Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Taj Mahal

Koordinat:27°10′30″U78°02′31″T / 27.17500°U 78.04194°T /27.17500; 78.04194
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taj Mahal
ताजमहल
LokasiAgra,Uttar Pradesh, India
Koordinat27°10′30″U78°02′31″T / 27.17500°U 78.04194°T /27.17500; 78.04194
Tinggi73 meter (240 ka)*
Dibina pada1632–53[1]
ArkitekUstaz Ahmad Lahauri
Gaya binaanSeni bina Mughal
Kadar dilawati7–8 juta[2]  (in 2014)
JenisKebudayaan
Kriteria(i)
Direka bentuk pada1983(sesi ke-7)
No. Rujukan252
Pihak NegaraIndia
RantauAsia Pasifik
Ralat Lua pada baris 419 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing SungaiJumna, berhampiranAgra,India, merupakanmakam yang dibina oleh MaharajaShah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untukMumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.

Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia ialah contoh terbaik Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni binaParsi,Turki,India dan dan gayaseni bina Islam.Arkitek utama bangunan ini ialah UstazAhmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983,UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagaiTapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.

Asal dan inspirasi

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1631, Shah Jahan menjadi MaharajaDinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. IsterinyaMumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun1631. Ketika itu, Shah Jahan dalam kepentingan meluaskan tanah jajahannya.

"Shah Jahan di atas glob" dari Institusi Smithsonian.
Gambaran artisMumtaz Mahal

Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagunganDinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka,Gauhara Begum.[3] Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya.[4] Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.[5][6] Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal sebagai berikut:[7]

Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas daripada dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Danbulan danmatahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya daripada Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk;Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, diSamarkand),[8] makam Humayun,Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagaiBayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri diDelhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina daripada batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.[9]

Pengaruh

[sunting |sunting sumber]

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan seni bina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya seni bina ini ialahTimurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklahGur-e Amir diSamarkhan. MakamHumayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dariTurki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan

[sunting |sunting sumber]

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Denganbumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripadamarmar putih, serta senimozek yang indah, Taj Mahal merupakan satu daripadaTujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenisbatu permata, termasuknyaberlian,jed,kristal,topaz dannilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 16 tahun.

Taman rekreasi

[sunting |sunting sumber]

Taman rekreasi seluas 300 meter x 300 meter dengan lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empatcharbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

Seni khat

[sunting |sunting sumber]

Ayat daripadaal Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Hurufkhatthuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.

Kontraktor projek

[sunting |sunting sumber]

Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

Bahan binaan

[sunting |sunting sumber]

Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dariRajasthan. Permata dariPunjab.Jed danhablur dariChina.Firus dariTibet.Lazuardi dariAfghanistan.Nilam dariSri Lanka. Kamelian dariArab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan melebihi 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung

[sunting |sunting sumber]

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkanhukuman pancung ke atas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotongtangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun, dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinyaAurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatanPelabuhan Agra. Dari sana, beliau meninjau makam Taj Mahal. Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Dalam abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata di dindingnya.

Pada penghujung abad ke-19,George Nathaniel Curzon yang menjadiwizuraiBritish di India mengarahkan pembaikan dilakukan yang siap pada tahun 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

KetikaPerang Dunia II pada 1942, dindingnya rosak akibat serangan udara daripada tenteraJerman. TenteraJepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

KetikaPerang India-Pakistan 1965 dan1971, Taj Mahal turut menerima padah daripada serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid daripada kilang penapis minyakMathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. SungaiJumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Pelancongan

[sunting |sunting sumber]

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Bandar kecil sepertiTaj Ganji atauMumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta orang pelancong datang setiap tahun dan 200,000 daripadanya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.

Mitos

[sunting |sunting sumber]

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang diberi nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripadaJean-Baptiste Tavernier, seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknyaAurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak penggalian ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.

Kontroversi

[sunting |sunting sumber]

Pada 2002, sekumpulan penganutHindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal ialahkuil Hindu.Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada puing-puing kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.


Pada2005,Amar Nath Mishra membawa petisyen keMahkamah Tinggi Allahabad. Beliau mendakwa Raja Hindu bernamaParmar Dev membina Taj Mahal pada1196 masihi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal daripada istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Bukti

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Dutemple, Lesley A (2003).The Taj Mahal. Lerner Publications Co. m/s. 32.ISBN 0-8225-4694-9. Dicapai pada7 February 2015.
  2. ^"Archaeological Survey of India Agra working on compiling visual archives on Taj Mahal".The Economic Times. 29 November 2015. Dicapai pada16 January 2016.
  3. ^Public Broadcasting Service (PBS)
  4. ^"Taj Mahal History".
  5. ^Muhammad Abdullah ChaghtaiLe Tadj Mahal D'Agra (Hindi). Histoire et description (Brussels) 1938 p. 46.
  6. ^'Abd al-Hamid LahawriBadshah Namah Ed. Maulawis Kabir al-Din Ahmad and 'Abd al-Rahim u-nder the superintendence of Major W.N. Lees. Vol. I Calcutta 1867 pp384-9 ; Muhammad Salih KamboAmal-i-Sal\lih or Shah Jahan Namah Ed. Ghulam Yazdani Vol.I (Calcutta) 1923 p. 275.
  7. ^Mahajan, Vidya Dhar (1970).Muslim Rule In India. m/s. 200.
  8. ^ ChaghtaiLe Tadj Mahal p. 146.
  9. ^Copplestone, p. 166.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTaj Mahal
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Seniman
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Taj_Mahal&oldid=6328236"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp