Su-47Berkut | |
---|---|
Peranan | Jet pejuang supersonik termaju |
Pengeluar | Sukhoi |
Direka oleh | Sukhoi Design Bureau of Moscow |
Penerbangan sulung | 25 September1997 |
Diperkenalkan | Januari 2000 |
Status | Eksperimen |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia |
Jumlah dibina | 1 |
Kos seunit | RUB 1.67 bilion (AS$ 70 juta) |
Dibangunkan dari | Sukhoi Su-27[perlu rujukan] |
Sukhoi Su-47Berkut (Rusia: Су-47Беркут -Golden Eagle), juga dikenali sebagaiS-32 danS-37 semasa pembangunan awal, adalah sebuahpesawat pejuangsupersonik eksperimen yang dibangunkan olehSukhoi Aviation Corporation. Ciri yang membezakan pesawat ini adalahforward-swept wing, menyerupai ciri yang terdapat pada pesawatTsybin's LL-3.[1] NATO telahmenamakan pesawat ini sebagai "Firkin". Hanya sebuah pesawat dikeluarkan sebagai pesawat prototaip demonstrasi teknologi termaju sementara rancangan untuk membina pesawat kedua telah dibatalkan.
Awalnya dikenali sebagai S-37, Sukhoi telah menamakan semula pesawat ujian termajunya sebagai Su-47 pada tahun 2002. Diberi nama gelaran rasmi sebagaiBerkut (Golden Eagle), Su-47 pada asalnya dibina sebagai platform ujian utama Rusia untuk bahan komposit dan sistem kawalanfly-by-wire yang canggih. Pesawat ini menggunakan sayapforward-swept yang mana membolehkan pengendalian yang menakjubkan dan memiliki sudut serangan sehingga lebih 45°.
TsAGI telah lama membuat kajian akan kelebihan menggunakan sayapforward-swept, dengan membuat penyelidikan terhadap pesawatTsibin LL dan pesawatJunkers Ju 287 yang ditawan pada tahun 1940-an. Sayapforward-swept memiliki pemalar daya angkatan yang lebih tinggi, mengurangkan momen lentur, dan menangguhkan keadaan pegun apabila dibandingkan dengan bentuk sayap konvensional. Pada sudut serangan tinggi, hujung-hujung sayap kekal tanpa pegun dan membenarkan pesawat untuk mengekalkan kawalan aileron. Malangnya, sayapforward-sweep akan mencetuskan putaran yang cukup kuat untuk mengoyakkan sayap yang diperbuat daripada bahan-bahan konvensional. Hanya baru-baru ini, apabila penggunaanbahan komposit menjadikan rekabentuk pesawat dengan sayapforward-swept sesuai untuk digunakan.
Seperti pesaingnya di A.S, iaitu pesawatGrumman X-29, Su-47 merupakan satu pesawat demonstrasi teknologi yang bertujuan untuk menyediakan asas untuk pesawat pejuang generasi Rusia yang akan datang. Pesawat pejuang seperti ini tidak hanya setanding dengan pesawatF/A-22 Raptor A.S, tetapi juga bersaing untuk mendapatkan peruntukan dengan pesawat yang lebih konvensional iaituMiG 1.44. Bagaimanapun, Sukhoi sekarang berusaha untuk memasarkan pesawat Su-47 kepada angkatan tentera Rusia dan pelanggan-pelanggan luar negara sebagai versi pesawat pengeluarannya sendiri.[perlu rujukan]
Pesawat Su-47 mempunyai dimensi yang hampir sama dengan pesawat pejuang Sukhoi sebelumnya seperti pesawatSu-35. Untuk mengurangkan kos pembangunan, Su-47 meminjam rekabentuk fiuslaj hadapan, ekor menegak, dan giar pendaratan daripada pesawat dari keluargaSu-27. Namun begitu, pesawat ini berupaya untuk mengurangkan ciri pengesanan dari radar (termasuk menggunakan bahan penyerap radar),[perlu rujukan] ruang simpanan persenjataan dalaman, dan ruang khas untuk radar termaju. Walaupun menyamai konsep keseluruhan pesawat penyelidikanX-29 Amerika Syarikat era 1980-an, Su-47 bersaiz dua kali ganda berbanding pesawat X-29 dan meyerupai sebuah pesawat pejuang sebenar berbanding pesawat yang direkabentuk oleh A.S.
Untuk menyelesaikan masalah sayap berpusing, Su-47 menggunakan bahan-bahan komposit yang dibuat khusus untuk menahan pusingan tetapi pada masa yang sama masih membenarkan sayap melentur untuk memperbaiki sifat aerodinamik. Disebabkan rentang sayap yang secara relatifnya lebih besar, Su-47 akan dilengkapi dengan sayap berlipat, untuk membolehkannya memasuki ruang hangar. Seperti pesawat sebelumnya iaituSu-37, Su-47 terdiri dari tatarajahtiga satah selari, dengansirip hadapan terletak di hadapan sayap dan sayap ekor. Menariknya, Su-47 memiliki dua corong ekor yang mempunyai panjang yang tidak sama di luar muncung ekzos. Corong yang pendek, di bahagian kiri, menempatkan radar yang menghadap ke belakang, sementara corong yang lebih panjang akan menempatkan payung brek.
Pesawat Su-47 memiliki kelincahan yang menakjubkan di dalam kelajuan subsonik, membolehkannya untuk mengubahsudut serangan dan laluan penerbangannya dengan pantas dan pada masa yang sama masih dapat mengekalkan kebolehkendaliannya dalam kelajuan supersonik. Kelajuan maksimum pesawat Su-47 adalah Mach 2.34 di altitud tinggi dan pada keupayaan melebihi 9-G.[2]
Kadar pusingan maksimum, had atas dan bawah di kelajuan udara semasa melancarkan senjata, merupakan kriteria penting untuk menguasai pertempuran. Pesawat Su-47 ini sangat mudah untuk dikendalikan dengan kestabilan kekal dan mudah untuk dikawal padasudut serangan yang melampau. Kadar pusingan maksimum sangat penting semasa pertempuran jarak dekat, sederhana dan jauh, apabila sesuatu misi itu melibatkan serangan berturut-turut ke atas sasaran di sektor-sektor berlainan di ruang udara. Kadar pusingan yang tinggi pada pesawat Su-47 membolehkan juruterbang untuk menukar arah pesawat pejuang dengan pantas ke atas sasaran seterusnya selepas melancarkan senjata.
Sayap berbentukswept-forward jika dibandingkan dengan sayap jenisswept-back memiliki beberapa kelebihan:
Keratan rentas pesawat Su-47 berbentuk bujur dan kerangkanya dibina daripada aloi aluminium dan titanium dan 13% (berdasarkan berat) darinya adalah bahan komposit."Radome" muncung sedikit leper di bahagian depan, dan mempunyai hujung mendatar untuk mengoptimumkan ciri-cirianti-putaran pesawat.
Sayapforward-swept memaparkan penampilan (dan ciri-ciri) luar biasa pada Su-47, mendapat nama gelaran sebagaisyaitan danslingshot. Bahagian penting adalah daya angkatan yang dihasilkan oleh sayapforward-swept muncul pada bahagian dalam rentang sayap. Daya angkatan ini tidak dihadkan oleh kepegunan hujung sayap. Aileron - permukaan kawalan sayap - kekal cekap pada sudut serangan yang tinggi, dan boleh mengekalkan kawalan pesawat walaupun semasa kejadian aliran udara terpisah daripada permukaan sayap yang selebihnya.
Panel sayap telah dibina dengan menggunakan hampir 90% bahan komposit. The forward-swept midwing memiliki nisbah aspek yang tinggi, yang mana menyumbangkan keupayaan jarak jauhnya. Pangkal pinggir depan yang dipanjangkan diadun dengan baik dengan panel-panel sayap, yang mana dipasangkan pada bilah-bilah boleh pesong di pinggir depan; kepak-kepak dan aileron pada pinggir belakang. Sirip hadapan berbentuktrapezoidal bergerak disambung pada pangkal pinggir depan dipanjangkan (LERX).
Bahagian bawah rekabentuk sayap menghasilkan daya pusingan yang kuat yang akan cuba memusingkan sayap ke atas, terutamanya semasa pada kelajuan tinggi. Putaran ini memerlukan penggunaan bahan-bahan komposit dalam jumlah yang besar untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan sayap. Walaupun begitu, kelajuan pesawat ini dihadkan pada Mach 1.6. Pengubahsuaian kejuruteraan pada baru-baru ini telah berjaya meningkatkan had ini tetapi had baru tidak dinyatakan.
Walaupun bukan suatu revolusi,enjin tujahan vektor (dengan enjin PFU yang diubahsuai) sebanyak ±20° pada 30°/saat dalam anggulan dan olengan akan menyokong kelincahan yang diperolehi dengan menggunakan sayap jenisforward-swept.
Rekabentuk kokpit menitikberatkan dalam memberi dan mengekalkan keselesaan kepada juruterbang. Juruterbang juga boleh mengawal pesawat semasa manuver dalam keadaan daya-G yang tinggi. Pesawat ini dilengkapi dengankerusi lenting yang baru dan sistem sokongan hidup. Kecerunan kerusi lenting disetkan pada sudut 60°, yang mana akan mengurangkan kesan dayadaya-G yang tinggi kepada juruterbang. Kerusi ini membolehkan manuver pertempuran dekat dan mengelakkan peluru berpandu pada beban daya-G yang tinggi berbanding sebelumnya. Juruterbang pesawat Su-47 menggunakan tuas kawalan pemasangan tepi dan tuas pendikittensiometrik. Susunan kerusi bersandar pertama kali digunakan pada pesawatF-16 Fighting Falcon tetapi didapati mempunyai kelebihan yang tidak begitu ketara dan sejak itu tidak pernah lagi digunakan pada pesawat-pesawat buatan A.S yang lain.[perlu rujukan]
Data dari World Aircraft & Systems Directory
Pesawat setanding
|coauthors=
(bantuan)![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Sukhoi Su-47. |