Taifa (berasal daripadaArab:طائفةta'ifa, jamak طوائفtawa'if) dalam sejarahIberia merujuk pada prinsipaliti pemerintahan-Muslim merdeka, atau sebuahemiriah ataukerajaan kecil, yang mana wujud pada zaman pemerintahan orang-orangMoor diAl-Andalus selepas kejatuhan dinastibani UmayyahCórdoba pada tahun 1031.
Asal taifa boleh dijejak pada zaman pentadbiran divisyenkhilafah Córdoba bani Umayyah, selain pembahagian para elit etnik di wilayah ini, yang mana dibahagikan kepadaArab,Barbar, MuslimIberia (dikenali sebagaiMuladíes – majoriti besar) danbekas hamba Eropah Timur.
Semasa akhir kurun ke-11, apabila gelombangPerang Salib Pertama berjaya menawan wilayah di kawasan Jerusalem, Kristian di utara Semenanjung Iberia berusaha untuk merampas wilayah Muslim. Khilafah Cordova, pada masa ini merupakan antara negara yang paling berkuasa dan terkaya di Eropah, berada dalam perang saudara yang mana dikenali sebagaifitna (fitnah). Akibatnya, ia berpecah-pecah kepadataifas, emiriah kecil yang berperang sesama sendiri."[1]
Bagaimanapun, kejatuhan politik dan kekacauan ini tidak menyebabkan kejatuhan budaya secara segera. Perkembangan kebudayaan dan penggajian terus berlangsung di dalam taifa yang besar.
Terdapat kebangkitan taifa buat kali kedua, semasa pertengahan kurun ke-12, apabila kekuasaanAlmoravid mula jatuh.
Semasa zaman kegemilingan taifa pada kurun ke-11 dan sekali lagi pada pertengahan kurun ke-12, padaemir (pemerintah) bersaing sesama sendiri, bukan setakat dari segi ketenteraan tetapi juga kegemilangan budaya. Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan penyair dan para artis terkenal.