Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sungai Nil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatSungai Nil (nyahkekaburan).
Sungai Nil
سوڠاي نيل
Sungai Nil di Uganda pada waktu petang
Peta sungai Nil
Lokasi
Negara
Bandar-bandar utamaJinja,Juba,Khartoum,Kaherah
Ciri-ciri fizikal
SumberNil Putih
 • koordinat02°16′56″S29°19′53″E / 2.28222°S 29.33139°E /-2.28222; 29.33139
 • ketinggian2,400 meter (7,900 ka)
Sumber keduaNil Biru
 • lokasiTasik Tana, Habsyah
 • koordinat12°02′09″N037°15′53″E / 12.03583°N 37.26472°E /12.03583; 37.26472
MuaraLaut Mediterranean 
 • lokasi
Delta Nil, Mesir
 • koordinat
30°10′N31°09′E / 30.167°N 31.150°E /30.167; 31.150
 • ketinggian
Aras laut
Panjang6,650 kilometer (4,130 bt)
Saiz lembangan3,349,000 km2 (1,293,000 bt2)
Lebar 
 • maksimum2.8 kilometer (1.7 bt)
Kedalaman 
 • purata8–11 meter (26–36 ka)
Aliran 
 • lokasiAswan, Mesir
 • minimum530 m3/s (19,000 ka3/s)
 • purata2,633 m3/s (93,000 ka3/s)
 • maksimum7,620 m3/s (269,000 ka3/s)
Aliran 
 • lokasiKaherah, Mesir
 • minimum500 m3/s (18,000 ka3/s)
 • purata2,000 m3/s (71,000 ka3/s)
Aliran 
 • lokasiDelta Nil, Mesir
 • purata1,584 m3/s (55,900 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiNile basin
Anak sungai 
 • kiriNil Putih
 • kananNil Biru,Atbarah

Sungai Nil (Arab:نهر النيل,;Bahasa Mesir Kunoiteru;bahasa Qibti ⲫⲓⲁⲣⲟpiaro atauphiaro,bahasa Nobiin: Áman Dawū[1]) ialah sebatangsungai utama yang mengalir ke utara di benuaAfrika; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagaisungai yang terpanjang di dunia[2][3] namun kajian terbaharu lebih menyatakansungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih.[4][5]

Sungai Nil mempunyai duacawangan yang utama, iaituSungai Nil Biru danSungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasantasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya diRwanda Selatan (2°16′55.92″S,29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasiTanzania,Tasik Victoria,Uganda, dan bahagian selatanSudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca diTasik Tana,Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran denganKhartoum,ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasigurun, dariSudan masuk keMesir, sebuahnegara yangtamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utaraAswan; hampir semua tapakkebudayaan dansejarahMesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuahdelta yang mengalir masuk keLaut Mediterranean.

Etimologi perkataan Sungai Nil

[sunting |sunting sumber]

Perkataan "Nil" (bahasa Arab: 'nīl) datangnya daripada perkataanGreek,Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalambahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggiliteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan denganhieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya,itrw).[6] Dalambahasa Kubti, perkataanpiaro (Sahidik) atauphiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Reinisch, Leo (1879).Die Nuba-Sprache. Grammatik und Texte. Nubisch-Deutsches und Deutsch-Nubisches Wörterbuch Erster Theil. Zweiter Theil. m/s. 220.
  2. ^"Nile River".Encyclopædia Britannica.Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015.
  3. ^Liu, Shaochuang; Lu, P; Liu, D; Jin, P; Wang, W (1 March 2009)."Pinpointing the sources and measuring the lengths of the principal rivers of the world".Int. J. Digital Earth.2 (1): 80–87.Bibcode:2009IJDE....2...80L.doi:10.1080/17538940902746082.S2CID 27548511.
  4. ^Amazon Longer Than Nile River, Scientists SayDiarkibkan 15 Ogos 2012 diWayback Machine
  5. ^"How Long Is the Amazon River?".Encyclopedia Britannica.Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2018. Dicapai pada24 December 2018.
  6. ^Laman webGlyphdoctors: Apakah panggilan orang Mesir Kuno untuk Sungai Nil? Dicapai pada 17 Oktober 2006 - log masuk diperlukan atau masuk sebagai Tetamu)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Sungai Nil.
Ikon tunas

Rencana mengenai sebatang sungai ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana berkaitanAfrika ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Nil&oldid=6601573"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp