Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sydney

Koordinat:33°51′54″S151°12′34″T / 33.86500°S 151.20944°T /-33.86500; 151.20944
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatSydney (nyahkekaburan).
Sydney
New South Wales
Ralat Lua pada baris 399 di Modul:Peta_lokasi: Hemisfera "T" disediakan untuk longitude adalah tidak sah.
Koordinat33°51′54″S151°12′34″T / 33.86500°S 151.20944°T /-33.86500; 151.20944
Penduduk4,921,000 (2015)[1] (1st)
 • Kepadatan400/km2 (1,000/sq mi) (2015)[2]
Ditubuhkan26 Januari 1788
Kawasan12,367.7 km2 (4,775.2 sq mi)(GCCSA)[3]
Zon masaAEST (UTC+10)
 • Musim panas (DST)AEDT (UTC+11)
Lokasi
Kawasan kerajaan tempatanpelbagai (31)
KauntiCumberland
Kawasan pilihan raya negeripelbagai (49)
Kawasan pilihan raya persekutuanpelbagai (24)
Purata suhu maks[4]Purata suhu min[4]Hujan tahunan[4]
21.8 °C
71 °F
13.8 °C
57 °F
1,214.6 mm
47.8 in
FootnotesKoordinat:[5]
Sydney Opera House
Daerah Perniagaan Pusat Sydney.

Sydney (/ˈsɪd.niː/) adalah bandar terbesar diAustralia dan ibu negeriNew South Wales. Sydney juga merupakan bandar raya yang maju dalam berbagai bidang bersaing denganMelbourne yang terletak diVictoria. Sydney juga merupakan bandar tertua di Australia yang berdiri pada1788 dan kota terbesar dihemisfera selatan. Penduduk Sydney berjumlah lebih dari 4.2 juta orang di kawasan metropolitan dan 151,920 di dalam bandar[6], dan mereka dikenal dengan sebutan "Sydneysider".

Sydney terletak di pantai tenggara Australia. Ia dibina di sekelilingPelabuhan Jackson, yang membawa kepada gelaran "Bandar Pelabuhan". Sydney merupakan pusatkewangan danekonomi Australia. Sydney juga terkenal sebagai tujuanpelancongan terutamaSydney Opera House danSydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia. Sydney juga pernah menjadi tuan rumah sukan antarabangsa, termasuklahSukan Olimpik Sydney 2000.

Sydney mempunyai cuacasubtropika lembap denganmusim panas yang panas dan lembap, danmusim dingin adalah sederhana dan lembap.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Sydney

Sejarah dan daerah sekitarPelabuhan Sydney sudah lama diduduki orang-orangperibumiYura danCadigal selama 40,000 tahun[7]. Akibat daripembandaran, kebanyakan sisa peninggalan suku tersebut sudah hilang.

OrangEropah mulai tertarik dengan daerah ini, khususnyaBotany Bay, pada1770 setelah penjelajahanJames Cook. Atas izin PemerintahBritish,Arthur Phillip datang ke Botany Bay dengan para pendatang pertama. Kerana daerah Botany Bay dirasa kurang sesuai, maka mereka pindah keSydney Cove diPelabuhan Jackson.

Perburuan emas dialami Sydney pertama kali pada1851 dan para pendatang dari Eropah berdatangan untuk memulakan hidup baru yang lebih baik di Sydney. Taraf hidup yang meningkat setelahpengindustrian juga menarik berbagai pendatang dari Eropah dan kebelakangan ini dariAsia.

Penduduk Sydney sekarang kebanyakan adalah dariEngland danIreland namun kebelakangan ini banyak pendatang dariLubnan,Greece,Itali danAsia. Jumlah penduduk pun berkembang pesat dari 2,540 orang pada1800 menjadi 1,039,000 pada1925 dan terus tumbuh menjadi 4.2 juta orang pada2005.

Pengangkutan

[sunting |sunting sumber]

Dalam bandar

[sunting |sunting sumber]

Untuk pengangkutan di dalam bandar, terdapat pengangkutan bas, keretapi, dan feri. Keretapi dijalankan olehCityRail. Sedangkan di sekitar daerah Pelabuhan Darling Harbour dan pusat perniagaan dan pelancongan dilayani olehmonorel.

Dari dan ke

[sunting |sunting sumber]

Pengangkutan darat ke bandar lain diAustralia dilayani oleh berbagai jalan tol sepertiHume Highway yang menghubungkan Sydney danMelbourne sedangkan kebanyakan layananpengangkutan udara berpusat diLapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith.

Pelancongan

[sunting |sunting sumber]
Sydney Harbour Bridge
Warisan seni bina di bandar

Sydney merupakan salah satu bandar tujuan kegemaran pelancong di dunia. Beberapa objek pelancongan yang terdapat di Sydney ialah:

PanoramaPelabuhan Sydney di malam hari, denganSydney Opera House di sebelah kiri, daerah perniagaan di tengah danSydney Harbour Bridge di kanan

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"3218.0 - Regional Population Growth, Australia, 2014-15:ESTIMATED RESIDENT POPULATION - Greater Capital City Statistical Areas (GCCSAs)".Australian Bureau of Statistics.Australian Bureau of Statistics. Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-10-01. Dicapai pada28 September 2016. Estimated resident population, 30 June 2015.
  2. ^"3218.0 – Regional Population Growth, Australia, 2014–15: New South Wales: Population Density".Biro Perangkaan Australia. 30 March 2016. Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-04-05. Dicapai pada31 March 2016.
  3. ^"Greater Sydney: Basic Community Profile"(xls).2011 Census Community Profiles.Biro Perangkaan Australia. 28 March 2013. Dicapai pada9 April 2014.
  4. ^abcTemplat:BoM Aust stats
  5. ^Templat:NSW GNR
  6. ^http://www.abs.gov.au/AUSSTATS/abs@.nsf/DetailsPage/3218.02005-06?OpenDocument
  7. ^History of Australia
Rencana berkaitan Sydney
Mercu tandaSydney
Bangunan / struktur
Kawasan
Taman dan semulajadi
Institusi kebudayaan
Sukan
Pengangkutan
Hiburan
Pantai
Pulau
Tuan rumahSukan Komanwel

1930: Hamilton •1934: London •1938: Sydney •1950: Auckland •1954: Vancouver •1958: Cardiff •1962: Perth •1966: Kingston •1970: Edinburgh •1974: Christchurch •1978: Edmonton •1982: Brisbane •1986: Edinburgh •1990: Auckland •1994: Victoria •1998: Kuala Lumpur •2002: Manchester •2006: Melbourne •2010: Delhi •2014: Glasgow •2018: Gold Coast •2022: Akan diumumkan•2026: Akan diumumkan

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sydney&oldid=6527774"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp