Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silamembantu, bahan-bahan boleh didapati diStar Wars(Inggeris).Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak diterjemahan Google. Walau bagaimanapun,jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Semenjak siri ini dihasilkan, filem ini telah menjadi sebuah fenomena budaya dan menghasilkan banyak penghasilan filem, buku, permainan, siri televisyen dan banyak barangan perniagaan lainnya. Pada tahun 2005, majalahForbes menganggarkan bahawa hasil perdagangan yang berasaskanStar Wars dalam masa 28 tahun ini telah mencapai hampir US$20 juta. Dengan ini, secara perdagangan, filem Star Wars boleh dianggap sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah.
Cerita tentang Star Wars ini tempatnya berada di luar angkasa dan menggunakan motif-motif cerita pola asas yang biasa dijumpai baik dalam ceritacereka sains (science fiction) mahupunmitos klasik. Star Wars ialah sebuah contoh bagus "opera antariksa" dan merupakan sebuahsub-genre cereka sains.
Episod IV hingga VI pertama kali dikeluarkan sekitar akhir tahun1970-an dan awal1980-an. Menurut George Lucas hal ini dilaksanakan kerana ketika itu belum tersedia teknologi untuk menggambarkan kemegahan Republik, sehingga dia memutuskan untuk bermula pada tengah-tengah. Sedangkan episod I hingga III dibuat pada sekitar tahun2000-an kerana teknologinya sudah tersedia.
Matahari terbenam di Tatooine yang menunjukkan dua matahari, hasil daripadasistem deduaan. Paparan ini dari filemA New Hope yang menjadi simbol sagaStar Wars.
Episod I, II, dan III (Perang Klon) meriwayatkan kejatuhanRepublik lama dan kebangkitanEmpayar Galaktik. Ia juga menceritakan kisahAnakin Skywalker yang merupakan orang muda yang berbakat yang telah menjadiJedi (yang terpilih) dan perubahannya kepada Darth Vader, dan peralihan ke Bahagian KegelapanForce. Dalam filem pertama,Darth Sidious memanipulasiPersekutuan Dagang untuk menakluk planetNaboo. Sidious dalam pada masa yang sama mengekalkan identitinya kepada umum sebagai Palpatine, seorang senator dalam Republik Galaktik, dan mengunakan menggunakan krisis tersebut untuk meyakinkan ahli Senat memilihnya sebagai Canselor Republik Galaktik. Dalam filem kedua, dia kemudiannya mempengaruhi Senat untuk mengizinkannya menggunakan kuasa darurat dan membentukPerang Klon, konflik antara Republik (yang dikawalnya sebagai Canselor Palpatine) dan gerakanPemisah (Confederacy of Independent Systems yang dikawalnya sebagai Darth Sidious).
Anak muda bernama Anakin Skywalker, yang kuat dengan Force, telah ditemui oleh Tuan JediQui-Gon Jinn, dan padawannyaObi-Wan Kenobi. Qui-Gon percaya yang Anakin adalah Yang Terpilih, yang diramal untuk mengembalikan keseimbangan Force. Selepas Qui-Gon dibunuh olehDarth Maul, Obi-Wan mengalahkan perantis Sith dan kemudian, menentang bantahan kuat dariTuan Yoda, patuh kepada wasiat tuannya untuk melatih budak itu. Anakin membesar dengan Force, dan kemahirannya menyebabkan dia menjadi angkuh dan jengkel dengan latihan Obi-Wan, yang membuatnya terkongkong. Bertentangan dengan peraturan yang paling ketat dalam Kumpulan Jedi, Anakin jatuh cinta denganPadmé Amidala, ratu, dan kemudian senator, bagi Naboo. Kedua-duanya berkahwin secara senyap, yang dilarang bagi seorang Jedi kerana ia boleh membangkitkan perasaan takutkan kehilangan yang mempu mendoring kepada Bahagian Kegelapan Force. Perang Klon bermula di setiap pelusuk galaksi dan para Jedi melawan balik untuk mengembalikan keamanan kepada Republik. Anakin dan Padmé meneruskan kerahsiaan perkahwinan mereka tetapi tidak lama kemudian, Padmé mengandung. Walaupun teruja dengan berita tersebut, Anakin meula mendapat bayangan akan kematian Padmé. Kerahsiaan mereka membuatkan dia mencari pertolongan daripada pihak luar kumpulan Jedi, dan dengan keadaan terdesak, dia meminta bantuanPalpatine, yang kini Canselor, (yang sebenarnyaDarth Sidious). Sidious mengambil peluang ini untuk menarik Anakin ke Pihak Kegelapan dan menjanjikan yang Padmé akan selamat jika Anakin menyertai Sith. Muslihatnya berjaya dmeyakinkan Anakin untuk meninggalkan Jedi. Titik perubahan Anakin tiba apabila dia mula campur tangan dalam perlawanan antara Tuan JediMace Windu dan Palpatine, yang mencederakan tangan Windu sebelum Palpatine sendiri yang membunuhnya. Palpatine mengumumkan Anakin sebagai Raja Sith dan memberikannya namaDarth Vader, lalu mengarahkannya untuk memburu dan memusnahkan semua Jedi yang tinggal dalam galaksi.Mahaguru dan kawan lamanya yang masih berada pada pihak Jedi,Obi-Wan berda di dalam kapal angkasa Padme apabila Padme melawati Anakin di planet lava iaitu Mustafar. Obi-Wan terkejut melihat betapa kejamnya Anakin apabila mencekik Padme dengan Force kerana mengesyaki Padme sudah derhaka padanya. Obi-Wan sudah tida cara lain,beliau bertarung dengan Raja Sith yang kejam itu yang pernah manjadi kawan yang rapat kepada Obi-Wan.Kedua-dua pahlawan sama kuat tetapi akhirnya Obi-Wan dapat mengalahkan Anakin dan memnyebabkan badan Anakin terbakar oleh lava volkanik yang panas apabila kedua-dua belah kaki Anakin serta tanganya dipotong oleh pedang lightsaber Obi-Wan. Padmé mati dengan melahirkan pasangan kembar yang beliau namakanLuke danLeia. Pasangan kembar itu dipisahkan untuk keselamatan: Luke diberi kepada adik tiri Anakin,Owen Lars dan isterinyaBeru diTatooine; Leia kepadaSenator Bail Organa dan isterinya di planetAlderaan. Obi Wan-Kenobi dan Yoda, yang merupakan Jedi yang tinggal, melarikan diri, Obi-Wan keTatooine (yang dirasakannya bertanggungjawab untuk melihat Luke dari jauh), Yoda ke dunia rawaDagobah. Sidious (sebagai Palpatine) membentuk semula Republik Galaktik kepada Empayar Galaktik yang pertama dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja.
Episod IV, V, dan VI (Perang Saudara Galaktik) berlaku lebih kurang sembilan belas tahun selepas Episod III, iaitu ketikaPerang Saudara Galaktik, konflik yang berlarutan yang menyebabkan kejatuhan Empayar Galaktik ke tanganPerikatan Pemberontak. Filem ini mengikuti kisah Luke Skywalker, anak kepada Anakin Skywalker (yang kini Darth Vader), dan kebangkitannya dalam pemberontakan menentang Empayar. Leia, seorang puteri dan ahliSenat Imperial bagi Alderaan dan ahli Perikatan Pemberontak, meneruskan rancangan untuk pertarungan Empayar apabila kapalnya diserangDarth Vader. Beliay menghantar pesanan untuk bantuan kepada Obi-Wan Kenobi melaluiR2-D2. Darth Vader membawa Leia kepadaGrand Moff Tarkin. Luke yang secara tidak sengaja menerima pesanan itu menemui Kenobi. Leia dipaksa untuk menyaksikan kemusnahan kampung halamannya oleh Bintang Maut. Selepas pembunuhan ibu dan bapa saudaranya olehStormtrooper Imperial yang mencari droid, Luke menyertai Perikatan Pemberontakan — mengembara bersama Kenobi, bersama kakak kembarnya Leia Organa (yang tidak diketahui bahawa dia adalah kembarnya hinggalah Episod VI), penyeludupHan Solo, teman SoloChewbacca, dan droidC-3PO danR2-D2. Perikatan Pemberontak akhirnya memusnahkan Bintang Maut dan Tarkin.
Sebelum kemusnahan Bintang Maut, Luke berlatih dengan Kenobi. Selepas kematian Kenobi di tangan Vader, Luke mencari Yoda untuk meneruskan latihan Jedi. Luke percaya yang bapanya telah dikhianati dan dibunuh Darth Vader, yang diberitahu oleh Kenobi pada perjumpaan pertama mereka. Apabila Luke mendapati kebenaran yang sebenar — yang bapanya ialah Vader — dia sangat terkejut. Walau bagaimanapun, dia berjaya menghalang dirinya dari dimakan pujuk Vader dan Palpatine untuk ke pihak Kegelapan, malah berjaya membawa bapanya kebali ke pihak Kecerahan Force. Vader mencampak Maharaja Palpatine ke reaktor Bintang Maut untuk menyelamatkan anaknya dari dibunuh Palpatine tetapi dia tercedera ketika melakukannya. Ketika membunuh Palpatine, Anakin/Vader memenuhi Ramalan Force, membuktikan yang dialah Yang Terpilih yang mengembalikan keseimbangan Force dengan menghancurkan Sith. Sementara itu, armada Pemberontak (diketuai rakan SoloLando Calrissian) memperoleh kemenangan dengan menghancurkan Bintang Maut kedua. Dengan kemenangan Perikatan Pemberontak, maka berakhirlah Perang Saudara Galaktik dan kejatuhan Empayar lalu mengembalikan Republik Galaktik.
Tema utama dalam Star Wars adalah sebuah perjuangan semesta yang bersifat abadi antara kebaikan dan kejahatan. Tema ini digambarkan sebagai sebuah keseimbangan antara mereka yang menggunakan kekuatan utama yang disebut "The Force" secara jahat atau baik.
Siri filem ini berkisar pada keluargaSkywalker yang telah diramal akan mengembalikan keseimbangan pada "The Force". Akhirnya keseimbangan ini dilakukan olehAnakin Skywalker, ayahLuke Skywalker danLeia Organa. Cerita ini merangkumi dua generasi.