Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Suku kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyipertuturan. Contohnya, perkataansayang terdiri daripada dua suku kata:sa danyang. Satu suku kata biasanya terdiri daripadanukleus suku kata (selalunyavokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanyakonsonan).

Suku kata merupakan "bongkah binaan"fonologiperkataan yang boleh mempengaruhi irama,prosodi, meterpuitis, coraktekanan dsb. dalam sesebuahbahasa.

Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanyahuruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kotaUr,Sumeria sekitar 2800 SM . Anjakan daripiktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarahpenulisan'.[1]

Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (sepertiyang) ialah kataekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (sepertimana) ialah katadwisuku. Perkataan tiga suku kata (sepertibelalang) ialah katatrisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (sepertipembolehubah) dipanggil katabanyak suku.

Struktur suku kata

[sunting |sunting sumber]

Struktur am suku kata terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

Gambar rajah pokok suku kata.

Mengikut sesetengah teori fonologi, struktur suku kata ini dipaparkan sebagaigambar rajah pokok (serupa dengan pokok yang ditemui dalam sesetengah jenis sintaks). Bukan semua ahli fonologi menerima bahawa suku kata ada struktur dalaman; sebenarnya, ada di kalangan mereka yang meragui adanya suku kata sebagai entiti teori.[2]

Nukleus suku kata biasanya berbentuksonoran, iaitu selalunya berbunyi vokal dalam bentukmonoftong,diftong, atautriftong, tetapi adakalanya berbunyikonsonan sonoran seperti[l] atau[r].Onset ialah bunyi sebelum nukleus, dankoda ("ekor") pula ialah bunyi yang menyusuli nukleus. Istilahrima merangkumi nukleus dan koda. Dalam perkataan ekasukuyang, nukleusnya ialaha, onsetnyay, kodanyang, dan riamnyaang. Suku kata ini boleh diabstrakkan sebagaisuku kata konsonan-vokal-konsonan, atau singkatannyaKVK.

Secara amnya, setiap suku kata memerlukan satu nukleus. Onset pula kerap digunakan, apalagi sesetengah bahasa mewajibkan penggunaan onset untuk semua suku kata (iaitu, suku kata KVK sepertiyang boleh diterima, tetapi suku kata VK sepertieh tidak boleh.) Bentuk suku kata tanpa koda (V, KV, KKV, dsb.) dipanggilsuku kata terbuka, manakala suku kata berkoda (VK, KVK, KVKK, dsb.) dipanggilsuku kata tertutup. Semua bahasa membenarkan suku kata terbuka, tetapi terdapat sebilangan bahasa yang tiada suku kata tertutup, sepertibahasa Hawaii.

Suku kata berat adarima bercabang ataunukleus bercabang, iaitu nukleus atau koda yang bercabang pada rantingnya dalam gambar rajah pokok. Dalam sesetengah bahasa, suku kata berat termasuk suku kata VV (nukleus bercabang) adn VK (rima bercabang), berbeza dengan suku kata V yang merupakansuku kata ringan. Dalam bahasa lain pula, hanya suku kata VV (yang bervokal panjang atau berdiftong) adalah berat, manakala suku kata VK dan V adalah ringan. Perbezaan antara berat dan ringan sering menentukan suku kata mana yang menerimatekanan—demikian caranya dalambahasa Latin danArab. Mengikutteori mora, suku kata berat dikatakan ada lebih daripada dua mora, sementara suku kata ringan cuma ada satu; demikian caranya dalambahasa Jepun.

Mengikut kefahamannada dalam fonologi bahasa Cina tradisional, ciri yang bergelar "nada masuk" ialah kemungkinan nada suku kata tertutup yang berakhir dengankonsonan hentian seperti/p,t,k/.

Suku kata dan suprasegmen

[sunting |sunting sumber]

Ciri-cirisuprasegmen menakluki satu suku kata dan bukan satu bunyi tertentu, iaitu mempengaruhi semua segmen dalam satu suku kata:

Adakalanya,kepanjangan suku kata juga dikira sebagai ciri-ciri suprasegmen; misalnya, dalam sesetengah bahasa Jermanik, vokal panjang hanya wujud bersama konsonan pendek, begitu juga sebaliknya. Namun demikian, suku kata boleh dikupas sebagai gubahan fonem panjang dan pendek, seperti bahasa Finland dan Jepun, yang mana kepanjangan konsonan dan kepanjangan vokal tiada hubung kait.

Suku kata dan batasan fonotaktik

[sunting |sunting sumber]

Hukumfonotaktik menentukan bunyi mana yang dibenarkan atau dilarang dalam setiap bahagian suku kata.Bahasa Inggeris membenarkan suku kata yang amat rumit; suku kata boleh bermula dengan gugus tiga konsonan (cth:string "tali" atausplash "deburan"), dan juga berakhir dengan sebanyak suku kata (cth:prompts "menyeru"). Sebilangan bahasa lain pula lebih terhad dari segi kebolehan suku kata ini; misalnya,bahasa Jepun hanya membenarkan/ɴ/ dankronem dalam koda, dan langsung tiada gugus konsonan, kerana onsetnya paling banyak satu konsonan sahaja.[3]

Wujudnya bahasa yang melarang onset terbuka, sepertibahasa Ibrani danArab (nama-nama yang ditransliterasi sebagai "Ibrahim", "Omar", "Ali" dan "Abdullah", antara lainnya, sebenarnya bermula dengan geluncuran separa konsonan, atau konsonan glotis atau farinks).

Pensukukataan

[sunting |sunting sumber]

Pensukukataan ialah pemecahan suatu perkataan kepada suku kata, baik lisan mahupun bertulis. Dalam kebanyakan bahasa, suku kata tuturan sebenar juga merupakan asas kepada pensukukataan tulisan. Contohnya, lafazan "kucing" boleh dibahagikan kepada "ku" + "cing". Dalam bahasa Inggeris moden, disebabkan kepadanan yang begitu longgar antara bunyi dan huruf ejaan, pensukukataan bertulis dalam bahasa Inggeris berteraskan prinsip etimologi/morfologi. Oleh demikian, suku kata "tulisan" bahasa Inggeris tidak berpadan dengan suku kata tuturan sebenar dalam bahasa lisannya.

Suku kata dan tekanan

[sunting |sunting sumber]

Struktur suku kata sering berinteraksi dengan tekanan. Misalnya, dalambahasa Latin, tekanan biasanya ditentukan olehkeberatan suku kata, yang mana suku kata dikira berat jika ada sekurang-kurangnya satu sifat yang berikut:

Apapun, suku kata berat ini dikira ada duamora.

Suku kata dan ketegangan vokal

[sunting |sunting sumber]

Dalam kebanyakanbahasa Jermanik,vokal kendur hanya terdapat dalam suku kata tertutup. Oleh itu, vokal ini dipanggilvokal tertutup, berbanding dengan vokal tegang iaituvokal terbuka yang boleh disebut dalam suku kata terbuka.

Bahasa tanpa suku kata

[sunting |sunting sumber]

Tanggapan kewujudan suku kata ini dicabar oleh bahasa-bahasa yang membenarkan serantaian konsonan berpanjang tanpa apa-apa vokal atau sonoran di antaranya. Misalnya, bahasa-bahasa pribumi di pantai barat laut Amerika Utara, termasukSalishan danWakashan. Misalnya, perkataanbahasa Nuxálk (Bella Coola) berikut hanya terdiri daripadaobstruen:

[ɬχʷtɬtsxʷ] 'kau meludah kepadaku'
[tsʼktskʷtsʼ] 'dia datang'
[xɬpʼχʷɬtɬpɬɬs] 'dia memiliki pokokbunchberry'(Bagemihl 1991:589, 593, 627)
[sxs] 'bluber anjing laut'

Mengikut kajian Bagemihl terhadap analisa tadi, didapat bahawa perkataan[tsʼktskʷtsʼ] boleh dihuraikan seperti 0, 2, 3, 5, atau 6 suku kata, bergantung pada cara kupasannya, iaitu sama ada semua segmen konsonan dan vokal dikira sebagai nukleus, ataupun menidakkan wujudnya apa-apa suku kata.

Jenis fenomena ini juga dilaporkan dalambahasa Barbar (seperti loghat Indlawn Tashlhiyt) danbahasa Mon-Khmer (sepertiSemai,Temiar,Kammu). Dalam bahasa Melayu juga terdapat ujaran yang tanpa vokal misalnya:syyy (perintah bersenyap).

Indlawn Tashlhiyt Berber:

[rkkm] 'pernah reput'(Dell & Elmedlaoui 1985, 1988)

Semai:

[kckmrʔɛːc] 'lengan pendek gemuk'(Sloan 1988)

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Geoffrey Blainey,A Short History of the World, p.87, citing J.T. Hooker et al.,Reading the Past: Ancient Writing from Cuneiform to the Alphabet,British Museum, 1993, Ch. 2
  2. ^RujukCUNY Conference on the SyllableDiarkibkan 2019-03-30 diWayback Machine untuk perbincangan kwwujudan suku kata sebagai teori.
  3. ^Shibatani, Masayoshi (1987). "Japanese". Dalam Bernard Comrie (penyunting).The World's Major Languages. Oxford University Press. m/s. 855–80.ISBN 0-19-520521-9.

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
  • Bagemihl, Bruce (1991). "Syllable structure in Bella Coola".Linguistic Inquiry.22: 589–646.
  • Clements, George N.;Keyser, Samuel J.. (1983).CV phonology: A generative theory of the syllable. Linguistic inquiry monographs (No. 9). Cambridge, MA: MIT Press.ISBN 0-262-53047-3 (pbk);ISBN 0-262-03098-5 (hb)
  • Dell, François; Elmedlaoui, Mohamed (1985). "Syllabic consonants and syllabification in Imdlawn Tashlhiyt Berber".Journal of African Languages and Linguistics.7: 105–130.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Dell, François; Elmedlaoui, Mohamed (1988). "Syllabic consonants in Berber: Some new evidence".Journal of African Languages and Linguistics.10: 1–17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Ladefoged, Peter (2001).A course in phonetics (ed. 4th).Fort Worth: Harcourt College Publishers.ISBN 0-15-507319-2.

Templat:Suprasegmentals

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Suku_kata&oldid=6119050"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp