Takwim Gregorius (bahasa Inggeris:Gregorian calendar) merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Takwim ini diasaskan daripadatakwim Julius yang telah mengalami sedikit perolahan. Ia pertama kali diusulkan oleh doktorAloysius Lilius, dariNapoli,Itali dan dituruti olehPaus Gregorius XIII pada 24 Februari 1582.
Kalendar ini dicipta kerana takwim Julius dinilai sebagai kurang tepat, sebab permulaanmusim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga perayaanEaster yang sudah disepakati sejakKonsili Nicea I pada tahun325 tidak tepat lagi.
Lalu pada tahun 1582, hariSabtu 4 Oktober diikuti dengan hariAhad 15 Oktober.
Sebuahtahun dalam takwim Julius berlangsung selama 365.25 hari. Tetapi kerana putaranbumi mengelilingimatahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satualaf, takwim Julius akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-harilompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada takwim Julius, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakantahun lompat. Tetapi pada kalender baru ini tahun yang boleh dibahagi dengan100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.
Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapaabad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya.Russia misalkan baru memakai pada tahun1918. Sehingga RevolusiKomunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal7 November, disebut sebagaiRevolusi Oktober.
GerejaOrtodoks sehingga sekarang masih memakaitakwim Julius.
Pada tanggal 1 Januari1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negaraEropah berbeza-beza.