Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Spektrum elektromagnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Spektrum elektromagnet (Jawi: سڤيكتروم ايليكترومڬنيت) merupakan julat semuasinaran elektromagnet. Manakala "spektrum elektromagnet" sesuatu objek ialah julat frekuensi sinaran elektromagnet yangdipancarkan,dipantulkan atau disiarkan.

Gelombang elektrognetik ini boleh bergerak dalam ruang-ruang kosong termasuklahvakum. Dengan memasang sebuahantena yang sesuai padalitar elektrik, gelombang elektromagnetik boleh disebarkan secara berkesan dan juga boleh diterima pada kadar jarak tertentu.

Melalui teknologi terkini, bit-bit data boleh dihantar melalui gelombang elektromagnetik melalui frekuensi yang digunakan. Semakin kecil lebar frekuensi yang digunakan maka proses pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Spektrum ini secara langsung berkaitan dengan:

  • Panjang gelombang didarabkan denganfrekuensi ialah kelajuan cahaya: 300 Mm/s, iaitu 300 MmHz
  • Tenaga dari foton adalah 4.1 feV per Hz, yaitu 4.1μeV/GHz
  • Panjang gelombang didarabkan dengan tenaga per foton adalah 1.24 μeVm

Julat

[sunting |sunting sumber]

Gelombang elektromagnet dijelaskan melalui tiga ciri-ciri fizikal:frekuensif,panjang gelombangλ, atautenaga fotonE. Frekuensi yang digunakan dalam astronomi berjulat daripada7023240000000000000♠2.4×1023 Hz (sinar gamma 1GeV) kepadafrekuensi plasma tempatan medium angakasa lepas terion (~1 kHz). Pamjang gelombang berkadar songsang dengan frekuensinya,[1] jadi sinar gama mempunyai panjang gelombang yang sangat pendek, dalam lingkungan sebahagian saiz atom, mankala panjang gelombang pada hujung berlawanan spektrum boleh menjadi sepanjang alam semesta.Tenaga Foton berkadar langsung dengan frekuensi gelombang. Oleh itu, foton sinar gama mempunyai tenaga yang paling tinggi (dalam satu billionelektronvolt), manakala foton sinar radio mempunyai tenaga yang sangat rendah (dalam satufemtoelektronvolt). Hubungan ini ditunjukkan oleh persamaan berikut:f=cλ,orf=Eh,orE=hcλ,{\displaystyle f={\frac {c}{\lambda }},\quad {\text{or}}\quad f={\frac {E}{h}},\quad {\text{or}}\quad E={\frac {hc}{\lambda }},} iaitu:

  • c =7008299792458000000♠299792458 m/s ialahkelajuan cahaya dalam vakum
  • h =6966662607015000000♠6.62607015×10−34 J·s =6985413566733000000♠4.13566733(10)×10−15 eV·s ialahpemalar planck.[2]


Jadual Spektrum

[sunting |sunting sumber]
Kelas Panjang gelombang
λ{\displaystyle \lambda }
Frekuensi
f{\displaystyle f}
Tenaga per
foton
E{\displaystyle E}
Sinaran pengionγSinar gama 1pm300EHz1.24MeV
 
 10 pm30 EHz124keV
HXSinar X 
 100 pm3 EHz12.4 keV
SXSinar X Lembut 
 1nm300PHz1.24 keV
 
 10 nm30 PHz124eV
EUVUltraungu
lampau
 
 100 nm3 PHz12.4 eV
 NUVUltraungu dekat,
Tampak
 
  1μm300THz1.24 eV
NIRInframerah dekat 
 10 μm30 THz124meV
MIRInframerah
pertengahan
 
 100 μm3 THz12.4 meV
FIRInframerah jauh 
 1mm300GHz1.24 meV
Gelombang mikro

dan

Gelombang radio
EHFFrekuensi
terlampau tinggi
 
 1cm30 GHz124μeV
SHFFrekuensi
super tinggi
 
 1dm3 GHz12.4 μeV
UHFFrekuensi
ultra tinggi
 
 1m300MHz1.24 μeV
VHFFrekuensi
sangat tinggi
 
 10 m30 MHz124neV
HFFrekuensi
tinggi
 
 100 m3 MHz12.4 neV
MFFrekuensi
sederhana
 
 1km300kHz1.24 neV
LFFrekuensi
rendah
 
 10 km30 kHz124peV
VLFFrekuensi
sangat rendah
 
 100 km3 kHz12.4 peV
ULFFrekuensi
ultra rendah
 
 1000km300Hz1.24 peV
SLFFrekuensi
super rendah
 
 10000 km30 Hz124feV
ELFFrekuensi
terlampau rendah
 
 100000 km3 Hz12.4 feV
 
Sumber:File:Light spectrum.svg[3][4][5]

Lihat Juga

[sunting |sunting sumber]

Frekuensi Radio

Gelombang

Sinaran pengion


Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Sinar gama ·Sinar X ·Ultraungu ·Boleh nampak ·Inframerah ·Sinar terahertz ·Mikrogelombang ·Radio

 frekuensi lebih tinggi       panjang gelombang lebih panjang 
Boleh nampak (optik)
Mikrogelombang
Radio
EHF ·SHF ·UHF ·VHF ·HF ·MF ·LF ·VLF ·ULF ·SLF ·ELF
Jenis panjang gelombang
  1. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaem-spectrum
  2. ^Templat:CODATA2006
  3. ^What is Light?Diarkibkan Disember 5, 2013, diWayback MachineUC Davis lecture slides
  4. ^Elert, Glenn."The Electromagnetic Spectrum, The Physics Hypertextbook". Hypertextbook.com. Dicapai pada2010-10-16.
  5. ^"Definition of frequency bands on". Vlf.it. Dicapai pada2010-10-16.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Spektrum_elektromagnet&oldid=5016975"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp