Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sri Aurobindo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sri Aurobindo (1872–1950) merupakan salah satu tokoh agung dalam sejarah moden India—seorang ahli falsafah Hindu, pejuang kemerdekaan, penyair dan yogi. Nama asalnya ialah Aurobindo Ghose. Beliau juga menjadi editor surat khabarBande Mataram.

Sebagai seorang penulis prolifik, Aurobindo telah menghasilkan karya-karya agung seperti puisi epik Sāvitrī (24,000 baris), serta karya falsafah seperti The Life Divine, Essays on the Gītā, The Synthesis of Yoga, dan The Secret of the Vedas.

Kehidupan Awal

[sunting |sunting sumber]

Aurobindo Ghose dilahirkan pada 15 Ogos 1872 di Konnagar, Benggala Barat, sebagai anak bongsu kepada Dr. Krishna Dhan Ghosh dan Swarnalata Devi. Dr. Krishna Dhan Ghosh merupakan seorang penolong pakar bedah di Rangpur dan kemudiannya dilantik sebagai pakar bedah awam di Khulna. Dahulu seorang anggotaBrahmo Samaj, beliau menjadi amat tertarik kepada teori evolusi moden ketika menuntut dalam bidang perubatan diUniversiti Edinburgh. Ibu Aurobindo, Swarnalata Devi pula ialah anak kepada Rajnarayan Bose, seorang tokoh terkemuka dalam gerakan Brahmo Samaj. Demi kesihatan dan persekitaran yang lebih baik, Swarnalata dihantar keKolkata bagi melahirkan Aurobindo.

Aurobindo mempunyai dua orang abang, Benoybhusan dan Manmohan, seorang adik perempuan bernama Sarojini, dan seorang adik lelaki, Barindra Kumar (juga dikenali sebagai Barin).

Pendidikan Awal

[sunting |sunting sumber]

Aurobindo bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi menggunakan bahasa Hindustani untuk berkomunikasi dengan para pembantu rumah. Walaupun keluarganya berketurunanBenggali, ayahnya amat mempercayai bahawa budaya British adalah lebih unggul. Justeru itu, beliau menghantar Aurobindo dan dua orang abangnya ke sekolah asrama Loreto House yang berbahasa Inggeris diDarjeeling, sebahagiannya untuk memperkukuh penguasaanbahasa Inggeris mereka, dan sebahagiannya untuk menjauhkan mereka daripada ibu mereka yang telah mengalami penyakit mental selepas kelahiran anak sulungnya. Darjeeling pada ketika itu merupakan pusat komuniti Anglo-India, dan sekolah tersebut dikendalikan oleh biarawatiIreland. Oleh itu, kemungkinan Aurobindo dan adik-beradiknya terdedah kepada ajaran serta simbolisme agama Kristian semasa kecil.

Pendidikan Tinggi

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1879, Aurobindi dan adik-beradiknya dihantar ke England untuk melanjutkan pelajaran. Di sana, beliau menetap selama 14 tahun, menimba ilmu di bawah bimbingan guru persendirian serta di St. Paul’s School, London dan King’s College, Cambridge. Seorang yang cemerlang dalam bahasa, beliau menguasai pelbagai bahasa khususnya, Greek, Latin, Perancis, Jerman, dan Itali. Peter Heehs merumuskan keupayaan linguistik Sri Aurobindo dengan menyatakan bahawa menjelang abad ke-20, beliau menguasai sekurang-kurangnya dua belas bahasa: bahasa Inggeris, Perancis dan Benggali secara lisan dan tulisan; Latin, Greek dan Sanskrit untuk membaca dan menulis; Gujarati, Marathi dan Hindi untuk bertutur dan membaca; serta Itali, Jerman dan Sepanyol untuk bacaan sahaja.

Sri Aurobindo langsung tidak berminat untuk menyertai Perkhidmatan Awam India (ICS) dan dengan sengaja gagal dalam ujian bagi memastikan dirinya tidak layak menyertai perkhidmatan itu.

Penglibatan dalam Gerakan Nasional

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1891, beliau turut merasakan bahawa satu zaman pergolakan besar bakal melanda tanah airnya, dan dirinya ditakdirkan memainkan peranan penting dalam perjuangan tersebut. Beliau mula mempelajari bahasa Benggali dan menyertai sebuah pertubuhan rahsia yang dinamakan secara puitis sebagai 'Lotus and Dagger', di mana anggotanya mengangkat sumpah untuk berjuang demi kemerdekaan India.

Ketika itu, Maharaja Baroda, Sayajirao Gaekwad III, sedang mengadakan lawatan ke England. Melalui bantuan William H. Cotton, tempat untuk Aurobindo dalam Perkhidmatan Negeri Baroda berjaya diperoleh, dan satu pertemuan dengan putera Baroda turut diaturkan.

Kembali ke India

[sunting |sunting sumber]

Selepas menamatkan pendidikan, Aurobindo berangkat pulang ke India dan tiba pada bulan Februari 1893.

Namun, satu tragedi menimpa. Ayahnya, Krishna Dhun Ghose, yang sedang menunggu ketibaan Aurobindo, telah menerima maklumat palsu daripada ejennya di Bombay (kini Mumbai) bahawa kapal yang membawa Aurobindo telah tenggelam di luar pesisir Portugal. Akibat kejutan mendengar berita tersebut, ayahnya meninggal dunia sebelum sempat berjumpa semula dengan anaknya.

Sekembalinya ke India pada tahun 1893, beliau berkhidmat di bawah Maharaja Baroda hingga 1906, sambil aktif terlibat dalam gerakan nasionalis. Sebagai penulis dan orator yang berpengaruh, Aurobindo mengobarkan semangat revolusi dalam kalangan anak muda melalui tulisannya di dalam Jugantar, Induprakāśa, dan Bande Mātaram, menyeru kepada swadeshi (penggunaan barangan tempatan), pemulauan barangan asing, pendidikan kebangsaan, dan penubuhan mahkamah timbang tara rakyat. Aktivismenya menyebabkan beliau ditangkap dalam peristiwa terkenal Kes Bom Māṇiktala (1908), namun beliau dibebaskan selepas setahun dipenjarakan.

Penglibatan dalam Kerohanian

[sunting |sunting sumber]

Perubahan spiritual beliau bermula sekitar tahun 1904, dan semakin mendalam melalui pengalaman mistik semasa di dalam tahanan, termasuk penglihatan Swami Vivekananda yang membimbingnya dalam aspek-aspek yoga. Pada tahun 1910, atas dorongan batiniah, beliau mengundurkan diri daripada arena politik dan berpindah ke Pondicherry, sebuah wilayah Perancis, untuk menumpukan diri sepenuhnya kepada amalan kerohanian dan yoga.

Di sana, sekumpulan pengikut mula berkumpul di sekelilingnya—yang kemudiannya berkembang menjadi Sri Aurobindo Ashram. Pada tahun 1922, Mira Alfassa, seorang rakan rohani dari Perancis yang kemudian dikenali sebagai Ibu (The Mother), mengambil alih pentadbiran Ashram tersebut.

Sri Aurobindo menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 1950, meninggalkan warisan agung berupa transformasi rohani, yoga integral, dan visi kehidupan ilahi di bumi.

Falsafah

[sunting |sunting sumber]

Inti ajaran beliau ialah keyakinan bahawa kesedaran Ilahi tersembunyi dalam jirim, dan evolusi merupakan proses pembongkaran dan penzahiran kesedaran itu. Daripada jirim terbit kehidupan, daripada kehidupan lahir akal; dan langkah seterusnya ialah pencapaian Supramental—satu tahap kesedaran ilahi yang mampu mengubah dan mentuhankan sifat manusia. Untuk itu, manusia perlu menyertai proses evolusi ini secara sedar melalui amalan yoga, sehingga akhirnya menemui Diri Yang Esa dalam segala-galanya.[1]

Karya-karya

[sunting |sunting sumber]

Karya Utama

[sunting |sunting sumber]
  • Sri Aurobindo Primary Works Set 12 vol. US Edition, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-93-0
  • Sri Aurobindo Selected Writings Software CD-ROM, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-88-8
  • The Life Divine, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-61-2
  • Savitri: A Legend and a Symbol, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-80-9
  • The Synthesis of Yoga, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-65-5
  • Essays on the Gita, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-18-7
  • The Ideal of Human Unity, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-43-8
  • The Human Cycle: The Psychology of Social Development, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-44-6
  • The Human Cycle, Ideal of Human Unity, War and Self Determination, Lotus Press. ISBN 81-7058-014-5
  • The Upanishads, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-23-3
  • Secret of the Veda, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-19-5
  • Hymns to the Mystic Fire, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-914955-22-5
  • The Mother, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-79-5

Karya Sekunder

[sunting |sunting sumber]
  • The Integral Yoga: Sri Aurobindo's Teaching and Method of Practice, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-76-0
  • The Future Evolution of Man, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-940985-55-1
  • The Essential Aurobindo – Writings of Sri Aurobindo ISBN 978-0-9701097-2-9
  • Bhagavad Gita and Its Message, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-78-7
  • The Mind of Light, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-940985-70-5
  • Rebirth and Karma, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-63-9
  • Hour of God by Sri Aurobindo, Lotus Press. ISBN 81-7058-217-2
  • Dictionary of Sri Aurobindo's Yoga, (compiled by M. P. Pandit), Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-74-4
  • Vedic Symbolism, Lotus Press, Twin Lakes, Wisconsin ISBN 0-941524-30-2
  • The Powers Within, Lotus Press. ISBN 978-0-941524-96-4
  • Reading Sri Aurobindo, Penguin Random House India. ISBN 978-0670097036

Kajian Komperatif

[sunting |sunting sumber]
  • Hemsell, Rod (Oct. 2014).The Philosophy of Evolution. Auro-e-Books, E-Book
  • Hemsell, Rod (Dec. 2014).Sri Aurobindo and the Logic of the Infinite: Essays for the New Millennium. Auro-e-Books, E-Book
  • Hemsell, Rod (2017).The Philosophy of Consciousness: Hegel and Sri Aurobindo. E-Book
  • Huchzermeyer, Wilfried (Oct. 2018).Sri Aurobindo’s Commentaries on Krishna, Buddha, Christ and Ramakrishna. Their Role in the Evolution of Humanity. edition sawitri, E-Book
  • Johnston, David T. (Nov. 2016)Jung's Global Vision: Western Psyche, Eastern Mind, With References to Sri Aurobindo, Integral Yoga, The Mother. Agio Publishing House, ISBN 9781927755211
  • Johnston, David T. (Dec. 2016).Prophets in Our Midst: Jung, Tolkien, Gebser, Sri Aurobindo and the Mother. Universe, E-Book
  • Singh, Satya Prakash (2013).Nature of God. A Comparative Study in Sri Aurobindo and Whitehead. Antrik Express Digital, E-Book
  • Singh, Satya Prakash (2005).Sri Aurobindo, Jung and Vedic Yoga. Mira Aditi Centre, ISBN 9788187471127
  • Eric M. Weiss (2003):The Doctrine of the Subtle Worlds. Sri Aurobindo’s Cosmology, Modern Science and the Metaphysics of Alfred North Whitehead, Dissertation (PDF; 1,3 MB), California Institute of Integral Studies, San Francisco

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Swami Harshananda,A Concise Encyclopaedia of Hinduism
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sri_Aurobindo&oldid=6587430"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp