Gordon Matthew Thomas SumnerCBE (lahir 2 Oktober 1951) atau juga dikenali dengan namaSting ialah seorang pemuzik dan pelakon dari England. Beliau merupakan penyanyi utama dan pemain bes untuk kugiran genrenew wave iaituThe Police dari 1977 sehingga 1984 sebelum berpisah dan melancarkan kerjaya solonya setahun kemudian.
Gordon Matthew Thomas Sumner lahir pada 2 Oktober 1951, inWallsend,Northumberland, England.[2][3] Beliau anak sulung dalam empat adik beradik kepada Audrey Cowell, seorang jurusolek rambut, dan Ernest Matthew Sumner, seorang penghantar susu dan juruteknik;[4] Mereka dibesarkan di kawasan berdekatanlimbungan bandar tersebut, Gordon pula mendapat persekolahannya di St Cuthbert's Grammar School diNewcastle upon Tyne.
Beliau mula terpesona dengan muzik pada usia sepuluh tahun apabila seorang rakan ayahnya yang berpindah keluar negara menghadiahkan sebuahgitar akustik Sepanyol.[5] Pada usia remajanya pula beliau sering ke kelab-kelab serata bandarnya yang turut mmepengaruhi citarasa muziknya,[6]
Beliau memulakan kerjanya sebagai seorang guru di St Paul's First School,Cramlington selama dua tahun;[8] selama ini jugalah beliau mengambil kerja sambilan sebagai seorang pemuzikjazz dengan banyak kugiran. Di sinilah juga beliau mendapat nama jolokan "Sting" (bermaksud "penyengat") kerana beliau sering memakai baju panas belang kuning hitam sehingga rakan sekerjanya mengacahnya kelihatan seakanlebah atautebuan.[9][10]
Pada bulan Januari 1977, Sting berpindah dari Newcastle ke London untuk mencuba nasibnya. Di sana, beliau mula berkenalan denganStewart Copeland,Henry Padovani sertaAndy Summers (yang menggantikan Padovani); perkenalana mereka lama kelamaan memutik pengasasan kugiranthe Police - mereka pada mulanya menumpu kepada genrepunk sebelum beralih kepada rockreggae dan pop minimalis. Sepanjang berdirinya kugiran ini selama lima tahun, kesemua album mereka laris dalam carta tertinggi serta memenangi anugerah berprestij termasuk dariAnugerah Grammy (6 kali) danAnugerah Brit (2 kali).[11][12]
Sting memutuskan berhenti bersama apabila berada dalam suatu konsert diShea Stadium in New York pada Ogos 1983 - beliau merasakan kemasyhurannya sudah menyempitkannya.[13] Setelah beliau berbincang dengan rakan seminatnya yang lain, mereka bersetuju menumpu kepada projek solo masing-masing setelah menghabiskan rakaman albumSynchronicity.
^Egan, Sean (8 August 2003). "The Police: Every Little Thing They Sang Was Magic".Goldmine. 29.16: 14.
^"Sting: A Renaissance man".CBS Sunday Morning. 22 September 2016 – melalui YouTube.I used to wear these yellow and black sweaters. They thought I looked like a wasp, and they'd joke. They called me 'Sting'. They thought it was hilarious. They kept calling me St... That became my name.