Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Syed Sheh Hassan Barakbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganSyed Sheh Shahabudin.
Syed Sheh Syed Hassan Barakbah
SMN (Malaysia);DUPN (Pulau Pinang);SPMK (Kedah);SSM,PMN (Malaysia);PSB (Brunei)
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-3
Dalam jawatan
1 Februari 1969 – 1 Februari 1975
Didahului olehSyed Sheh Shahabudin
Digantikan olehSardon Jubir
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-2
Dalam jawatan
27 Januari 1969 – 5 Februari 1969
Didahului olehAbdul Rahman Mohamed Yassin
Digantikan olehMohamed Noah Omar
Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan
Dalam jawatan
1966–1968
Didahului olehJames Beveridge Thomson
Digantikan olehMohamed Azmi Mohamed
Maklumat peribadi
Lahir(1906-11-10)10 November 1906
Alor Setar,Kedah
Meninggal dunia8 Oktober 1975(1975-10-08) (umur 68)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganToh Puan Sharifah Fatimah Syed Ahmad
Bidang pengkhususanHakim dan Peguam

AllahyarhamTunDato' Seri UtamaSyedSheh binSyedHassan Barakbah (10 November 1906 – 8 Oktober 1975) menjadi Gabenor/Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1975. Beliau menggantikan TunSyed Sheh Shahabudin (1967 – 1969) yang meninggal dunia. Selepas beliau ialah TunSardon Jubir (1975 – 1981).

Beliau pernah menjadihakim, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, dan rakyat Malaysia yang pertama memegang jawatan itu. Selepas bersara dari bidang perundangan, beliau menjadiYang di-Pertua Dewan Negara dan kemudian Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang.

Awal kehidupan

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan diAlor Star,Kedah, Syed Sheh adalah keturunan Arab Hadhrami yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu sejak berkurun lamanya. Nenek moyangnya berhijrah dari kawasan Hadhramaut,Yaman dan menetap di Kedah untuk beberapa generasi sebagai puak Barakbah. Keluarganya Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah menjadi isteri ketigaPerdana Menteri Malaysia,Tunku Abdul Rahman.

Syed Sheh belajar diKolej Sultan Abdul Hamid dan diEngland denganbiasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau belajar undang-undang di Inner Temple dan lulus pada tahun 1934 dengan ijazah LL.B.

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Syed Sheh menjadi majistret khas dalam Perkhidmatan Undang-Undang Kolonial pada tahun 1946. Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, beliau berkhidmat sebagai seorang hakim diMahkamah Rayuan.Pada 1963, dilantik sebagai Ketua Hakim Malaya . Pada tahun 1968, Syed Sheh menjadi Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan , jawatan tertinggi dalam badan kehakiman Malaysia . Beliau yang pertama rakyat Malaysia untuk jawatan itu,menggantikanJames Beveridge Thomson.

Selepas bersara

[sunting |sunting sumber]

Selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara, Syed Sheh telah dilantik sebagaiSenator diDewan Negara iaitu badan perundangan selelas Parlimen Malaysia. Beliau menjadi Presiden Dewan Negara pada tahun 1969.Beliau bersara dari Senator dan dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang ke-3 olehYang di-Pertuan Agong,Sultan Ismail Nasiruddin. Beliau telah berkhidmat dua penggal (empat tahun dan dua tahun) sehingga Februari 1975.

Majlis pelantikan Gabenor Pulau Pinang

[sunting |sunting sumber]

Pada 3 Mac 1969, 1969,Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin selakuYang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tun Syed Sheh Syed Hassan sebagaiGabenor Pulau Pinang. Gabenor sebelumnya meninggal dunia pada 31 Januari 1969. Majlis pelantikan diadakan diIstana Negara dengan disaksikan olehPerdana Menteri MalaysiaTunku Abdul Rahman,Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan SriWong Pow Nee;Ketua Hakim Negara, Tan Sri Azmi Mohamad;Speaker Dewan Rakyat, Dato’ C.M. Yusof bin Sheikh Abdul Rahman danPeguam Negara Malaysia, Tan SriAbdul Kadir Yusof. Majlis angkat sumpah diadakan diDewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]

Kematian

[sunting |sunting sumber]

Tun Syed Sheh meninggal dunia pada 8 Oktober, 1975, diAlor Star ,Kedah.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^PERLANTIKAN TUN SYED SHEH BIN SYED HASSAN BARAKBAH SEBAGAI GABENOR PULAU PINANG


Penyandang TerdahuluYang di-Pertua Dewan Negara
27 Januari 1969 – 5 Februari 1969
Penyandang Kemudian
Abdul Rahman Mohamed YassinMohamed Noah Omar
Rencana berkenaan Syed Sheh Hassan Barakbah
Umum
Perpustakaan negara
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syed_Sheh_Hassan_Barakbah&oldid=6592714"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp