Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. (November 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Jerman itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|de|Rhein}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
Sungai Rhein[1] (bahasa Inggeris:Rhine) antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benuaEropah dengan panjang keseluruhannya 1,230kilometer (820batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat; ia terbit darikantonGraubünden di utaraBanjaran Alps terangkum dalam kawasan pendudukanbangsa Jerman diSwitzerland[1] mengalir ke utara sepanjang pedalamanJerman terutamanyaRheinland hingga ke muara-muara pamahBelanda. Sungai Rhein dan jugaDanube membentuk sebahagian besar sempadan utaraEmpayar Rom, dan sejak itu, Rhein telah menjadi laluan air terpenting dengan membawa barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman.Rhein juga berfungsi sebagai benteng pertahanan,dan juga menjadi asas kepada sempadan serantau mahupun antarabangsa.Pelbagai istana-istana dan kubu-kubu lama di sepanjang sungai Rhein membuktikan kepentingannya sebagai laluan air utama - pengguna laluan ini biasanya singgah di sini untuk memunggah barang-barang dagangan.
Nama Rhein ini berasal daripadabahasa Celt, iaituRenos (yang mengalir), yang berasaskan kata dasarProto-Indo-Eropah,*rei- (mengalir). Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepadakata kerjaInggeris"to run", kata kerja Jerman"rinnen", dan juga perkataan Yunani,"rhëin", dengan kesemuanya membawa maksudmengalir. Perkataan ini juga dikaitkan dengan satu pepatah Yunani,Πάντα ῥεῖ καὶ οὐδὲν μένει (semuanya mengalir, tiada yang kaku).
Ngarai Rhine(Ruinaulta) diGraubünden,SwitzerlandRhein di hilir Tasik ConstanceIstanaMarksburg berdekatanKoblenz dibina pada tahun 1231Rhein dengan industri kimia diWesseling berhampiran Cologne
Punca sungai Rhein terletak di wilayahGraubünden di utaraBanjaran Alps,Switzerland[1] di mana dua cawang utamanya dipanggilVorderrhein danHinterrhein.VorderRhein (Tanduk Rhine) berpunca dari Tasik Tuma berhampiranOberalp Pass dan mengalir merentasiRuinalta(Grand Canyon Switzerland).Hinterrhein(Belakang Rhine) bermula dikawasan syurga glasier berdekatan Rhinquellhorn di sempadan selatan Switzerland.Salah satu punca baru Rhein bermula dariVal di Lei di Italy.
Kedua-dua cawang sungai ini bertemu diReichenau,juga di Graubünden.Dari Reichenau,Rhein mengalir ke utara sebagaiAlpenrhein merentasiChur dan membentuk sempadan denganLiechtenstein dan jugaAustria,yang kemudiannya memenuhiTasik Constance.Rhein mengalir dari Tasik Constance ke barat sebagaiHochrhein melintasiRhein Falls dan kemudian bercantum dengan sungaiAare yang menggandakan arus aliran sungai kepada purata 1000 kubik meter padu per saat.Ia membentuk sempadan dengan Jerman sehinggalah Rhein menghala ke utara dengan gelaranLutut Rhein diBasel.
Melintasi Basel sebagaiRhein Atas,sungai ini membentuk satu lembah yang luas yang menjadi sebahagian sempadan selatan antara Jerman dan Perancis sebelum memasuki Jerman di Rheinstetten,dekat Karlsruhe.
Dengan panjang melebihi 1000 kilometer,Rhein adalah sungai terpanjang di Jerman.Di sini Rhein bertemu dengan beberapa lagi cawang sungai utamanya sepertiNeckar,Main danMoselle,yang menyumbang pada purata arus 300 kubik meter padu per saat.
AntaraBingen danBonn,Rhein Tengah mengalir merentasiGaung Rhine,satu landskap yang terbentuk kerana proses hakisan,yang berlaku pada kadar hampir sama dengan satu pergerakan tektonik serantau,yang meninggalkan bahagian sungai tidak berubah tetapi menaikkan aras ketinggian bahagian tanah sekitarnya.Gaung ini agak dalam dan terbentang disepanjang sungai yang terkenal dengan istana-istana dan ladang-ladang anggurnya.Rhein disenaraikan sebagai salah satuTapak Warisan Dunia UNESCO 2002 dan dikenali sebagaiRhein yang romatik dengan mempunyai 40 buah istana dan kubu lama sejak Tahun Pertengahan dan juga perkampungan-perkampungan wain yang menarik.
Walaupun pelbagai industri dapat dilihat disepanjang tebing sungai Rhein bermula di Switzerland lagi,namun kebanyakkan industri ini terletak diRhein Rendah di kawasanRuhr Gebiet kerana sungai ini merentasi bandar utamaCologne,Düsseldorf danDuisberg.Sungai Ruhr,yang bercantum dengan Rhein di Duisberg,amat menakjubkan kerana sangat bersih dan dijadikan air minuman jika diambil kira dengan kepadatan dan jumlah aktiviti industri tebing sungainya.Ruhr menambah sebnyak 70 kubik meter padu per saat aliran air ke dalam Rhine.Walaubagaimanapun,sungai lain dari Ruhr Gebiet,terutamanya Emscher,masih membawa pencemaran kepada Rhine.MenghampiriBelanda,Rhein sekarang mempunyai hampir 2,290 kubik meter padu per saat dan purata lebar melebihi 300 meter.
Rhein sekarang menghala ke barat dan mamasukiBelanda bersama-sama sungai Meuse dan Scheldt membentuk satu delta yang luas.Kelebaran Rhein adalah paling besar apabila melintasi sempadan Belanda di Spijk,berhampiran Nijmegen danArnhem,tetapi sungai ini kemudiannya berpecah kepada 3 cawang utama:Waal, Nederrijn(Rhein Rendah) dan Ijssel.
Dari sini,situasi menjadi lebih rumit,dengan nama "Rhine" tidak lagi dikaitkan dengan aliran utama air. Kebanyakkan air Rhine(dua pertiga) mengalir jauh ke barat melalui Waal dan seterusnya menerusiMerwede dan Nieuwe dan bercantum dengan Meuse,melalui "Holland Diep" dan muara Haringvliet ke dalamLaut Utara.Sungai Beneden Merwede mengalir sebagai sungai Noord di Hardinxveld-Giessendam dan bercantum sungai Lek berdekatan Kinderjijk untuk membentuk Nieuwe Maas,yang kemudiannya mengalir merentasiRotterdam dan berterusan melalui Het Scheur danNieuwe Waterweg ke Laut Utara.Oude Maas pula bergabung dengan Nieuwe Maas di Dordrecht untuk membentukHet Scheur.
Roeschwoog —Rastatt-Wintersdorf (diganakan sebagai jambatan jalan raya sehingga1949, ditutup1960, laluan rel dikekalkan untuk perkhidmatan strategik sehingga1999)