Syerleena Abdul Rashid | |
|---|---|
| شيرلينا عبد الرشيد | |
| AhliParlimen Malaysia bagiBukit Bendera,Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 19 Disember 2022 – kini | |
| Didahului oleh | Wong Hon Wai |
| AhliDewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagiSeri Delima | |
| Dalam jawatan 2 Ogos 2018 – 28 Jun 2023 | |
| Didahului oleh | RSN Rayer (DAP) |
| Majoriti | 13,211 |
| AhliMajlis Perbandaran Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 8 Januari 2015[1] – 26 April 2018[2] | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1980-08-31)31 Ogos 1980 (umur 45) Pulau Pinang,Malaysia |
| Parti politik | DAP (Pakatan Harapan) |
| Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat PuanSyerleena Abdul Rashid (lahir 31 Ogos 1980) ialah seorang ahli politikMalaysia dan ahliParti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan sebahagian daripada gabunganPakatan Harapan. Beliau kini merupakanAhli Parlimen untukBukit Bendera diPulau Pinang. Syerleena sebelum ini merupakanAhli Dewan Undangan Negeri untukSeri Delima dan pernah dilantik sebagai AhliBandaraya Pulau Pinang, berkhidmat selama lebih dari tiga tahun antara 2015 dan 2018.[3][1][2]
Selain penglibatannya dalam politik, Syerleena menjadi kolumnis bagiThe Malaysian Insider dan menyumbang secara meluas dalam pelbagai portal berita dalam talian.[4] Beliau juga pernah menjadi ahli Aliran, sebuahpertubuhan bukan kerajaan tempatan, serta pergerakan anti-pemerdagangan manusia.[5][6]
Syerleena memulakan pendidikan awalnya di Sherwood Hills Elementary School in Madison, Wisconsin sebelum ke SRKConvent, Green Lane di Pulau Pinang. Beliau kemudian bersekolah di Roosevelt Middle School in Eugene, Oregon sebelum kembali ke Malaysia untuk menamatkan pendidikan sekolah menengah diSekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane. Syerleena seterusnya menamatkan pengajian dengan ijazah dalam Komunikasi Grafik dari Pusat Pengajian Seni,Universiti Sains Malaysia (USM),Pulau Pinang.[7]
Syerleena menyertaiParti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2013, selepas menerima galakkan oleh sekutunya,Chris Lee Chun Kit.[5][7] Kedua-dua mereka kemudiannya dilantik sebagai ahliMajlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), dengan Syerleena menjawat jawatan dalam kerajaan tempatan pada Januari 2015.[1]
Pada 26 April 2018, sebelumpilihan raya negeri Pulau Pinang pada tahun itu, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan dipilih untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan NegeriSeri Delima.[2] Beliau menghadapi pertikaian tiga penjuru bagi kawasan itu, dan gangguan oleh pihak lawannyaBarisan Nasional (BN) dariPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[8][9][10] Walau bagaimanapun, Syerleena menang dalam pilihan raya, dengan kemenangan sebanyak 13,211 undi.[11]
| Tahun | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Syerleena Abdul Rashid (DAP) | 49,353 | 78.98% | Hng Chee Wey (GERAKAN) | 6,743 | 10.79% | 63,404 | 42,610 | 69.00% | ||
| Richie Huan Xin Yun (PCM) | 5,417 | 8.67% | |||||||||
| Teh Yee Cheu (PRM) | 677 | 1.08% | |||||||||
| Razali Mohd Zin (IND) | 299 | 0.48% | |||||||||
| Tahun | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Syerleena Abdul Rashid (DAP) | 16,553 | 82.50% | Khoo Kay Teong (MCA) | 3,342 | 16.70% | 20,285 | 13,211 | 80.40% | ||
| Tan Yang Yung (MUP) | 159 | 0.80% | |||||||||