KB06 KG35 Kajang كاجڠ | |||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() ![]() ![]() ![]() Stesenkereta api komuter,antarabandar danMRT | |||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Bahagian dalam bangunan stesen baharu. | |||||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Cina:加影 Tamil:காஜாங் | ||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Jalan Bukit,Kajang,Selangor,Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Koordinat | 2°58′58″N101°47′25″E / 2.98278°N 101.79028°E /2.98278; 101.79028 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid Rail Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | 1Laluan Seremban 9Laluan Kajang ETS KTM ETS | ||||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 1platform sisi and 1platform tengah (KTM) 1platform tengah (MRT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 4 (KTM) 2 (MRT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | KB06 Permukaan KG35 Bertingkat | ||||||||||||||||||||||||||||||
Tingkat platform | 4 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tersedia dengan pembayaran. 1460 tempat letak kereta; 600 tempat letak motosikal. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan basikal | Tersedia. 31 tempat letak basikal | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | KB06 KG35 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 1897 (KTM) 17 Julai 2017 (MRT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dibina semula | 10 November 1995 (KTM) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 1995 (KTM) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Stesen Kereta Api Kajang merupakan stesen keretapi dan Transit Aliran Massa (MRT) yang terletak diKajang,Selangor. Stesen ini merupakan stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatanKTM KomuterLaluan Seremban danKTM ETS, dan satu bahagian lagiLaluan MRT Kajang.[4][5] Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan.
Stesen bersepadu dibuka pada 17 Julai 2017 seiring dengan pembukaan fasa kedua Laluan Kajang. Stesen ini merupakan terminus dan stesen akhir Laluan Kajang.
Stesen keretapi Kajang dibuka pada 14 Ogos 1897 apabila sebahagian laluan kereta api utama,KTM Laluan Pantai Barat diantaraSungei Besi danKajang dibuka.[6]
Pada dekad 1990-an, stesen ini menjalani pengubahsuaian yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatanKTM Komuter bermula November 1995. Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2008 selepas perasmian laluan ETS Seremban-KL-Ipoh.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.[perlu rujukan]
Apabila pembinaan projek MRT Lembah Klang bermula pada tahun 2010, stesen MRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan MRT dan sistemKTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Bahagian MRT dan ruang legar bersama stesen, yang sebahagiannya berada diatas landasan KTM, telah dibina ketika stesen KTM beroperasi seperti biasa sepanjang waktu pembinaan. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan fasa keduaLaluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai 2017.[7] Apabila stesen bersepadu ini selesai dibina dan dibuka, struktur lama stesen KTM dirobohkan, Kaunter tiket KTM dan pejabat lain telah dipindahkan ke ruang legar bagunan baharu tersebut.
Stesen Kajang terletak kira-kira 1km selatan dari pekanKajang,Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Jalan Bukit manakala di sebelah barat stesen adalah Jalan Reko. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Sri Reko, Taman Hijau, Taman Bukit, Taman Kajang Jaya, Taman Mahkota, Taman Jelita, SMK Jalan Bukit, Kuil Sri Subramaniya Swami dan Masjid India Kajang.
L2 Platform | Arah Selatan | 9Laluan Kajangberakhir di stesen ini, keluar sahaja |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan![]() Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() | ||
Arah Utara | ←9Laluan Kajangmenghala ke KG04 Kwasa Damansara (Stadium Kajang) | |
L1 | Aras Legar Umum | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT dan laluan pejalan kaki ke tempat letak kereta![]() |
G Platform | Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri![]() | |
KTM Arah Selatan | →1Laluan Serembanmenghala kePulau Sebang/Tampin (Kajang 2) → ETS ETS Goldmenghala keGemas (Seremban) | |
Landasan pintasan | ||
KTM Arah Utara | ←1Laluan Serembanmenghala keBatu Caves (Serdang) ← ETS ETS Goldmenghala kePadang Besar atauButterworth (Bandar Tasik Selatan) | |
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri![]() Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini | ||
Landasan tidak digunakan | ||
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform MRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satuplatform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatanLaluan Sungai Buloh-Kajang; satuplatform tengah dan satuplatform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatanKeretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal.[9]
Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.
Laluan basRapid KL Korridor Cheras450,T451,T461,T462,T463 danT464 berkhidmat di stesen ini.
Laluan[10] | Asalan | Destinasi | Via |
---|---|---|---|
![]() | Hab Lebuh Pudu | Terminal Reko | Jalan Pudu Jalan Pasar Jalan Cheras KG22 AG13 Maluri Taman Pertama KG24 Taman Midah KG25 Taman Mutiara Leisure Mall Taman Suntex ![]() KG31 Bukit Dukung Simpang Balak Sungai Sekamat KG33 Sungai Jernih KPJ Kajang Bandar Kajang KG35 KB06 Kajang Reko Sentral KB06A Kajang 2 |
![]() | KG35 KB06 Kajang | KT3 PY41 Putrajaya Sentral | Hentian Kajang Kompleks PKNS Bangi SK Kampung Abu Bakar Baginda Presint 15 Putrajaya Kompleks F Putra Square, Putrajaya Putrajaya Presint 2,3,4 |
![]() | KG34 Stadium Kajang | Universiti Kebangsaan Malaysia | Jalan Besar, Kajang KG35 KB06 Kajang Jalan Reko Reko Sentral KB06A Kajang 2 Hentian Kajang |
![]() | KG35 KB06 Kajang | Taman Kajang Utama | Jalan Reko![]() Kajang Utama |
![]() | KG35 KB06 Kajang | Bandar Baru Bangi Seksyen 8 | Jalan Reko Reko Sentral Bangi Seksyen 4 Tambahan Bangi Seksyen 7 Sungai Ramal Kompleks PKNS Bangi Bangi Seksyen 8 & 9 (Bandar Baru Bangi) |
![]() | KG35 KB06 Kajang | Bandar Baru Bangi Seksyen 4 | Jalan Reko Reko Sentral Bangi Seksyen 4 Tambahan Petronas UNIKEB 2 |
![]() | KG34 Stadium Kajang Pintu A | Bandar Baru Bangi Seksyen 16 | Persiaran Kemajuan Bangi Gateway Teras Jernang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) KB07 UKM Sungai Tangkas Hentian Kajang KB06A Kajang 2 Reko Sentral Jalan Reko Bandar Kajang Jalan Besar, Kajang |
Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kajang. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar berada di kedua-dua sisi trek stesen KTM, dengan lif,eskalator dan tangga yang menuju ke jalan umum untuk stesen KTM dan MRT.Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan Reko. Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan Kuil Sri Subramaniya Swami dan Taman Hijau manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di timur stesen berdekatan denganSekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu,Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit dan bangunan parkir bertingkat.[11]
StesenLaluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Jalan Reko | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Hab bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Sri Subramaniya Swami TempleMadrasah Assiratul Mustaqeem | ![]() |
B | Jalan Bukit | ![]() ![]() ![]() ![]() Perhentian teksiSK Jalan Bukit SatuSK Jalan BukitSMK Jalan BukitKolej Universiti New EraResource Centre for Nanyang University | ![]() |