Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ssam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ssam
Nama Korea
Hangul
Hanja[tiada ]Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)
Perumian Semakanssam
McCune–Reischauerssam
Rencana ini sebahagian dari siri
Masakan Korea
한국 요리
조선 료리

Ssam, kadang kala ditransliterasikan sebagaissäm, harfiahnya bermasuk "balutan" atau "bungkus", yang merujuk kepada sejenis makanan dalammasakan Korea yang lazimnya menggunakan sayur daun untuk membalut daging dan lain-lain sebagai inti.[1] Ia sering diiringi denganperasa sepertissamjang dan boleh ditambah dengan bahan-bahan masak atau mentah yang lain sepertibawang putih,bawang besar,lada benggala, ataubanchan (hidangan sampingan kecil) sepertikimchi.[2]Ssam lazimnya mempunyai saiz yang boleh dimakan dengan sekali suap tanpa menjatuhkan intinya.[3]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Menurut buku adat,Dongguk Sesigi,ssam dimakan oleh wanita zamanGoryeo yang dijadikan gundik atau pelayan di istana Dinasti Yuan Mongol, dan pada hujung eraJoseon,ssam menjadi makanan bermusim yang dikenali ramai. Pada hariDaeboreum,ssam yang dimakan pada hari tersebut diunamakanbokssam (복쌈,ssam tuah).[1]

Ssam juga mula mendapat sambutan menggalakkan di luar Korea dan disajikan di restoran-restoran diNew York danTokyo.[4][5]

Kepelbagaian

[sunting |sunting sumber]

Pelbagai sayur digunakan untuk pembalut seperti daun salad, kubis, daun kacang dan daun labu yang digunakan sama ada mentah ibarat ulaman atau dicelur. Rumpai laut sepertimiyeok (rumpai mustard laut) dangim (rumpair merah kering) juga digunakan.Ssam juga boleh merujuk kepada lidah lembu, daging babi, kima, atau gamat yang dibalut dan dimasak di dalam telur.[1]

Mengikut bahan

[sunting |sunting sumber]
  • Bossam: dengan babi kukus dan popular di seluruh Korea.[6][7]
  • Ssambap: menggunakan nasi sebagai sebahagian inti.[8]

Mengikut jenis balutan

[sunting |sunting sumber]

Jenis khusus:[9]

  • Gim ssam (김쌈), dibalut dengangim, rumpai laut[10]
  • Sangchu ssam (상추쌈), dibalut dengan daun salad
  • Baechu ssam (배추쌈), dibalut dengan daun kobis napa
  • Kkaenip ssam (깻잎쌈), dibalut dengan daun perila[11]
  • Chwi ssam (취쌈), dibalut denganchwinamul
  • Hobakip ssam (호박잎쌈), dibalut dengan daun labu[12]
  • Kimchi ssam (김치쌈), dibalut dengan kimchi
  • Jeonbok ssam (전복쌈), dibalut denganabalon kering yang direndam dan dihiris
  • Muneo ssam (문어쌈), dibalut dengan hirisan kurita
  • Po'ssam (포쌈), dibalut dengan lembu mentah yang diawet
  • Gotgam ssam (곶감쌈), dibalut denganpisang kaki kering
  • Milssam (밀쌈), dibalut dengan lempeng nipis dari tepung gandum
  • Eossam (어쌈), dibalut dengan filet ikan nipis
  • Daun yang digunakan untuk membalut ssam
    Daun yang digunakan untuk membalutssam
  • Bossam dari Gwangju
    Bossam dariGwangju
  • Milssam, dibalut dengan lempeng nipis
    Milssam, dibalut dengan lempeng nipis
  • Roseupyeonchae (로스편채), sayuran dibalut dalam hirisan daging panggang
    Roseupyeonchae (로스편채), sayuran dibalut dalam hirisan daging panggang

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abc쌈 (Ssam)Diarkibkan 2011-06-10 diWayback MachineEncyclopedia of Korean Culture(Korea)
  2. ^"Customs". Korea Tourism Organization. Dicapai pada2013-04-05.
  3. ^"How Make Ssam Bap (Korean Lettuce Wraps)". About.com.
  4. ^(Korea)Restaurant opens in Sapporo, Financial News, 2006-06-16. Retrieved 2010-06-23
  5. ^Momofuku Ssam, Columbia Daily Tribune, 2010-06-23
  6. ^"Bossam's continuous popularity"Money & Business. 12 May 2010. Retrieved 2010-06-23(Korea)
  7. ^Jung, Alex"5 Korean ways to eat a pig"CNN Go. 11 November 2011. Retrieved 2012-04-11
  8. ^(Korea)"Korean dictionary:Ssambap"National Institute of the Korean Language(Korea)
  9. ^"쌈 (Ssam)" (dalam bahasa Korean).Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^김쌈 (dalam bahasa Korean). Naver Dictionary. Dicapai pada2013-04-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^깻잎쌈 (dalam bahasa Korean). Naver Dictionary. Dicapai pada2013-04-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^호박잎쌈 (dalam bahasa Korean). Naver Dictionary. Dicapai pada2013-04-05.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanSsam
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ssam&oldid=5204004"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp