"Sthlm" dilencongkan ke sini. Untuk siri TV Sweden, sila lihat
Sthlm (siri TV) .
Stockholm ستوکهولم
Bendera
Jata
Nama panggilan: Eken,Venice dari Utara , Venice Scandinavia,[ 1] Ralat Lua: bad argument #1 to 'len' (string expected, got nil). Koordinat:59°19′46″U 18°4′7″T / 59.32944°U 18.06861°T /59.32944; 18.06861 Negara Sweden Wilayah Södermanland danUppland Daerah Daerah Stockholm Perbandaran Pertama disebut 1252 Piagan Abad ke-13 Pentadbiran
• Datuk bandar Anna König Jerlmyr (M )Keluasan • Ibu negara 188 km2 (73 batu persegi) • Bandar
381.63 km2 (147.35 batu persegi) • Metro
6,519 km2 (2,517 batu persegi) Aras
28 m (92 ft) Penduduk • Ibu negara 975,904 • Kepadatan 5,200/km2 (13,000/batu persegi) • Bandar 1,605,030 • Kepadatan bandar 4,200/km2 (11,000/batu persegi) • Metro
2,383,269 • Kepadatan metro 370/km2 (950/batu persegi) Demonim Stockholmare Zon waktu UTC+1 (CET ) • Musim panas (DST ) UTC+2 (CEST )Poskod 100 00-199 99
Kod kawasan +46-8 GDP(Nominal) [ 7] AS$ 170 bilionGDP(Nominal) per kapita AS$ 75,000Laman sesawang www .stockholm .se
Stockholm [ a] [ 8] (Jawi : ستوکهولم ) ialahibu negara dan kawasan bandar yang paling ramai penduduknya diSweden dan juga diScandinavia . 1 juta orang tinggal diperbandaran ini,[ 9] lebih kurang 2 juta dikawasan bandar ,[ 5] dan 2.4 juta dikawasan metropolitan (bandar Uppsala (rantau uppsala tidak dikira).[ 9] Bandar ini terbentang merentasi 14 pulau di manaTasik Mälaren mengalir ke dalamLaut Baltik . Di luar bandar ke timur, dan sepanjang pantai, ialah rantaian pulau dikepulauan Stockholm . Kawasan ini telah diduduki sejakZaman Batu , padamilenium ke-6 SM , dan diasaskan sebagai bandar pada tahun 1252 oleh negarawan SwedenBirger Jarl . Ia juga kerusi daerah bagiDaerah Stockholm .
Stockholm ialah pusat budaya, media, politik, dan ekonomi di Sweden. Rantau Stockholm sendiri menyumbangkan lebih satu pertigaKDNK negara,[ 10] dan antara 10 rantau teratas diEropah mengikutKDNK per kapita .[ 11] Ditempatkan sebagaibandar raya global alfa,[ 12] ia adalah yang terbesar diScandinavia dan pusat utama bagiibu pejabat korporat di rantau Nordik.[ 13] Bandar ini menempatkan beberapa universiti tertinggi Eropah, sepertiPusat Pengajian Ilmu Ekonomi Stockholm ,Institut Karolinska danInstitut Teknologi Diraja KTH .[ 14] [ 15] Ia menjadi tuan rumah istiadat dan santapanHadiah Nobel tahunan diDewan Konsert Stockholm danDewan Bandar Stockholm . Salah satu muzium bandar yang paling dihargai,Muzium Vasa , ialah muzium bukan seni yang paling ramai dikunjungi di Scandinavia.[ 16] [ 17] Metro Stockholm , dibuka pada tahun 1950, terkenal kerana dekor stesennya; ia telah digelar galeri seni terpanjang di dunia.[ 18] [ 19] [ 20] Arena bola sepak kebangsaan Sweden terletak di utara pusat bandar, diSolna .Glob Ericsson , arena dalam kebangsaan, terletak di bahagian selatan bandar. Bandar ini menjadi tuan rumahSukan Olimpik Musim Panas 1912 , dan menjadi tuan rumah bahagian ekuestrianSukan Olimpik Musim Panas 1956 cuma diadakan diMelbourne, Victoria , Australia.
Stockholm ialah pusatkerajaan Sweden dan kebanyakanagensinya ,[ 21] termasuk mahkamah tertinggi dalambadan kehakiman ,[ 22] [ 23] danpersemayaman rasmi raja Sweden dan kediaman rasmiPerdana Menteri . Kerajaan mempunyai pusatnya di bangunanRosenbad ,Riksdag (parlimen Sweden) terletak diMajlis Parlimen , dan kediaman Perdana Menteri bersebelahan diRumah Sager .[ 24] [ 25] [ 26] Istana Stockholm ialah persemayaman rasmi dan tempat kerja utama raja Sweden, manakalaIstana Drottningholm , sebuahTapak Warisan Dunia di pinggir Stockholm, digunakan sebagai persemayaman peribadiKerabat Diraja .[ 27] [ 28]
Di sini terdapatLapangan Terbang Arlanda yang diurus olehSwedavia , syarikat penerbangan Sweden.[ 29]
La Paz ,Bolivia Sarajevo ,Bosnia dan Herzegovina Cali ,Colombia Copenhagen ,Denmark Tallinn ,Estonia Tórshavn ,Kepulauan Faroe Helsinki ,Finland Addis Ababa ,Ethiopia Templat:Country data GRL Nuuk ,Greenland Reykjavík ,Iceland Bassano del Grappa ,Italy Syracuse ,Sicily ,Itali Riga ,Latvia Vilnius ,Lithuania Podgorica ,Montenegro Khemisset ,Maghribi Amsterdam ,Belanda Saint Petersburg ,Rusia Belgrade ,Serbia Istanbul ,Turki Kyiv ,Ukraine Guadalajara ,Mexico
Rencana berkaitan Stockholm
Antarabangsa Kebangsaan Geografi Lain