Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Stigma sosial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Stigma sosial ialah perasaan tidak puas atau suka terhadap individu tertentu berdasarkan ciri-ciri yang mendapat tanggapan buruk masyarakat. Ia boleh datang melalui pelbagai faktor, sama ada ia berkaitan denganbudaya,obesiti,jantina,bangsa mahupun penyakit.

Stigma ini boleh mempengaruhikelakuan individu yang terjejas; individu tersebut cenderung mula berkelakuan sepertimana yang dijangkakanstereotaip masyarakat. Bahkan, ia turut membentukemosi dankepercayaan mereka.[1] Individu yang merupakan sebahagian daripada kumpulan yang distigmakan ini mula menyedari keadaan sebegini apabila mereka mendapat layanan yang tidak sama serta juga disisihkan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mula sedar akan kebanyakan stereotaip budaya di persekitaran mereka seawal 10 tahun, malah tanggapan budaya sebegini boleh dirasai kanak-kanak yang tergolong dalam masyarakat yang mendapat stigma mereka pada usia yang lebih muda lagi."[1]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abBrenda Major; Laurie T. O'Brien (2005). "The Social Psychology of Stigma".Annual Review of Psychology.56 (1): 393–421.doi:10.1146/annurev.psych.56.091103.070137.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Stigma_sosial&oldid=4366909"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp