkan pada 6 September 1940[2] mengumumkan bahawa tanggal 1 Januari 1941 menjadi tarikh permulaan Tahun Buddha 2484 selari dengan jalannya takwim Masihi. Hal ini menyingkatkan tempoh tahun Buddha 2483 yang sedang berlangsung menjadi hanya 9 bulan yakni 3 bulan lebih pendek dari tempoh setahun yang biasa:

Bulan1–34–67–910–121–34–67–910–121–34–67–910–121–34–67–910–12
TM1939194019411942
TB24812482248324842485
Bulan Thai10–121–34–67–910–121–34–67–91–34–67–910–121–34–67–910–12

Meskipun tahun baharu rasmi sudah selari dengan tahun baharu Barat, keraian Songkran masih dikekalkan lagi-lagi dengan suatu tarikh tetap pada 13 April.[3] Kedua-dua Tahun Baru Barat dan Tahun Baru Thai disambut sebagai cuti am rasmi di Thailand.

Penghitungan

[sunting |sunting sumber]

Tahun baru takwim ini pada awalnya dikira bersamaan dengan penampakan Matahari melintasi kedudukan burujHamal di langit, hari ini juga menandakan perayaanSongkran. Sebagai contoh, buruj Hamal mula ternampak pada 11 April pada tahun 1822;[4] maka Raja Vajiravudh memindahkan hari pertama pada 1 April 2455 TB, 1912 TM lalu 130 Tahun Rattanakosin hanya selama 356 hari dari 11 April 1911 hingga 31 Mac 1912.

Bulan takwim

[sunting |sunting sumber]

Nama bulan berasal dari namatanda-tanda zodiak yang diketahui dalamastrologi Hindu:

Nama BaratNama Thai (dengan perumian)KependekanNamaMelayu[5]Kata dasar dan maksudTanda zodiak
Januariมกราคม
mákàraa/mókkrara-khom
ม. ค.Makarakom
Jawi: مكراكوم
makara
"raksasa laut"
Kambing Duyung/
Capricornus
Februariกุมภาพันธ์
kumphaa-phan
ก. พ.Kumpapan
Jawi: كومڤاڤن
kumbha
"kendi, periuk air"
Timba/
Aquarius
Macมีนาคม
miinaa-khom
มี. ค.Minakom
Jawi: ميناكوم
mīna
"(sejenis ikan)"
Ikan/
Pisces
Aprilเมษายน
meesaǎ-yon
เม. ย.Misayon
Jawi: ميسايون
meṣa
"bebiri"
Bebiri/
Aries
Meiพฤษภาคม
phrɯ́tsaphaa-khom
พ. ค.Persepakom
Jawi: ڤرسڤاكوم
vṛṣabha
"lembu"
Jantan/
Taurus
Junมิถุนายน
míthùnaa-yon
มิ. ย.Mitunayon
Jawi: ‫ميتونايون
mithuna
"sepasang"
Kembar/
Gemini
Julaiกรกฎาคม
kàrákàdaa-khom
ก. ค.Karakadakom
Jawi: كاراكاداكوم
karkaṭa
"ketam"
Ketam/
Cancer
Ogosสิงหาคม
sǐnghǎa-khom
ส. ค.Singhakom
Jawi: سيڠهاكوم
sinha
"singa"
Singa/
Leo
Septemberกันยายน
kanyaa-yon
ก. ย.Kanyayon
Jawi: كنيايون
kanyā
"gadis"
Perawan/
Virgo
Oktoberตุลาคม
tùlaa-khom
ต. ค.Tulakom
Jawi: تولاكوم
tulā
"dacing"
Penimbang/
Libra
Novemberพฤศจิกายน
phrɯ́tsacìkaa-yon
พ. ย.Persecikayon
Jawi: ڤرسچيكايون
vṛścika
"kala jengking"
Kala/
Scorpio
Disemberธันวาคม
thanwaa-khom
ธ. ค.Tanwakom
Jawi: تنواكوم
dhanu
"busur"
Pemanah/
Sagitarius

Nama-nama bulan ini berhujung imbuhan berbeza mengikut bilangan hari:

  • bulan tiga puluh hari berimbuhan-ayon (-ายน) menyerap perkataanbahasa Sanskrit आयनāyana "ketibaan"
  • bulan 31 hari berimbuhan-akhom (-าคม), dari आगमāgama bermaksud sama
  • bulan kedua berimbuhan-phan (-พันธ์) menyerap perkataan बनंधbandha "terikat".

Hari dan perlambangan sewaktu

[sunting |sunting sumber]

Setiap hari dalam satu minggu diberiwarna tersendiri mengikut kepercayaan masyarakat Thai.

HariNama
bahasa Thai
Dewa dan bintang
berkaitan
Warna
Takrifan amTakrifanSawatdiraksa (สวัสดิรักษา)
Ahadวันอาทิตย์Wan ĀthitAditya (Matahari)Merah (สีแดง,sĕe-daeng)
Isninวันจันทร์Wan ChanChandra (Bulan)Kuning (สีเหลือง,sĕe-lĕuang)Putih gading (สีนวลขาว,sĕe-nuankăaw)
SelasaวันอังคารWan AngkhānMangala (Marikh)Merah jambu (สีชมพู,sĕe-champu)Biru nila (สีม่วงคราม,sĕe-mûangkraam)
RabuวันพุธWan PhutBudha (Utarid)Hijau (สีเขียว,sĕe-kĭeaw)Jingga kemerahan (สีแสด,sĕe-sàet)
Khamisวันพฤหัสบดี
Wan Phruehatsabodi
Bṛhaspati
(Musytari)
Jingga (สีส้ม,sĕe-sôm)Hijau kuning
(สีเขียวปนเหลือง,sĕe-kĭeaupanlĕuang)
Jumaatวันศุกร์Wan SukShukra (Zuhrah)Biru langit (สีฟ้า,sĕe-fáa)Putih awan (สีเมฆ,sĕe-mek)
Sabtuวันเสาร์Wan SaoShani (Zuhal)Ungu (สีม่วง,sĕe-mûang)Hitam (สีดำ,sĕe-dam)

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Roberts, Edmund (2007) [1837]. "Chapter XX―Division of Time".Embassy to the Eastern courts of Cochin-China, Siam, and Muscat : in the U. S. sloop-of-war Peacock ... during the years 1832-3-4 (ed. Digital). Harper & brothers. m/s. 310.The Siamese have two epochs, sacred and popular. The sacred era dates from the death of Gautama, and the year 1833 corresponded to the 2376 year. The vulgar era was instituted when the worship of Gautama was first introduced; and the year 1833 corresponded with the year 1194, and was the fifth, orDragon year.Unknown parameter|chapterurl= ignored (bantuan)
  2. ^พระราชบัญญัติปีปฏิทิน พุทธศักราช ๒๔๘๓(PDF).Royal Gazette (dalam bahasa Thai).57 (0 ก): 419. 17 September 1940.
  3. ^J.C. Eade.The calendrical systems of mainland southeast asia. E.J. Brill, Leiden. m/s. 22.ISBN 90-04-10437-2. According to some scholars includingGeorge Coedes the change occurred at the beginning of the 5th lunar month originally a few days before Songkhran.
  4. ^Crawfurd, John (21 August 2006) [1830]."Chapter I".Journal of an Embassy from the Governor-general of India to the Courts of Siam and Cochin China. Volume 2 (ed. 2nd). London: H. Colburn and R. Bentley. m/s. 32.OCLC 3452414.The Siamese year does not commence with the first month, but corresponds with that of the Chinese. In the year 1822, the new year fell on 11 April, being the 5th day of the dark half of the moon.... The Siamese have two epochs, or, as they describe them,Sa-ka-rat. The sacred one dates from the death of Gautama, and the year which commenced on 11 April 1822, was the year 2365, according to this reckoning.|volume= has extra text (bantuan)
  5. ^Nama-nama ini digunakan dalam urusan bertulis oleh badan-badan rasmi di Thailand termasuk pada Majlis Agama Islam Wilayah Pattani.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Takwim_suria_Thai&oldid=5372663"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp