KawasanSundarban (Benggali:সুন্দরবনShundorbôn) ialah tanah hutanbakauhalofit pasang surut yang terbesar di dunia.[1] NamaSundarban dalambahasa Benggala bererti "hutan indah". Namanya mungkin berasal dari pokok-pokokSundari yang banyak terdapat dalam kawasan Sundarban.
Hutanya terletak di kakisungai Ganges dan meliputi kawasan-kawasanBangladesh, membentuk pinggirdelta yang menghala ke arah laut.Hutan paya air tawar Sundarban yang mengalami banjir bermusim terletak di pedalaman dari hutan bakau. Hutan ini berkeluasan 10,000 km2; 60% daripadanya di Bangladesh.[2] Sundarban diiktiraf sebagai tapak warisan dunia olehUNESCO pada tahun 1997. Walaupun Bangladesh dan India berkongsiekotop Sundarban yang sama, namun bahagian masing-masing dimasukkan secara berasingan dalam senarai warisan dunia UNESCO, masing-masing sebagai Sundarban danTaman Negara Sundarban. Kawasan Sundarban disilang oleh serangkaian jalan air berpasang surut,dataran lumpur danpulau-pulau kecil yang berhutan bakau tahan masin. Kawasan ini terkenal keranaHarimau Benggala Diraja (Panthera tigris tigris) dan pelbagai fauna yang lain termasuk burung, rusa berbunga, buaya dan ular. Kawasan Sundarban ditentukan sebagaitapak Ramsar pada 21 Mei 1992. Tanah subur di delta telah menarik ramai manusia untuk mengubah kawasan ekologi ini menjadi kawasan pertanian intensif, sehingga tinggal sedikit kawasan hutan sahaja. Hutan-hutan dan paya bakau Sundarban ini merupakan habitat yang penting untuk spesies harimau yang terancam. Selain itu, Sundarban berperanan penting sebagai hadangan banjir yang melindungi jutaan penduduk di sekitarKhulna daripada kesan aktivitisiklon.
- ^Pasha, Mostafa Kamal; Siddiqui, Neaz Ahmad (2003),"Sundarbans", dalamIslam, Sirajul (penyunting),Banglapedia: national encyclopedia of Bangladesh,Dhaka:Asiatic Society of Bangladesh,ISBN 9843205766, diarkibkan daripadayang asal pada 2008-10-16, dicapai pada2009-12-07
- ^Sundarbans Tiger Project
Koordinat:21°56′N88°51′E / 21.933°N 88.850°E /21.933; 88.850