Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Syaaban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari ini
17Ramadan 1446
Isnin
17 Mac 2025
(UTC 0)


Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalamtakwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umatIslam akan menjalankan ibadah puasa pada bulanRamadan. Bilangan hari pada bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.[1]



Takwim Islam

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulanRamadan ialah bulan yang panas).

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.[2]

Pada malam kelima belas bulan Syaaban, merupakan malamNisfu Syaaban. Mengikut ajaranIslam, bagindaNabi Muhammad SAW berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.

Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban[3] sebagaimana hadis:

Sabda Nabi SAW: Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).[4]

Kelebihan bulan Syaaban

[sunting |sunting sumber]

Antara hadis-hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan Sya’ban berdasarkan hadis yang sahih adalah:

1. Daripada Usamah bin Zaid RA, Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:

قَالَ : "ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ".

Maksudnya:“Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”.[Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadis 2317]

Di dalam hadis pertama yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Tambahan pula, bulan Sya’ban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab). Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”.[Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud,12:313]

Selain itu, hadis ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.[5]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Volume 3, Book 31, Number 204: Hadith Bukhari - Narrated Mutarrif from 'Imran Ibn Husain.
  2. ^Info Syaaban - Jabatan Mufti Melaka.
  3. ^Fadilat Bulan Syaaban
  4. ^Kelebihan bulan Syaaban.
  5. ^https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1160-irsyad-al-hadith-siri-ke-52-kelebihan-bulan-sya-ban
Bulan-bulan dalamTakwim Hijrah
Muharam
Safar
Rabiulawal
Rabiulakhir
Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab
Syaaban
Ramadan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijah

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syaaban&oldid=6268831"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp