Sungai Gangga[1] (Hindi:गंगा,rumi: Gaṅgā,Jawi: ݢڠݢ;bahasa Inggeris:Ganges) ialah sebatangsungai besar diAsia Selatan yang mengalir ke arah timur melaluiDataran Gangga di utarasubbenua India hingga keBangladesh. Panjang sungai ini 2525 kilometer,[2] ia mengalir dari baratbanjaran Himalaya di negeriUttarakhand di India, lalu mengalir ke arahdelta sungaiSundarban diTeluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km. Lembangan sungai Gangga menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m). Sungai ini habitat penting kepada kira-kira 140 spesies ikan, 90 spesiesamfibia, serta beberapa spesiesreptilia danmamalia istimewa yang hanya ditemukan di sunga tersebut.[3] Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.
Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…
Sungai Gangga antara sungai ke-5 paling tercemar di dunia terutama diVaranasi. Hampir 2 juta penganut akan mandi setiap hari di sungai ini. Airnya dikatakan dari kaki lotusWisnu dan mengalir ke rambutSiva. Sungai ini mnejadi tempat buangan najis manusia malah tempat membuang mayat manusia. Akibatnya pelbagai penyakit merebak seperti jangkitan penyakitSchistosomiasis,kolera dan lain-lain wabak penyakit.
Pelan Tindakan Gangga telah dilaksanakan untuk membersihkan sungai ini tetapi kurangan sokongan dari pihak berkuasa agama. Pada April 1985 Shree Rajiv Gandhi telah merasmikan program ini .
Pada 1951, berlaku perselisihan pembahagian air antaraIndia danBangladesh (kemudian Pakistan Timur ), selepas India hendak membinaEmpangan Farakka . Tujuan pembinaan untuk mengembalikan lestariPelabuhan Kolkata . Selama musim kemarau ,aliran air sungai Gangga hanya 1,600 m padu/s. Pada 1996 perjanjian 30-tahun itu ditandatangani.
Sungai ini amatlah suci bagiHinduisme.Jika mereka tidak pergi ke sungai ini seolah-olah mereka tidak dapat masuk syurga. Penganut Hindu akan menampung air di tangan dan membasuh tubuh bagi menyucikan diri daripada dosa-dosa lampau. Ketika pulang mereka akan membawa balik sebotol air sungai ini. Jika sesiapa meninggal dunia, abu mayat akan ditabut ke dalam sungai. Ramai yang mandi dan berenang diGangotri,Haridwar,Prayag, atauVaranasi.
Setiap Mei dan Jun, penganut Hindu akan merayakan avatarana . Mereka akan berendam di dalam sungai untuk menyucikan diri.Biji bijan dan beras akan ditaburkan.
PerayaanKumbh Mela disambut setiap 3 tahun sekali terutama diHaridwar danPrayag. Mereka akan ziarah, berkumpul, mandi, berbincang dan menyanyi lagu-lagu agama. Pada Januari 207, seramai 70 juta penganut Hindu berkumpul diPrayag. Pada 206, seramai 60 juta sempena Kumbh Mela-Maha. Tarikh perayaan ini ditentukan olehplanetMusytari (Bṛhaspati) danmatahari.
^Wilkinson, Richard James (1932). "Gangga".A Malay-English dictionary (romanised).I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 325 – melalui TROVE, National Library of Australia.