Sulaiman dipercayai lahir di Madinah pada tahun 675. Ayahnya ialah Abdul Malik, merupakan khalifah kelima Bani Umaiyah manakala ibunya ialah Walladah binti al-Abbas.
Ketika zaman pemerintahan Abdul Malik, Sulaiman telah dilantik sebagai Gabenor Palestin. Beliau memegang jawatan itu sehingga pemerintahan khalifah seterusnya, Al-Walid. Ketika memegang jawatan ini, beliau telah membukaRamallah sebagai pusat pentadbiran baharunya, menggantikanLudd.
Pada mulanya, al-Hajjaj telah mencadangkan kepada al-Walid untuk menamakan anaknya,Abdul Aziz sebagai pewaris takhtanya, bertentangan dengan cadangan Abdul Malik yang lebih memilih Sulaiman sebagai pewaris takhta. Al-Walid telah meminta para gabenornya untuk memilih Abdul Aziz sebagai pengganti khalifah, namun hanyaal-Hajjaj danQutaibah yang memberikan respon positif.
Al-Walid telah meninggal dunia pada Februari 715 tanpa sempat menamakan Abdul Aziz sebagai penggantinya. Sulaiman telah mendengar berita itu di rumahnya seterusya menggantikan al-Walid tanpa sebarang tentangan. Sulaiman telah dibaiah sebagai khalifah di Ramallah dan Damsyik, namun dia meneruskan pemerintahannya dari Ramallah.
Ketika awal pemerintahannya, Sulaiman telah menggantikan hampir semua gabenor lantikan al-Walid dan al-Hajjaj dengan gabenor yang setia kepadanya. Pemerintahannya juga telah menghadapi pemberontakan yang dilancarkan oleh Qutaibah, semasa mereka dalam misi ketenteraan di Ferghana. Qutaibah telah dibunuh oleh tentera yang diketuai Waki al-Tamimi. Sulaiman juga telah memanggilMuhammad ibn Qasim, penakluk Sindh lalu dibunuh diWasit.
Sekitar tahun 715, beliau telah memecatKhalid al-Qasri, gabenor Mekah danUthman al-Murri, gabenor Madinah yang dilantik oleh al-Hajjaj. Khalid seterusnya digantikan olehAbdul Aziz, seorang ahli keluarga Umaiyah. Sulaiman juga telah memecatMusa ibn Nusair, gabenorIfrikiyah dan anaknyaAbdul Aziz, gabenor al-Andalus. Musa telah dipenjarakan manakala Abdul Aziz telah dibunuh sekitar tahun 716. Beliau juga melantik Umar bin Abdul Aziz sebagai menteri kanannya.
Semasa pemerintahannya, misi ketenteraan Islam terhenti seketika. Tiada misi ketenteraan dijalankan di Transoxiana setelah kematian Qutaibah menyebabkan Umaiyah kehilangan beberapa wilayahnya. Tentera Khurasan di Ferghana juga diarahkan berundur ke Merv. Tentera Islam telah dihantar ke Jurjan dan Tabaristan seterusnya berjaya menduduki kawasan itu. Namun mereka terpaksa berundur semula setelah mendapat tentangan dari Farrukhan dan gabungan yang dibentuknya.
Sulaiman juga meneruskan operasi penaklukanKonstantinople, tetapi serangan yang dihantar ke Byzantium menemui kegagalan.
Beliau memerintah selama dua tahun lalu meninggal dunia diDabiq pada September 717. Pada mulanya beliau menamakan anaknya Ayyub sebagai pewaris takhta namun Ayyub telah meninggal dunia pada awal 717. Seterusnya beliau berhasrat untuk menamakan anak lainnya, Daud sebagai penggantinya namun beliau telah dinasihati oleh Raja, seorang ulama untuk memilihUmar bin Abdul Aziz, sepupunya dan penasihatnya sebagai penggantinya.
Sulaiman mempunyai empat orang isteri; seorang daripada mereka ialah ibu kepada Ayyub, Ummu Aban binti Aban. Isterinya yang lain termasuklah Ummu Yazid binti Abdullah, cucu kepada khalifahYazid I, ibu kepada Yazid, al-Qasim dan Said. Yang ketiga ialah Aisyah binti Abdullah bin Amr, cicit kepada khalifahUthman, ibu kepada Yahya dan Abdullah. Sulaiman juga berkahwin dengan Ummu Amru binti Abdullah, dikurniakan dua anak lelaki, Abdul Wahid dan Abdul Aziz.
Selain empat isteri itu, Sulaiman juga berkahwin dengan Su'dah binti Yahya, cucuTalhah ibn Ubaidillah dan Asma binti Abdul Rahman, dikurniakan dua orang anak. Daripada para gundiknya pula, Sulaiman dikurniakan beberapa anak lelaki termasuklah Daud, Muhammad, al-Harith, Umar dan Abdul Rahman. Secara keseluruhannya, Sulaiman dikurniakan 14 orang anak lelaki.
Crone, Patricia (2004).Gods Rule: Government and Islam. New York: Columbia University Press.ISBN978-0-231-13290-9.
Dols, M. W. (July–September 1974). "Plague in Early Islamic History".Journal of the American Oriental Society.94 (3): 371–383.doi:10.2307/600071.JSTOR600071.
Guilland, Rodolphe (1959). "L'Expedition de Maslama contre Constantinople (717–718)".Études byzantines (dalam bahasa Perancis). Paris: Publications de la Faculté des Lettres et Sciences Humaines de Paris: 109–133.OCLC603552986.
Malek, Hodge (2017). "Tabaristan during the 'Abbasid Period: The Overlapping Coinage of the Governors and other Officials (144–178H)". Dalam Faghfoury, Mostafa (penyunting).Iranian Numismatic Studies: A Volume in Honor of Stephen Album. Lancaster and London: Classical Numismatic Group. m/s. 71–78.ISBN978-0-9837-6522-6.
Mayer, Tobias (2016) [2012]. "New Considerations on the Nomination of ʿUmar II by Sulaymān b. ʿAbd al-Malik". DalamDonner, Fred M.;Conrad, Lawrence I. (penyunting).The Articulation of Early Islamic State Structures. New York and London: Routledge.ISBN978-0-8607-8721-1.
Uzquiza Bartolomé, Aránzazu (1994)."Otros Linajes Omeyas en al-Andalus". Dalam Marín, Manuela (penyunting).Estudios onomástico-biográficos de Al-Andalus: V (dalam bahasa Spanish). Madrid: Consejo Superior de Investigaciones Científicas. m/s. 445–462.ISBN84-00-07415-7.CS1 maint: unrecognized language (link)