Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sybill Trelawney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Harry Potter
Sybill Trelawney
Sybill Trelawney, dilakonkan olehEmma Thompson,
Sybill Trelawney
JantinaPerempuan
Warna rambutPerang Gelap
Warna mataHitam
SekolahTidak diketahui
(kemungkinanHogwarts)
KeturunanSihir
Dilakonkan olehEmma Thompson
Kemunculan pertamaHarry Potter and the Prisoner of Azkaban (buku & filem)

Sybill Patricia Trelawney (Sibyll Patricia Trelawney diAmerika Syarikat) merupakan watak ciptaan J.K. Rowling dalam siriHarry Potter. Beliau merupakan anak kepada cicitCassandra Trelawney, yang namanya diambil dari nama Cassandra iaitu seorang peramal kaum Trojan dalam mitos klasik. Watak ini dilakonkan olehEmma Thompson dalam filemHarry Potter and the Prisoner of Azkaban.



Amaran Spoiler:Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.


Trelawney di Hogwarts

[sunting |sunting sumber]

Trelawney ialah pengajar subjekPeramalan diHogwarts.Harry Potter dan rakannyaHermione Granger danRon Weasley menganggap Trelawney sebagai seorang yang suka merapu yang turut diakui sendiri olehProfesor McGonagall. Kredibilitinya sebagai seorang peramal tidak menarik perhatian apabila sentiasa meramalkan akan kematian pelajar setiap tahun di Hogwarts yang sudah tentu tidak berlaku sama sekali.

Beliau sering memakai gelang yang banyak, selendang dan dihiasi manik-manik. Beliau juga memakai cermin mata berkanta yang sangat tebal sehingga matanya kelihatan amat besar. Beliau akan mengeluarkan suara yang beralun dan mendayu-dayu ketika bercakap.

Pada tahun ketiga Harry, iaitu tahun pertama Harry mengambil subjek Peramalan, Trelawney sering meramalkan suatu yang buruk terhadap Harry sehinggakan kematian Harry diulang-ulang dalam kelas. Oleh kerana itu, Hermione sanggup menggugurkan kelas tersebut. Harry dan Ron pula meneruskan sehinggalah tahapP.S.B mereka dan tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk menyambung pelajaran itu.

Trelawney bekerja di Hogwarts sejak tahun 1979 apabila beliau telah meramalkan suatu yang benar dan membahayakan iaitu kehancuranLord Voldemort iaitu:

"Dia yang berkuasa melenyapkan Raja Kuasa Jahat akan lahir ke dunia... dilahirkan oleh mereka yang tiga kali menentangnya, lahir pada saat berakhirnya bulan ketujuh... dan Raja Kuasa Jahat akan menandakannya sebagai lawan yang setanding, namun dia akan mempunyai kuasa yang Raja Kuasa Jahat sendiri tidak mengira.. salah seorang mesti mati di tangan yang seorang lagi kerana tiada hidup bagi yang satu jika satu lagi masih bernyawa... dia yang berkuasa melenyapkan Raja Kuasa Jahat akan lahir pada saat berakhirnya bulan ketujuh..."

Tilikan tersebut dipercayai merujuk kepada Voldemort iaitu sebagai "Raja Kuasa Jahat" dan Harry Potter yang lahir pada 31 Julai. Tetapi, ketika tilikan ini dibuat, ia juga boleh merujuk kepadaNeville Longbottom yang lahir pada 30 Julai. Sebahagian tilikan tersebut telah menjadi nyata pada 31 Oktober 1981, apabila Harry Potter telah terselamat dari sumpahan membunuh Voldemort. Hal ini diakibatkan juga oleh tilikan yang terbocor maklumatnya apabila turut didengar olehSeverus Snape yang ketika itu masih berpihak kepada Voldemort.

Profesor Trelawney di dalam kelas berhadapan denganSeamus Finnigan di dalam filemHarry Potter and the Prisoner of Azkaban

Pada penutupHarry Potter dalam Kumpulan Phoenix, ProfesorDumbledore mendedahkan hakikat yang tilikan tersebut lebih merujuk kepada Harry berbanding Neville.

Trelawney juga pernah meramalkan akan kebangkitan semulaLord Voldemort apabila beliau meramalkan:

"Perkara itu akan terjadi malam ini. Raja Kuasa Jahat sendirian tidak berkawan, ditinggalkan oleh pengikutnya. Hambanya telah terpenjara selama dua belas tahun ini. Malam ini, sebelum tengah malam, hambanya akan lepas bebas untuk bergabung tenaga dengan tuannya. Raja Kuasa Jahat akan bangkit semula dengan bantuan hambanya, lebih kuat dan dahsyat daripada sebelumnya. Malam ini... sebelum tengah malam... hambanya... akan bebas... untuk bersatu... dengan tuannya..."

Tilikan ini terjadi apabilaPeter Pettigrew mendedahkan identitinya sebagai pengikut Voldemort lalu terlepas untuk menyertai Voldemort atau apabilaBarty Crouch Jr. yang juga pengikut Voldemort dilepaskan dariAzkaban tanpa pengetahuan orang ramai.

Pada tahun 1996, Profesor Trelawney telah dilucutkan jawatan oleh Pegawai Penyoal Siasat Tertinggi Hogwarts iaituDolores Umbridge kerana tilikan Trelawney yang meramalkan akan kejatuhan Umbridge. Walau bagaimanapun, Dumbledore menggesa agar Trelawney tinggal di Hogwarts walaupun tidak mengajar. Sebabnya adalah kerana Dumbledore merisaukan keselamatan Trelawney kerana kemungkinan Voldemort menginginkan tilikan yang dibuatnya. Trelawney diberikan semula jawatan asalnya selepas Umbridge disingkir dari Hogwarts.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Watak Harry Potter
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sybill_Trelawney&oldid=6565308"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp