| Sungai Udang | |
| Nama samaran:S.U. | |
| Koordinat:2°16′53.45″N102°8′5.89″E / 2.2815139°N 102.1349694°E /2.2815139; 102.1349694 | |
|---|---|
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Melaka Tengah |
| Tahun pembukaan | 1600 Masihi (anggaran) |
| Kerajaan | |
| - ADUN | Dr. Mohd Aleef Yusof (PN) |
| - Ahli Parlimen | Rusnah Aluai (PH) |
| Zon masa | MST (UTC+8) |
| Poskod | 76300/76200 Sungai Udang |
| Kod kawasan | +06 |
Sungai Udang adalah sebuah perbandaran yang semakin pesat membangun di negeriMelaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya yang amat strategik, terletak di antaralaluan persekutuan utama menghubungkanBandar Melaka danMasjid Tanah.
Sungai Udang dikelilingi dengan beberapa kawasan penempatan seperti kampungPaya Rumput Jaya,Bertam Ulu,Pantai Kundor danTangga Batu.
Kem Terendak yang merupakan kem tentera yang di bina sepenuhnya kerajaan komonwel diMalaysia juga terletak di Sungai Udang. Sungai Udang juga dikenali sebagai"Home of the Commandos" kerana di sinilah bermulanya sejarahRegimen Gerak Khas iaitu sebuah pasukan komando elitAngkatan Tentera Malaysia. Di dalamRancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) serta proses memperkasakan angkatan tentera,Pusat Latihan Peperangan Khas (Special Warfare Training Centre) telah ditubuhkan di Sungai Udang. Masih kekal dengan fungsinya melatih anggota komando yang siap siaga serta mahir melakukan aktiviti di udara, di dalam laut dan tentunya di darat hingga ke hari ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lanskap pembangunan Sungai Udang semakin pesat berubah dengan terbina dan bermulanya operasi Loji Penapisan Kedua Petronas Fasa I dan Fasa II (PSR I & PSR II) yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di sebelah pantai barat. Fasa III masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012. Pelabuhan Sungai Udang yang dikendalikan Petronas Sungai Udang Port Sdn Bhd juga telah memperkenalkan lagi nama Sungai Udang di peta maritim antarabangsa.
Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang yang baru dibina juga bakal menjadi salah satu mercu tanda baru bagi bandar kecil yang serba lengkap ini.
Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul namaSungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.
Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun1810 masihi.[1]
Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah diPaya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan12 Ogos,1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman.[2]
Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki diSungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal diPaya Rumput.
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dariJabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.[3]
Majoriti pendudukSungai Udang adalah terdiri dari anggota tentera dan keluarga mereka serta bekas pesara tentera kerana terdapat dua kem tentera iaituKem Terendak danKem Sungai Udang.Kem Terendak adalah antara kem terbesar di Malaysia kerana menempatkan hampir kesemua cabang unit di dalamATM.Sungai Udang juga lebih dikenali sebagaiPekan Tentera Darat[4] selain gelaran klasiknyaHome of the Commandos.

Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di DUN Sungai Udang semenjak 1974:-
| Tahun | ADUN | Parti | Lawan | Parti Lawan | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|
| 1974 | Ahmad Manap | 0,000 | |||
| 1978 | Abdul Rashid Othman | 0,000 | |||
| 1982 | Ahmad Nordin Mohd Amin | 0,000 | |||
| 1986 | Ahmad Nordin Mohd Amin | 0,000 | |||
| 1990 | Mohd Ali bin Mohd Rustam | Ahmad Nordin Mohd Amin | 0,000 | ||
| 1995 | Nordin Yaani | Haji Othman bin Hj. Abdul Wahid | 7,032 | ||
| 1999 | Kapten (B)Abdul Karim Bin Sulaiman | Hassan Bin Md. Dahan | 2,592 | ||
| 2004 | Yaakub bin Md Amin | Ustaz Jamiludin Hj. Abdul Wahid | 6,452 | ||
| 2008 | Yaakub bin Md Amin | Kapten (B) Ir Zulkefly Othman | 8,005 | ||
| 2013 | Idris Haron | RSM (B) Hj Asri Bin Buang | 9,136 | ||
| 2018 | Idris Haron | Mohd Lokman Abdul Ghani | 2,229 | ||
Lihat jugaPolitik di Melaka
| Bandar/Pekan | Ke Sungai Udang, Melaka (km) |
|---|---|
| Seremban | 85.0 |
| Masjid Tanah | 8.0 |
| Alor Gajah | 25.0 |
| Ayer Keroh | 21.0 |
| Gemencheh | 56.0 |
| Tampin | 35.0 |
| Port Dickson | 62.0 |
| Tanjung Bidara | 3.0 |
| Rembau | 54 |
Pengangkutan awam
Daftar kemudahan awam & projek pembangunan yang tersedia di Sungai Udang bagi meningkatkan kualiti hidup serta memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada seluruh penduduk dan kawasan sekitarnya:
Agensi Kerajaan
Agensi Swasta
Kemudahan Awam
Pusat Kesihatan
Klinik / Poliklinik Swasta
Farmasi
Internet Jalur Lebar
GPS
Institusi pendidikan secara formal yang pertama ditubuhkan diSungai Udang ialahSekolah Kebangsaan Sungai Udang yang dibina oleh pihak pentadbiran British pada tahun1 Januari,1908 dan mula digunakan pada bulan November tahun yang sama. Berikut adalah daftar institusi pendidikan lain yang dibina di sekitar Sungai Udang.
Sekolah Kebangsaan & Jenis Kebangsaan
| Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod | Laman Web |
|---|---|---|---|
| Sekolah Kebangsaan Sungai Udang | 1908 | MBA2027 | [1] |
| Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas | 1979 | MBA2038 | [2] |
| Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 | 1960 | MBE0045 | [3] |
| Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II | 1995 | MBA0042 | [4] |
| Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang | 1953 | MBC2080 | [5] |
Sekolah Menengah Kebangsaan
| Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod | Laman Web |
|---|---|---|---|
| Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang | 1981 | MEA0100 | [6] |
| Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak | 1965 | MEE0094 | [7] |
| Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak | 1983 | [8]Diarkibkan 2011-02-27 diWayback Machine |
Sekolah Agama
| Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod | Laman Web |
|---|---|---|---|
| Tadika JAIM An-Nuriah | MAA2002 | [9] | |
| Tadika JAIM Kem Terendak | MAA2007 | [10] | |
| Sekolah Rendah Agama JAIM An-Nuriah | MYA2006 | [11] | |
| Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Gerak Khas | MYA2028 | [12] | |
| Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 1 | MYA2030 | [13] | |
| Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 2 | MYA2031 | [14] | |
| Sekolah Rendah Agama JAIM Sungai Udang | MYA2049 | [15] | |
| Sekolah Menengah Arab JAIM al-Mahdi | MXT2001 | [16] |
Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA)
| Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod |
|---|---|---|
| KAFAMasjid Sungai Udang | ||
| KAFASekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 | ||
| KAFA Surau Al-Hidayah |
Masjid
Surau
dan surau-surau yang terdapat di dalam Kem Terendak.
Pusat membeli-belah
Perbankan
Stesen Minyak
Kafe Siber
Tempat-tempat menarik yang mengamit pelancong untuk berkunjung ke Sungai Udang:
Sungai Udang pernah menjadi lokasi pengambaran bagi beberapa buah drama dan filem tempatan dan antarabangsa:
| Tajuk Filem / Drama | Tahun | Babak & Lokasi |
|---|---|---|
| Darah Satria | 1983 | Kem Terendak,Hutan Rekreasi Sungai Udang,Hospital Kem Terendak |
| Kepulangan | 1990'an | Batu 11,Sungai Udang |
| Don 2 | 2006 | Kompleks Penjara Melaka |
| Beret Hijau | 2011 | Kem Sungai Udang |
| Bravo 5 | 2016 | Kem Sungai Udang |
| Kabali | 2016 | Kompleks Penjara Melaka |