Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sungai Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sungai Mati merupakan sebuahbandar diDaerah Tangkak,Johor,Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandarTangkak. Sungai Mati adalah tempat asalMenteri BesarJohor ke 14 iaitu Tan SriAbdul Ghani Othman.

Sungai Mati ialah satu kesan apabila berlaku percantuman antara dua buah liku sungai di sebatang sungai yang berada di peringkat ketiga.  Aliran sungai peringkat ketiga biasanya berliku-liku dan ada yang bercantum dan apabila bercantum maka wujudlah satu fenomena baru seperti kejadian tasik ladam atau sungai mati.

Disebabkan aliran mengecil lalu airnya kelihatan seperti tidak mengalir , maka dipanggil “sungai mati” sehingga timbul nama kawasan dan pekan Sungai Mati dalam daerah Tangkak (dulu merupakan sebahagian daripada daerah Muar).  Namun ia tetap bersambung dengan Sungai Muar walaupun kurang menerima keluar masuk air maka tanah yang dikeliling aliran pun dikenali sebagai Pulau Penarik atau Penarek.

Sebelum permisahan Sungai Mati adalah tebing Sungai Muar dan merupakan pelabuhan sungai.  Sebelum permisahan, Sungai Mati telah dinamakan sebagai “Li Hong Kang”.  Ini bermakna pelabuhan makmur.  Sehingga kini, masyarakat Cina masih menggunakan nama yang sama .  Ia adalah sebuah pelabuhan darat atau sungai.

Sungai Mati hanya sebuah pekan yang kecil yang dilihat agak ketinggalan daripada menerima limpahan pembangunan berbanding pekan-pekan lain di daerah ini.  Namun kedudukannya dilihat strategik iaitu terletak kira-kira 18 kilometer (km) dari bandar Tangkak, 10 km ke bandar Muar dan 16 km ke pekan Bukit Gambir.  Di pekan itu, terdapat lebih 20 deretan bangunan kedai lama yang dibina tahun 1927 dan satu ketika dulu pernah menjadi tumpuan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Topik
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga:Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
   


Ikon tunas

Rencana berkaitangeografi dan tempat diMalaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Mati&oldid=5518986"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp