Takwim (disebut [tak.wim] daripada istilahArab:تقويم,rumi: taqwīm),kalendar (disebut [ka.lén.dar]) ataupenanggalan (disebut [pĕ.nang.ga.lan]) merupakan satu sistempengiraanmasa menggunakanhari danbulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objekastronomi, sepertimatahari ataubulan. Takwim juga boleh merupakan satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Takwim meminjam dari bahasa Arab melalui terbitan kata dasarقَوَّمَqawwama yang bermaksud "membetulkan; membaiki"[1][2] secara lanjut lagi bermakna "jadual perhitungan waktu.[2] Sumber-sumber Arab yang memberi asal pengungkapan ini berbeza pendapat dalam pemahaman mengenai takwim ini:
al-Mu’jam al-`Arabi al-Asasi mentakrifkan ia sebagai "daftar hari yang membahagikan tahun kepada bulan disertakan dengan maklumat tarikh kelepasan am, perayaan, jadual waktu solat dan fenomenafalak".[3]
Dairah al-Ma`arif mengaitkan ia dengan "lembaran...jadual hari, minggu dan bulan...disertakan dengan waktu terbit terbenam matahari dan bulan, tarikh-tarikh perayaan dan sebagainya"[4]
Al-Mu’jam al-Wasit pula memberi takrif ringkas iaitu "perhitungan waktu merangkumi tahun, bulan dan hari".[5]
Kalendar meminjam sama dari bahasa Inggeriscalendar atau bahasa Belandakalender menyerap dari istilah bahasa LatinCalendae iaitu "hari pertama dalam sebulan" turunancalare "memanggil", yakni panggilan para pendeta melihatanak bulan menentukan peredaran masa dalam Rom.[6]Penanggalan merupakan terbitan kata dasartanggal yang bermaksud "hari bulan" dalam bahasa Jawa kuno.[7]
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 305.ISBN967-65-7321-3.
"calendar (n.)".Online Etymology Dictionary. Dicapai pada29 Mei 2021.
M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009)."kalender (tijdoverzicht)".Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
^Wojowasito (1977)."tanggal".Kamus Jawa Kuno (Kawi)-Indonesia. Malang: CV. Pengarang. m/s. 261.
Sumber utama
Muhamad Zakuwa bin Rodzali (9–11 Mac 2016), "Takwim, Waktu Solat dan Arah Kiblat Mengikut Syarak",Kursus Falak, Behrang, Perak: Institut Tanah dan Ukur Negara MalaysiaCS1 maint: date format (link)