thumb|Takeda Katsuyori, JapanTakeda Katsuyori(武田 勝頼?, 1546 – 3 April 1582) ialah seorangDaimyo darizaman sengoku, sekaligus sebagai ketua Puak Takeda dan anak dari Daimyo yang dianggap Legenda pada masanyaTakeda Shingen. Ia merupakan Putera kedua dari Takeda Shingen denganSuwa Goryonin,PuteriSuwa Yorishige.
Katsuyori juga dijukuki sebagaiSuwa Shirō Katsuyori. Katsuyori menjadi penerus Puak Suwa dari Ibunya dan memperolehIstana Takato sebagai Penguasa Tunggal selepas kakaknya Takeda Yoshinobu meninggal dunia. AnaknyaTakeda Nobushige menjadi pewaris Takeda, klaim tahta Katsuyori semakin kuat di klan Takeda. Dia mengambil alih Klan Takeda selepas KematianTakeda Shingen dan berperang menghadapiTokugawa Ieyasu diPertempuran Takatenjin pada 1574 dan padaNagashino di 1575. Dia mampu berjaya menewaskan Ieyasu di Takatenjin, yang malah ayahnya tidak mampu menang di wilayah Takatenjin, tetapi ironi Katsuyori mendapat kekalahan yang mengerikan di Nagashino. Di mana pada mara pertempuran, lebih dari separuh tenteranya binasa.
Katsuyori juga mendapat ugutan keras dariPuak Hojo kerana membantuUesugi Kagekatsu melawanUesugi Kagetora yang merupakan anak ketujuhHojo Ujiyasu, Kagetora ialah anak angkat Uesugi Kenshin dan pewarisPuak Uesugi.
Dia kehilangan wilayah paling strategisnya, Takatenjin pada tahun 1581 oleh PasukanPuak Kiso danPuak Anayama. Setelah kekalahan Katsuyori di Nagashino, Daimyo itu menjadi sering diremehkan oleh Puak tetangga yang lebih kecil. Pasukannya pun berjaya dihancurkan oleh pasukan GabunganOda Nobunaga danTokugawa Ieyasu diPenghalauan Temmokuzan 1582, selepas itu Katsuyori, Sang Isteri, anaknya Takeda Nobushige dan beberapa pelayan kerajaan melakukan Senpukku.
Terdapat khabar yang mengatakanOda Nobunaga gembira ketika melihat kepala Katsuyori terpisah dari badan.