Takikomi gohan (炊き込みご飯, 炊き込み御飯) ialah hidangan nasi Jepun yang dibumbui dengandashi dankicap masin serta dicampur dengan cendawan, sayur-sayuran, daging, atau ikan. Bahan-bahan tadi kemudian dimasak bersama dengan nasi.[1] Hidangan ini dimakan oleh orang di Jepun sekitar musim luruh memandangkan banyak sayur-sayuran akar dan cendawan dituai pada musim tersebut di Jepun. Bahan-bahan adalah berbeza berdasarkan sayur-sayuran dan ikan bermusim. Memandangkan hidangan ini mempunyai nilai nutrisi, dan menggunakan sedikit nasi dengan sayur-sayuran dan protein, sesetengah orang Jepun memakannya untuk tujuan diet.
Takikomi gohan dicipta pada zaman Nara.[2] Beras adalah terhad pada masa itu, jadi orang ramai menjimatkan beras dengan menambah bijirin lain, sayur-sayuran liar, keladi atau lobak Jepun, untuk menghasilkan bentuk awal takikomi gohan yang dipanggil sebagai katemeshi.[2] Semasa zaman Muromachi, katemeshi menjadi popular, dan bertukar menjadi hidangan yang dipanggil sebagai kawarimeshi dengan menggunakan bahan-bahan seperti barli, kacang, dan sayur-sayuran. Lama kelamaan orang ramai menjadi kreatif dan menghasilkan pelbagai hidangan dengan bahan bermusim.[2]
Takikomi gohan disediakan dengan menambah bahan-bahan, sup dan perasa ke dalam nasi mentah dan masak bersama-sama. Sebaliknya,maze gohan(混ぜ御飯) disediakan dengan memasak nasi terlebih dahulu, kemudian mencampurkan bahan ke dalamnya.[3]

Makanan dan minuman JepunTemplat:Japanese food and drink