Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, secara rasmi dikenali sebagaiSukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (Cina ringkas:第二十四届冬季奥林匹克运动会; pinyin:Dì Èrshísì Jiè Dōngjì Àolínpǐkè Yùndònghuì) dan biasanya dikenali sebagaiBeijing 2022 (Cina ringkas:北京2022), ialahacara pelbagai sukan musim sejuk antarabangsa yang telah berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022, diBeijing dan bandar-bandar di kawasan berdekatan wilayahHebei diRepublik Rakyat China.[1]
Beijing telah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2022 pada Julai 2015 semasaSesi IOC ke-128 yang diadakan diKuala Lumpur. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama di China dan Sukan Olimpik yang ketiga di negara tersebut, selepasSukan Olimpik 2008 danSukan Olimpik Belia 2014. Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi terakhir daripada tiga Sukan Olimpik yang diadakan secara berturut-turut diAsia Timur (selepasSukan Olimpik 2018 diPyeongchang,Korea Selatan, danSukan Olimpik 2020 diTokyo,Jepun). Buat kali yang pertama, Beijing menjadi bandar raya yang pertama untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Empat buah tempat acara sedia ada yang asalnya dibina untuk Sukan Olimpiik 2008 juga menganjurkan pertandingan semasa Beijing 2022 manakalaStadium Nasional Beijing telah menjadi lokasi upacara perasmian dan penutupan. Antara kebimbangan dan kontroversi berkaitan dengan Beijing 2022 termasuklah boikot diplomatik yang disertai oleh 10 buah negara.
Sebanyak 6 bandar telah menyerahkan pembidaan mereka kepadaIOC, iaituAlmaty,Beijing,Kraków,Lviv,Oslo danStockholm.[2] Pada 7 Julai 2014, IOC mengumumkan bahawa tinggal hanya tiga bandar sahaja yang akan layak ke proses pencalonan tuan rumah Sukan Olimpik 2022, iaitu Almaty, Beijing dan Oslo.[3] Pada 1 Oktober 2014, Olso telah menarik diri daripada pembidaan temasya tersebut setelah salah satu parti politik dalam blok kerajaanNorway,Høyre, membantah pembidaan tersebut.[4]
Beijing telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 semasaSesi IOC ke-128 yang dianjurkan diKuala Lumpur,Malaysia pada 31 Julai 2015.[5]
Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Reka bentuk pingat Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 26 Oktober 2021. Konsep reka bentuknya adalah berdasarkan ilmu falak dan ilmu nujum tradisional Cina kerana temasya tersebut diadakan semasaTahun Baru Cina.[6]
Larian obor Beijing 2022 telah bermula pada 18 Oktober 2021 inYunani. Pada 20 Oktober 2021, pihak penganjur Beijing 2022 telah mengumumkan bahawa laluan China akan bermula pada 2 Februari dan tamat pada 4 Februari 2022. Larian obor tersebut hanya akan melalui ketiga-tiga kluster tempat acara Sukan Olimpik 2022, yakniBeijing,Yanqing danZhangjiakou.[8][9]
Laluan kereta api antara bandar Beijing-Zhangjiakou telah dibuka pada akhir tahun 2019. Laluan tersebut bermula dari stesen kereta api Utara Beijing dan tamat di stesen Zhangjiakou. Pembukaan laluan tersebut telah memendekkan masa perjalanan antara Beijing dan Zhangjiakou sehingga ke 50 minit.
Projek pemanjanganBeijing Subway masih dijalankan dan jumlah jaraknya dijangka akan mencapai 781.5 km (485.6 bt) pada akhir tahun 2021.[10]
Logo rasmi temasya ini, "Impian Musim Sejuk" (冬梦) telah diumumkan pada 15 Disember 2017 diPusat Akuatik Nasional Beijing. Logo tersebut menampilkan tulisan bergaya bagi aksara "冬" (Musim Sejuk) yang berilhamkan salji dan mempunyai motif reben. Bahagian atas logo tersebut menyerupai seorang pemain ski manakala bahagian bawahnya menyerupai seorang pemain luncur. Logo tersebut juga menampilkan warna pada logo Olimpik (selain warna hitam) dan warna pada bendera China. Logo tersebut direka bentuk oleh Lin Cunzhen yang turut merupakan pereka bentuk bagi logoNanjing 2014.[14]
Pada 17 September 2021, pihak penganjur Beijing 2022 mengumumkan slogan bagi Sukan Olimpik 2022: "Bersama untuk Masa Depan Bersama" (bahasa Inggeris:Together for a Shared Future!,Bahasa Cina:一起向未来!Yīqǐ xiàng wèilái!).[15] Sebuah lagu yang mempunyai judul yang sama turut dikeluarkan. Lagu tersebut mempunyai dua versi, satu versi dinyanyikan olehJackson Yee manakala versi yang lain dinyanyikan oleh penyanyiHong Kong,William Chan danTia Ray (Yuan Yawei).[16]
Maskot rasmi Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 17 September 2019 di Arena Hoki Ais Shougang. Maskot tersebut, "Bing Dwen Dwen" (Bahasa Cina:冰墩墩; pinyin:Bīng Dūn Dūn) merupakan seekorpanda dan direka oleh Cao Xue.[17] Bing Dwen Dwen memakai topi keledar yang menandakan salji dan ais dalam sukan musim sejuk. Namanya, merupakan kombinasi perkataan "Bing" yang bermaksud "ais" dan "Dwen Dwen" yang bermaksud tegap dan bersemangat. Maskot tersebut turut berpakaian suit sukan ais agar kelihatan lebih cergas. Reka bentuknya turut melambangkan kemajuan teknologi baharu dan hijau yang mempunyai kemungkinan yang tidak terhad. Pada tapak tangan kirinya, terdapat satu bentuk hati yang melambangkan bahawa bandar tuan rumah mengalu-alukan semua atlet dari seluruh dunia.[18] MaskotSukan Paralimpik turut diumumkan pada hari yang sama[19][20]
Sebanyak tujuh sukan yang merangkumi 109 acara dalam 15 disiplin telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[23] Tujuh acara baharu telah diwujudkan dalam Sukan Olimpik 2022, iaitumonobob perempuan,big air lelaki dan perempuan dalam ski gaya bebas, berganti-ganti campuran dalam luncur laju balapan pendek serta acara berpasukan dalam lompat ski, ski gaya bebasaerials dan luncur papan saljisnowboard cross. Penambahan ini bertujuan untuk mengimbangkan bilangan atlet lelaki dan perempuan, di samping demi menarik minat golongan muda.[24]
Ekoran daripada isu Kertas Xinjiang,tunjuk perasaan Hong Kong, diplomasi Wolf Warrior dan genosid Uyghur, terdapat pihak yang menggesa negara-negara Barat agar memboikot edisi Sukan Olimpik ini.[117][118][119][120] Ahli politik dan pemimpin beberapa negara sepertiAmerika Syarikat,United Kingdom,[121]Kanada danAustralia[122] telah mencadangkan kerajaan mereka agar tidak menghantar kontijen ke temasya tersebut. Selain itu, terdapat juga individu yang mengharapkan temasya ini boleh dianjukan di tempat lain,[123][124] manakala ada yang mengharapkan pemimpin dan pegawai kerajaan negaranya untuk melakukan "boikot diplomatik" dengan tidak menghadiri Beijing 2022.[125] Terdapat juga beberapa alternatif lain yang dicadangkan seperti menarik balik penajaan kepada Sukan Olimpik 2022 dan tidak menyiarkan acara Olimpik.[126][127]
Pada Februari 2021, syarikat akhbar milik kerajaan China,Global Times, telah mengatakan bahawa negara China akan menyekat mana-mana negara yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[128][129]IOC pula mengatakan bahawa mereka kekal neutral dalam semua isu politik dan tindakan menganugerahi hak penganjuran kepada sesebuah negara tidak bermakna organisasi tersebut menyokong struktur politiknya, keadaan sosialnya atau standard hak asasi manusianya.[130] PadaSukan Olimpik Tokyo, IOC telah menggantungkanNOCKorea Utara kerana negara tersebut tidak menyertai Sukan Olimpik. Hal ini telah menyebabkan berlakunya spekulasi bahawa IOC juga akan menggantung mana-mana NOC yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[131][132]
Pandemik COVID-19 telah membawa kesan terhadap kelayakan bagi beberapa sukan apabila kejohanan yang berkaitan telah dibatalkan. Persekutuan Curling Dunia mencadangkan agar slot kelayakancurling bagi Sukan Olimpik 2022 diberikan berdasarkan kedudukan atlet dalam kejohanan dunia 2021. Sebuah kejohanan kelayakan khas turut disyorkan sebagai pengganti mata yang dimenangi dalam kejohanan dunia 2020 dan 2021. Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) pula memberikan slot kelayakan bagi acara perempuan berdasarkan Ranking Dunia IIHF apabila Kejohanan Dunia Perempuan 2020 dibatalkan.[133][134]
Pada 29 September 2022, IOC mengumumkan protokol biokeselamatan bagi Sukan Olimpik 2022. Semasa temasya tersebut berlangsung, semua atlet hanya dibenarkan untuk bergerak dalam "gelembung sukan" (bahasa Inggeris:Bio-secure bubble) dan perjalanan mereka turut disekat. Sekiranya seseorang atlet belumdivaksinkan, atlet tersebut perlulahberkuarantin selama 21 hari setelah tiba di China.Ujian COVID-19 harian turut akan dilakukan terhadap semua atlet yang bertanding.[135][136]
Pada Januari 2022, disebabkan oleh kemunculanvarian Omicron dan peningkatan kes COVID-19 di China, rancangan untuk membenarkan penonton yang berada China masuk ke tempat pertandingan telah dibatalkan. Hanya segelintir penonton yang telah diundang dibenarkan masuk ke tempat pertandingan. Temasya ini merupakan Sukan Olimpik kedua yang melarangkan kehadiran penonton.[142]
Setiap individu yang menyertai temasya ini, termasuk atlet, pegawai dan penonton, telah diwajibkan untuk memasangaplikasi My2022 untuk tujuan penyerahan deklarasi kastam dan rekod keselamatan, pelaporan kesihatan kendiri harian, penyimpanan rekod vaksinasi dan ujian COVID-19 serta penyampaian maklumat. Namun, wujudnya kebimbangan terhadap keselamatan siber aplikasi tersebut. Citizen Lab, sebuah kumpulan kajian keselamatan siber yang berpusat di Kanada, telah mengeluarkan amaran bahawa pengguna aplikasi My2022 akan terdedah terhadap pencerobohan data dan tertakluk kepada dasarpenapisan Internet di China.[143] Terdapat beberapa jawatankuasa Olimpik telah mencadangkan hadirinnya menggunakantelefon bimbit prabayar, mencipta akaun e-mel khas untuk penggunaan mereka di China dan tidak membawa telefon pintar dan komputer riba peribadi mereka ke china.[144][145][146]
Boikot diplomatik bermaksud sesebuah negara tidak akan menghantar pemimpin negara, pegawai atau wakil kerajaannya ke Sukan Olimpik. Namun, atlet-atlet dari negara masing-masing masih boleh bertanding.
Negara-negara berikut telah mengumumkan bahawa mereka akan memboikot Sukan Olimpik 2022 secara diplomatik:
^"北京2022年冬奥会火种欢迎仪式在京举行" (dalam Bahasa Cina) [Upacara Penyambutan Obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022].Beijing2022.cn. 20 Oktober 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
^"北京2022年冬奥会吉祥物阐释" [Penjelasan maksud maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022].beijing2022.cn (dalam bahasa Cina). 2019-09-17.Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-18. Dicapai pada2019-09-17.
^Allen-Ebrahimian, Bethany; Chen, Shawna (April 6, 2021)."Olympic committee gave uniform contract to Chinese company with Xinjiang ties".Axios (dalam bahasa Inggeris).The IOC announced in September 2019 that Hengyuanxiang (HYX) Group would supply formal uniforms, such as those used in ceremonies, for IOC members and staff.
^Makeshov, Kabyl (20 Januari 2022)."Кыргызстан кышкы олимпиада оюндарында" [Kyrgyzstan at the Winter Olympics].BBC News (dalam bahasa Kirghiz). London, United Kingdom. Dicapai pada20 Januari 2022.
^"NOC Entries – Team Latvia". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022. Dicapai pada8 Februari 2022.
^"OCM confident 2022 Beijing Winter Olympics will be a success".Bernama. Kauala Lumpur, Malaysia. 19 Januari 2022. Dicapai pada19 Januari 2022.Malaysia will be represented by two alpine skiers - Jeffrey Webb, 23, in men’s slalom and Aruwin Idami Salehhuddin, 17, in women’s slalom and giant slalom - at the 2022 Beijing Winter Olympics.
^"España acudirá a Beijing 2022 con catorce deportistas" [Spain will attend Beijing 2022 with fourteen athletes].www.coe.es/ (dalam bahasa Sepanyol). Jawatankuasa Olimpik Sepanyol. 21 Januari 2022. Dicapai pada21 Januari 2022.