Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Taco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taco
Tiga jenis taco (dari kiri arah jam):carnitas,carne asada danal pastor, semuanya ditabur dengan ketumbar dan bawang cincang dengan limau nipis.
JenisCekutan
Tempat asalMexico
Bahan utamaTortilla,daging,sayuran,keju
Bahan yang biasa digunakanTaco shell,daging Sunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taco (disebut ['tako]) ialahhidangan tradisi masyarakatMexico terdiri daripadatortilla kecildiisi pelbagai inti termasuk banyak jenisdaging, kacang, sayuran dankeju yang dilipat dandimakan dengan tangan. Ia sering dihadang dengan berbagai bumbu sepertisalsa,guacamole, ataukrim masam dan bawang lada. Ia merupakan sejenismakanan jalanan yang menjadi terkenal seluruh dunia.

Makanan ini sendiri sudah ada sebelum datangnyapeneroka dan penaklukSepanyol ke Mexico; terdapat bukti antropologi bahawa orang asli yang tinggal di kawasan tasikLembah Mexico secara tradisional memakan taco diisi dengan ikan kecil.Bernal Díaz del Castillo dalam rombongan diketuaiHernán Cortés mendokumentasikan suatu jamuan yang menggambarkan makanan berupa ini yang dinikmati mereka semasa bertapak diCoyoacán.[1][2]

Jenis

[sunting |sunting sumber]

Taco daging

[sunting |sunting sumber]

Taco jenis ini menggunakanperut lembu ataschorizo dipanggang sebagai inti pada duatortilla kecil yang tumpang tindih dan kadang-kadang dihiasi denganguacamole,salsa,[3][4] bawang dandaun ketumbar.

Taco udang (tacos de camarones)

[sunting |sunting sumber]

Taco ini makanan khas dariBaja California menggunakanudang panggang atau digoreng bersama selada atau kubis,pico de gallo, avokado dan krim masam atau sos sitrus / mayonis, semuanya diletakkan di atas tortilla jagung atau tepung.[3][4][5]

Taco keras

[sunting |sunting sumber]

Taco jenis ini menggunakan kulit agak keras atau renyah. ia mula dikembang diAmerika Syarikat tercatat dalam suatu buku masakan pada tahun 1949.[6] Taco jenis ini biasanya menggunakan tortilla jagung digoreng garing sebagai asas yang dipenuhi daging lembu, keju, selad, dan kadangkalanya tomato, bawang,salsa,krim masam danavokado yang mentah ataudilepakan.[7] Taco jenis ini sering dijual di restoran-restoran biasa dan makanan segera, terdapat juga pek penyediaan yang tersedia dijual di kebanyakan pasar raya negara sana.

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]

Terdapat juga cara penyediaan khusus dalammasakan orangTexas yang berjiranan adanya tortilla jagung lembut atau tepung yang diisi dengan daging, telur atau keju serta bahan-bahan lain,[8] ia sering dihidang pada waktusarapan.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"History of Mexican Cuisine". Margaret Parker. Diarkibkan daripadayang asal pada 2 May 2008. Dicapai pada30 January 2015.
  2. ^"A Thumbnail History of Mexican Food". Jim Conrad. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 August 2007. Dicapai pada30 January 2015.
  3. ^abGraber, Karen Hursh."Wrap It Up: A Guide to Mexican Street Tacos (Part One of Two)". Mexico Connect. Dicapai pada2008-07-07.
  4. ^abGraber, Karen Hursh."Wrap It Up: A Guide to Mexican Street Tacos Part II: Nighttime Tacos". Mexico Connect. Dicapai pada2008-07-07.
  5. ^Graber, Karen Hursh."Tacos de camaron y nopalitos". Mexico Connect. Dicapai pada2009-08-14.
  6. ^Freedman, Robert L. (1981).Human food uses: a cross-cultural, comprehensive annotated bibliography. Westport, CT: Greenwood Press. m/s. 152.ISBN 0-313-22901-5. Dicapai pada27 December 2011.
  7. ^Gilb, Dagoberto (2006-03-19)."Taco Bell Nation".Los Angeles Times. Dicapai pada2008-07-24.
  8. ^Stradley, Linda."Breakfast Tacos". What's Cooking America. Dicapai pada9 Julai 2008.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Taco&oldid=5010606"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp