Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Surabaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Surabaya
كوتا سورابايا
Bandaraya
Mohor rasmi Kota Surabaya
Mohor
Nama panggilan: Kota Pahlawan
Cogan kata: Sparkling Surabaya
Lokasi Surabaya di Negeri Jawa Timur
Lokasi Surabaya di Negeri Jawa Timur
Kota Surabaya yang terletak di Indonesia
Kota Surabaya
Kota Surabaya
Lokasi Surabaya di Indonesia
Koordinat:7°15′55″S112°44′33″E / 7.26528°S 112.74250°E /-7.26528; 112.74250Koordinat:7°15′55″S112°44′33″E / 7.26528°S 112.74250°E /-7.26528; 112.74250
Negara Indonesia
NegeriJawa Timur
Diasaskan pada31 Mei1293
Ditubuhkan24 Disember 1949,sebagai Ibu NegeriJawa Timur
Pentadbiran
 • JenisMajlis Bandaraya
 • Datuk BandarEri Cahyadi
 • Timbalan Datuk BandarArmuji
Keluasan
 • Bandaraya350.5 km2 (135.3 batu persegi)
 • Metro
2,787 km2 (1,076 batu persegi)
Aras
5 m (16 ft)
Penduduk
 (2016 census[1])
 • Bandaraya3,457,404
 • Kepadatan9,900/km2 (26,000/batu persegi)
 • Metro
6,484,206
 • Kepadatan metro2,300/km2 (6,000/batu persegi)
DemonimSuroboyoan
Demografi
 • Kaum etnikJawa
Cina
India
Madur
Sunda
Minangkabau
Etnik Batak Batak
Banjar
Orang Bali
Bugis
 • Agama[2]Islam 85.5%
Kristian 12.8%
-Protestan 8.89%
-Katolik 3.91%
Buddha 1.42%
Hindu 0.25%
Konfusianisme 0.02%
Lainnya 0.01%[3]
Zon waktuUTC+07:00 (Bahagian Barat Indonesia)
Poskod
60xxx
Kod Panggilan+62 31
GeocodeID-JI
Kod ISO 3166ID-SBY
Plat KenderaanL
Lapangan TerbangLapangan Terbang Antarabangsa Juanda
PelabuhanPelabuhan Tanjung Perak
Laman sesawangsurabaya.go.id


Bandaraya Surabaya ialahibu negeri wilayahJawa Timur,Indonesia yang merupakanBandaraya kedua terbesar diIndonesia selepasJakarta. Dengan jumlah penduduknya yang melebihi empat juta orang, Surabaya ialah pusatperniagaan,industri, sertapendidikan di kawasan timurPulau Jawa dan sekitarnya.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Sebelum ketibaan Belanda

[sunting |sunting sumber]

Surabaya yang terletak dimuaraSungai Kali Mas dahulunya merupakan pintu masuk keKerajaan Majapahit. Hari jadi Kota Surabaya ditetapkan pada31 Mei1293.

Padaabad ke-15,Islam mulai tersebar dengan pesat di daerah Surabaya.Sunan Ampel, salah satu anggotawalisongo (penyebar agama Islam di tanahJawa), mendirikan sebuahmasjid dan sebuah sekolah agama berasrama di daerahAmpel. Kemudian pada tahun1530, Surabaya menjadi sebahagianKesultanan Demak.

Selepas kejatuhan Kesultanan Demak, Surabaya menjadi sasaran penaklukanKesultanan Mataram. Ia diserang olehPanembahan Senopati pada tahun1598, olehPanembahan Seda ing Krapyak secara besar-besaran pada tahun1610, dan olehSultan Agung pada tahun1614. Penyekatan aliranSungai Brantas oleh Sultan Agung akhirnya memaksa Surabaya menyerah. Pada tahun1675,Trunojoyo dariMadura menyerang Surabaya, namun akhirnya ia ditaklukkan olehSyarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) pada tahun1677.

Dalam perjanjian antaraPaku Buwono II dan SHTB pada11 November1743, Surabaya diserahkan penguasaannya kepada SHTB.

Zaman Hindia-Belanda

[sunting |sunting sumber]

Pada zamanHindia-Belanda, status Surabaya ialah ibu kota Keresidenan Surabaya yang wilayahnya juga mencakupi daerah yang kini merupakan wilayahKabupaten Gresik,Sidoarjo,Mojokerto, danJombang. Pada tahun1905, Surabaya mencapai statuskotamadya (Gemeente), dan pada tahun1926, ia ditetapkan sebagaiibu kota provinsiJawa Timur. Sejak itu, Surabaya berkembang menjadi kota moden yang kedua terbesar di Hindia-Belanda selepasBatavia.

Sebelum tahun1900, pusat kota Surabaya hanya berkisar di sekitarJambatan Merah sahaja. Bagaimanapun menjelang dekad1920-an, tertumbuhlah kawasan-kawasan pemukiman baru seperti daerahDarmo,Gubeng,Sawahan, danKetabang. Pada tahun1917, sebuahpelabuhan moden dibina di Surabaya.

Jepun gugur bom di Surabaya pada3 Februari1942 dan pada bulanMac1942, berjaya menawan Surabaya. Surabaya kemudian menjadi sasaran serangan udaraPihak Berikat pada17 Mei1944.

Pertempuran mempertahankan Surabaya

[sunting |sunting sumber]

SelepasPerang Dunia II tamat pada25 Oktober1945, 6,000 orang askarInggeris-India daripada Briged 49, Divisi 23 yang dipimpin olehBrigadier JeneralAulbertin Walter Sothern Mallaby, mendarat di Surabaya dengan perintah utama untuk melucuti senjata tenteraJepun, serta tentera dantentera awam militia Indonesia. Mereka juga mengurus bekastawanan perang dan memulangkan tentera Jepun. Angkatan tentera Jepun menyerahkan semua senjata mereka, akan tetapi tentera awam militia serta melebihi 20,000 orang askar Indonesia enggan berbuat demikian.

Pada26 Oktober1945, suatu persetujuan antara BapakSuryo,gabenor Jawa Timur, dengan Brigadier JeneralMallaby tercapai bahawa angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia tidak perlu menyerahkan senjata mereka. Malangnya terjadi salah faham antara angkatan tentera Inggeris di Surabaya denganmarkas tentera Inggeris diJakarta yang dipimpin oleh Leftenan JeneralSir Philip Christison.

Pada pukul 11.00 pagi27 Oktober1945, pesawat Dakota AU Inggeris dari Jakarta menggugurkan risalah-risalah di Surabaya yang memerintahi semua tentera Indonesia dan tentera awam militia supaya menyerahkan senjata mereka. Para pimpinan tentera dan tentera awam militia Indonesia marah ketika membaca risalah ini dan menganggap bahawa Mallaby tidak menepati perjanjian mereka.

Pada28 Oktober1945, angkatan-angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia menggempur angkatan tentera Inggeris di Surabaya. Untuk menghindari kekalahan, Mallaby meminta agarSukarno selakuPresiden Republik Indonesia, danMejar JeneralDouglas Cyril Hawthorn, panglima angkatan tentera Inggeris Divisi 23, ke Surabaya untuk mengusahakan perdamaian. Oleh itu, pada29 Oktober1945, Presiden Sukarno, Naib PresidenMohammad Hatta, dan Menteri PeneranganAmir Syarifuddin Harahap bersama-sama Mejar Jeneral Hawthorn pergi ke Surabaya untuk berunding.

Pada30 Oktober1945, suatu persetujuan tercapai dan ditandatangani oleh Presiden Sukarno dan Mejar Jeneral Hawthorn. Intipati perjanjian tersebut adalah bahawagencatan senjata diadakan dan angkatan tentera Inggeris akan berundur dari Surabaya dengan secepat mungkin. Kesemua penandatangan kemudian bertolak dari Surabaya dan kembali ke Jakarta.

Pada petang hari tersebut, Brigadier Jeneral Mallaby melawat kubu-kubu angkatan tentera Inggeris di Surabaya untuk memberitahu mereka tentang persetujuan tersebut. Ketika mendekati kubu angkatan tentera Inggeris di Bangunan Antarabangsa yang terletak berhampiran denganJambatan Merah, kereta Mallaby dikepung oleh angkatan tentera awam militia yang sebelumnya telah mengepung Bangunan Antarabangsa.

Kerana menganggapkomandannya akan diserang oleh angkatan tentera awam militia, angkatan tentera Inggeris Kompeni D yang dipimpin oleh Mejar Venu K. Gopal melepaskan sedas tembakan ke atas untuk memencarkan para askar awam miltia. Malangnya para askar awam militia menganggap bahawa mereka telah diserang oleh askar-askar Inggeris yang berada di dalam Bangunan Antarabangsa dan menembak balas. Kapten R.C. Smith, pegawai askar Inggeris, melemparkangrenad ke arah askar-askar awam militia Indonesia, akan tetapi grenad tersebut meleset malahan jatuh tepat pada kereta Mallaby yang kemudian terbakar. Akibatnya, Mallaby dan pemandu keretanya maut. Laporan awal yang diberikan oleh angkatan tentera Inggeris di Surabaya kepada markas besar angkatan tentera Inggeris di Jakarta mengatakan bahawa Mallaby maut ditembak oleh angkatan tentera awam militia Indonesia.

Leftenan Jeneral Sir Philip Christison amat marah ketika mendengar khabar kematian Mallaby dan mengerahkan 24,000 orang askar tambahan untuk menguasai Surabaya. Pada9 November1945, pihak Inggeris mengumumkankata dua agar semua senjata tentera Indonesia dan tentera awam militia diserahkan dengan segera kepada tentera Inggeris, akan tetapi kata dua itu tidak diendahkan.

Pada10 November1945, tentera Inggeris mulai mengebom Surabaya dan perang sengit berlangsung terus menerus selama 10 hari. Dua buah pesawat Inggeris ditembak jatuh oleh angkatan tentera Republik Indonesia dan salah seorang penumpang Brigadier Jeneral Robert Guy Loder-Symonds mengalami kecederaan parah dan maut pada hari keesokannya.

Pada20 November1945, tentera Inggeris berjaya menguasai Surabaya dengan kematian ribuan orang askar Inggeris. Melebihi 20,000 orang askar Indonesia, askar awam milita, serta penduduk Surabaya maut dalam pertempuran ini, dengan seluruh kota Surabaya hancur lebur.

Pertempuran ini merupakan salah satu pertempuran yang paling berdarah yang dialami oleh angkatan tentera Inggeris pada dekad1940-an, dan menunjukkan kesungguhan bangsa Indonesia untuk mempertahankankemerdekaan mereka serta mengusir para penjajah. Disebabkan oleh pertempuran ini yang sengit dan besar pengorbanannya, jumlah askar Inggeris di Indonesia mulai dikurangkan secara berperingkat dan digantikan oleh angkatan tenteraBelanda. Pertempuran tersebut pada10 November1945 kini dikenangi sebagaiHari Pahlawan.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Surabaya yang luasnya 326.36kilometer persegi terletak di tepi pantai utara provinsiJawa Timur. Wilayahnya menyempadaniSelat Madura di utara dan timur,Kabupaten Sidoarjo di selatan, danKabupaten Gresik di barat.

Surabaya terdiri daripada dataran rendah yang tingginya antara 3 - 6meter di atas aras laut, kecuali di bahagian selatan yang mempunyai dua buah bukit landai, iaitu di daerah Lidah dan Gayungan, dengan tingginya antara 25 - 50 meter di atas aras laut. Kawasan baratnya beralun sedikit. MuaraSungai Kali Mas terletak di Surabaya dan merupakan salah satu daripada dua cabangSungai Brantas.

Iklim

[sunting |sunting sumber]
Data iklim untukKota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)38
(100)
38
(100)
38
(100)
37
(99)
37
(99)
37
(99)
38
(100)
37
(99)
37
(99)
39
(102)
38
(100)
42
(108)
42
(108)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)32.3
(90.1)
32.4
(90.3)
32.1
(89.8)
32.6
(90.7)
32.9
(91.2)
32.1
(89.8)
31.4
(88.5)
31.4
(88.5)
32.9
(91.2)
34
(93)
34.6
(94.3)
34.2
(93.6)
32.7
(90.9)
Purata suhu harian, °C (°F)27.8
(82.0)
28
(82)
27.7
(81.9)
28.4
(83.1)
28.4
(83.1)
27.1
(80.8)
26.5
(79.7)
26.6
(79.9)
27.3
(81.1)
28.9
(84.0)
30.2
(86.4)
29.6
(85.3)
28.0
(82.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)24.8
(76.6)
24.7
(76.5)
24.8
(76.6)
25.5
(77.9)
24.9
(76.8)
23.3
(73.9)
22.3
(72.1)
22.4
(72.3)
22.9
(73.2)
24.1
(75.4)
25.8
(78.4)
25.6
(78.1)
24.3
(75.7)
Rekod rendah suhu, °C (°F)22
(72)
22
(72)
22
(72)
22
(72)
21
(70)
20
(68)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
20
(68)
20
(68)
22
(72)
20
(68)
Puratakerpasan, mm (inci)330
(13.0)
310
(12.2)
293
(11.5)
198
(7.8)
95
(3.7)
53
(2.1)
22
(0.9)
6
(0.2)
11
(0.4)
48
(1.9)
139
(5.5)
269
(10.6)
1,774
(69.8)
Purata bilangan hari hujan211918159631241017125
Puratakelembapan relatif (%)84848380797369646772777976
Purata bulananjangka masa sinaran matahari1832022412502622752812932982852351932,998
Purata harianjangka masa sinaran matahari4.04.85.36.17.27.78.59.18.88.16.64.86.7
Sumber 1: WeatherOnline[4] & BMKG[5]
Sumber 2: Weatherbase dan WeatherAtlas[6][7]

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Kota Surabaya terdiri daripada 31 buahkecamatan. Yang berikut adalah senarai kecamatan di Surabaya yang dibahagikan kepada lima buah wilayah:

Surabaya Pusat

[sunting |sunting sumber]

Surabaya Timur

[sunting |sunting sumber]

Surabaya Barat

[sunting |sunting sumber]

Surabaya Utara

[sunting |sunting sumber]

Surabaya Selatan

[sunting |sunting sumber]

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Suku Jawa ialah suku bangsa majoriti di Surabaya, dan merupakan 53% daripada jumlah penduduknya. Berbanding dengan masyarakat Jawa pada umumnya, suku Jawa di Surabaya memilikipembawaan yang lebih keras danegalitarian. Salah satu sebabnya adalah jauhnya Surabaya dariKraton yang dianggap sebagai pusat kebudayaan Jawa.

Surabaya juga merupakan tempat tinggal untuk berbagai-bagai suku bangsa di Indonesia, termasuk sukuTionghoa (25.5%),Madura (7.5%), danArab (7%). Sebagai pusat komersil wilayah, banyakekspatriat juga tinggal di daerah Surabaya, terutamanya di daerah Surabaya Barat, dengan kaum-kaum Tionghoa,Korea, danJepun merupakan kaum-kaum ekspatriat yang terbesar.

Sebagai pusat pendidikan, Surabaya juga merupakan tempat tinggal untuk paramahasiswa dari berbagai-bagai daerah di seluruh Indonesia, bahkan antara mereka juga terbentuk komuniti-komuniti tersendiri.

Agama

[sunting |sunting sumber]

AgamaIslam ialah agama yang terutama di Surabaya. Surabaya merupakan salah satu pusat penyebaran agama Islam yang paling awal di tanahJawa.Masjid Ampel dibina di sini padaabad ke-15 olehSunan Ampel, salah satu perintiswalisongo. Di Surabaya terdapat juga penganutIslam Syiah pada jumlah yang cukup ketara.

Agama-agama lain yang dianuti di Surabaya termasukagama Kristian,Katolik,Hinduisme,Buddhisme, danKonfusianisme.

Bahasa

[sunting |sunting sumber]

Surabaya memilikiloghatbahasa Jawa yang khas yang dipanggil "Boso Suroboyoan". Loghat ini yang dipengaruhi oleh bahagian timur provinsiJawa Timur dituturkan di daerah Surabaya dan sekitarnya. Boso Suroboyoan terkenal kerana sifategalitarian, terus-terang, dan tidak membezakan ragam tingkat bahasa sepertibahasa Jawa baku pada umumnya. Masyarakat Surabaya juga dikenali kerana sifat fanatik dan bangga terhadap bahasa mereka.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Sebagai kotametropolitan, Surabaya merupakan pusat kegiatanekonomi di daerah Jawa Timur dan sekitarnya. Sebahagian besar penduduknya bergiat dalam sektor-sektorperdagangan,perindustrian, danperkhidmatan. Banyak perusahaan besar yang berpusat di Surabaya, umpamanyaPT Sampoerna Tbk,Maspion,Kumpulan Wing,Unilever, danPT PAL. Kawasan perindustrian di Surabaya termasukSIER (Rungkut) danMargomulyo.

Surabaya mempunyai banyak kawasan membeli-belah serta puluhanpasar raya yang besar. Pusat membeli-belah moden yang ternama termasuk:Plaza Tunjungan,Pusat Perdagangan Pakuwon dan Supermal Pakuwon Indah (dalam satu bangunan),Medan Persiaran Golden City (Carrefour), ITC, Persimpangan Bubutan, Plaza Royal, Mal Galaxy, Plaza Marina (dahulu Sinar Montana), sertaPlaza Surabaya (lebih dikenali sebagai Delta Plaza oleh masyarakat Surabaya).

Pusat membeli-belah tradisional yang ternama termasuk Pasar Turi, Pasar Atom, dan Pusat Perdagangan Darmo (DTC) yang dahulunya dipanggil Pasar Wono Kromo.

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]

Surabaya dikenali kerana keseniannya yang khas, termasuk:

  • Ludruk yang merupakan seni persembahandrama yang menceritakan kehidupan rakyat sehari-hari;
  • Tarian Remo yang merupakantarian selamat datang yang umumnya dipersembahkan untuk tetamu khas;
  • Kidungan yang merupakanpantun yang dinyanyikan, dan mengandungi unsur-unsurkelucuan.

Selain daripada seni khas di atas, terdapat juga budaya panggilanarek  (sebutan khas Surabaya) yang diterjemahkan sebagai "Cak" untuk lelaki dan Ning untuk wanita. Sebagai suatu usaha untuk memeliharakan kebudayaan Surabaya, pemilihan Cak & Ning Surabaya diadakan sekali setiap tahun. Cak dan Ning Surabaya serta para peserta akhir merupakan duta-duta pelancongan serta ikon generasi muda kota Surabaya.

Surabaya juga mengadakanPesta Cak Durasim Tahunan (FCD), sebuah pesta seni yang juga bertujuan untuk memeliharakan kebudayaan Surabaya dan Jawa Timur pada umumnya, biasanya di Bangunan Cak Durasim, Surabaya.

Selain itu, adanya jugaPesta Seni Surabaya (FSS) yang menerima semua bentuk seni, misalnyateater,tarian,muzik,seminarkesusasteraan serta jugapameranlukisan dankemeja-T, baik daripada bentuk-bentuk seni di Surabaya mahupun daripada bentuk-bentuk seni luar. Pesta Seni Surabaya biasanya diadakan setahun sekali pada bulan Jun di Balai Pemuda.

Makanan khas

[sunting |sunting sumber]

Surabaya mempunyai sejumlah makanan khas, antaranya:

Muzik dan Hiburan

[sunting |sunting sumber]

Surabaya banyak melahirkan penyanyi dan kumpulan muzik yang besar di Indonesia. Sebilangan kumpulan muzik utama yang dibentuk di Surabaya termasukDewa 19,Padi,Pancaragam Tic, danBoomerang. Penyanyi kelahiran Surabaya antara lain termasukMaia "Ratu",Ita Purnamasari, danJoshua. Kumpulan lawakSrimulat yang diasaskan di Surabaya amat popular di Jawa Timur selama puluhan tahun sebelum akhirnya berpindah ke Jakarta.

Adanya jugapelacuran di Kota Surabaya yang terhad kepada daerah yang dikenali sebagaiGang Dolly.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Institusi pendidikan tinggi awam

[sunting |sunting sumber]

Institusi pendidikan tinggi swasta

[sunting |sunting sumber]

Pengangkutan

[sunting |sunting sumber]

Surabaya merupakan pusat pengangkutan darat di bahagian timur PulauJawa kerana lokasinya pada persimpangan sejumlah jalan raya yang menghubungkan Surabaya dengan kota-kota yang lain. Jalan tol termasuk jalan-jalan raya Surabaya-Gresik, Surabaya-Waru-Gempol, dan Waru-Lapangan Terbang Juanda.

Jambatan Suramadu kini sedang dibina untuk menghubungkan Surabaya denganPulau Madura dan apabila disiapkan, ia akan merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia. Pada saat ini, rancangan pembinaan jalan tol di kota Lintas Tengah dan Lintas Timur telah dikaji untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dengan jalan tol Surabaya-Mojokerto-Kertosono akan dibina dengan segera.

Pengangkutan dalam kota dilayani olehteksi,bas kota (baik berhawa angin mahupun tidak),kenderaan kota (lebih dikenali sebagaiBemo ),angguna (seperti teksi namun tanpa hawa dingin, dan memiliki bentuk yang khas), danbeca (meskipun penggunaannya kini semakin terhad). Surabaya memiliki sejumlah perhentian di dalam kota, antaranyaJoyoboyo,Bratang, danJambatan Merah.

Untuk pengangkutan wilayah, terdapatsistem alihan rel yang menghubungkan Surabaya-Sidoarjo-Porong, Surabaya-Gresik-Lamongan dan pada saat ini, juga dikembangkan laluan Surabaya-Mojokerto-Jombang.Monorel juga akan dirancang, seperti yang sedang dikembangkan diJakarta. Monorel Surabaya yang dirancang akan mengikut laluan Ujung (Perak)-Bundaran Waru.

Bas

[sunting |sunting sumber]

Perhentian BasPurabaya, lebih dikenali sebagai "Bungurasih", merupakan perhentian bas yang tersibuk di Indonesia serta juga perhentian bas yang terbesar diAsia Tenggara, dengan jumlah penumpang sehingga 120,000 orang setiap hari. Perhentian ini melayani laluan-laluan jarak dekat dan sederhana, antaranya Surabaya-Malang-Blitar, Surabaya-Kediri-Trenggalek, Surabaya-Madiun-Yogyakarta, Surabaya-Semarang, dan Surabaya-Jember-Banyuwangi, serta juga laluan jarak jauh yang termasuk perjalanan keBali/Lombok,Jakarta, danSumatera.

Perhentian Bas Tambak Osowilangun melayani perjalanan jarak dekat dan sederhana ke utara seperti laluan-laluan Surabaya-Bojonegoro-Cepu dan Surabaya-Tuban.

Kereta api

[sunting |sunting sumber]

Kota Surabaya dihubungkan dengan sejumlah kota diPulau Jawa melaluilandasan kereta api. Empat buah stesen kereta apinya yang besar ialah:

  1. Stesen Wonokromo
  2. Stesen Surabaya Gubeng
  3. Stesen Surabaya Kota
  4. Stesen Surabaya Pasar Turi.

Landasan kereta api yang merentasi Kota Surabaya termasuk landasan-landasan Surabaya-Malang-Blitar, Surabaya-Kertosono-Blitar, Surabaya-Bojonegoro-Cepu, Surabaya-Jember-Banyuwangi, Surabaya-Yogyakarta-Purwokerto, Surabaya-Bandung, Surabaya-Yogyakarta-Jakarta, dan Surabaya-Semarang-Jakarta.

Kapal terbang

[sunting |sunting sumber]

Surabaya tidak memilikilapangan terbang sendiri.Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda yang terletak di sebelah selatan kota Surabaya (wilayahKabupaten Sidoarjo) melayani keperluan pengangkutan udaranya.

Tarikan pelancongan

[sunting |sunting sumber]

Sebilangan tarikan pelancongan di Surabaya termasuk:

)

Media

[sunting |sunting sumber]

Televisyen

[sunting |sunting sumber]
  • TVRI Jawa Timur: Stesen televisyen daerah yang pertama di Indonesia.
  • RCTI Jawa Timur: Juga menyiarkan berita tempatanJawa Timur, di samping menyampaikan siaran RCTI Nasional.
  • SCTV Jawa Timur: Diasaskan pada tahun1990 sebelum akhirnya menjadi sebuah stesen televisyen negara, SCTV juga menyiarkan berita tempatan Jawa Timur, di samping menyampaikan siaran SCTV Nasional.
  • JTV: Televisyen swasta tempatan yang pertama di Indonesia.
  • Spacetoon Surabaya: TV kanak-kanak.

Radio

[sunting |sunting sumber]

Surabaya memiliki puluhanradio swasta, antaranya: [[Suara Surabaya FM 100 Mhz, jl wonokitri besar 40 C,Surabaya, Prambors 89,3 FM, Radio Giga FM 99,6 Mhz, Hard Rock FM, Istara,Radio Suzana, myRadio 94.4 FM, dan sebagainya.

Media cetak

[sunting |sunting sumber]

Tokoh-tokoh

[sunting |sunting sumber]

Tokoh-tokoh negara Indonesia yang dilahirkan di Surabaya termasuk:

Kelab Olahraga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • JGA Parrot; "Who Killed Brigadier Mallaby" ; 1976; Majalah Indonesia, Julai 1976, m.s. 91;Universiti Cornell.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
 

Kota Surabaya,Jawa Timur

Kecamatan:Asemrowo |Benowo |Bubutan |Bulak |Dukuh Pakis |Gayungan |Genteng |Gubeng |Gununganyar |Jambangan |Karangpilang |Kenjeran |Krembangan |Lakarsantri |Mulyorejo |Pabean Cantikan |Pakal |Rungkut |Sambikerep |Sawahan |Semampir |Simokerto |Sukolilo |Sukomanunggal |Tambaksari |Tandes |Tegalsari |Tenggilis Mejoyo |Wiyung |Wonocolo |Wonokromo

 
Jawa Timur
Lambang Provinsi Jawa Timur "Jer Basuki Mawa Bea"

Kabupaten:Banyuwangi |Bangkalan |Blitar |Bojonegoro |Bondowoso |Gresik |Jember |Jombang |Kediri |Lamongan |Lumajang |Madiun |Magetan |Malang |Mojokerto |Nganjuk |Ngawi |Pacitan |Pamekasan |Pasuruan |Ponorogo |Probolinggo |Sampang |Sidoarjo |Situbondo |Sumenep |Trenggalek |Tuban |Tulungagung

Kota:Batu |Blitar |Kediri |Madiun |Malang |Mojokerto |Probolinggo |Pasuruan |Surabaya

Lihat juga:Daftar kabupaten dan kota di Indonesia

  1. ^http://www.citypopulation.de/php/indonesia-jawa-admin.php
  2. ^Data Sensus Penduduk 2010 - Badan Pusat Statistik Republik Indonesia <http://sp2010.bps.go.id/index.php/site/tabel?tid=321&wid=3500000000&lang=id>
  3. ^"Surabaya City in Figures 2016"
  4. ^"Climate of Surabaya (1996–2020)". WeatherOnline.co.uk. Dicapai pada17 September 2020.
  5. ^"Buku Prakiraan Musim Hujan 2022/2023 di Indonesia – Normal Curah Hujan Kota Surabaya Zona Musim 302 & 303 periode 1991-2020". BMKG. m/s. 93–94. Dicapai pada17 September 2022.
  6. ^"Surabaya, Indonesia". Weatherbase. Dicapai pada17 September 2020.
  7. ^"Climate of Surabaya, Indonesia". Dicapai pada17 September 2020.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Surabaya&oldid=6295586"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp