Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaSpain)
Kerajaan Sepanyol
كراجأن سڤاڽول
Reino de España
Nama-nama lain[a]
Bendera Sepanyol
Jata Sepanyol
BenderaJata
Cogan kataPlus ultra (Latin)
("Semakin ke Hadapan")
Lagu kebangsaanMarcha Real (Sepanyol)[1]
(English: "Kawad Diraja")
Tunjuk glob
Tunjuk peta Eropah
Lokasi Sepanyol  (hijau gelap)

– diEropah  (hijau & kelabu gelap)
– diKesatuan Eropah  (hijau)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Madrid
40°26′N3°42′W / 40.433°N 3.700°W /40.433; -3.700
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol[b]
Kerakyatan(2020)
Agama
(2020)[4]
KerajaanRaja berperlembagaan berparlimen unitari
• Raja
Felipe VI
Pedro Sánchez
Badan perundanganCortes Generales
Senat
Kongres Perwakilan
Pembentukan
20 Januari 1479
• De jure
9 Jun 1715
19 Mac 1812
29 Disember 1978
1 Januari 1986
Keluasan
• Jumlah
505,990[5] km2 (195,360 bt2) (ke-51)
• Perairan (%)
0.89 (2015)[6]
Populasi
• Perkiraan 2023
47,325,360[7] (ke-31)
94/km2 (243.5/sq mi) (ke-120)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$2.20 trilion[8] (ke-16)
$46,511[8] (ke-37)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$1.389 trilion[8] (ke-16)
$29,198[8] (ke-40)
Gini (2021)negative increase 33.0[9]
sederhana
HDI (2021) 0.905[10]
sangat tinggi · ke-27
Mata wangEuro[d] (€)
(EUR)
Zon waktuUTC⁠±0 to +1 (Waktu Eropah Barat danWaktu Eropah Tengah)
• Musim panas (DST)
UTC+1 to +2 (Waktu Musim Panas Eropah Barat danWaktu Musim Panas Eropah Timur)
Nota: Kebanyakan kawasan Sepanyol menggunakan waktu Tengah, kecualiKepulauan Canary dengan waktu Barat.
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memanduright
Kod panggilan+34
Kod ISO 3166ES
DPT internet.es[e]

Sepanyol (Jawi: سڤاڽول -Sepanyol:España) atau nama rasminyaKerajaan Sepanyol, ialah sebuah negara yang terletak diSemenanjung Iberia di barat dayaEropah. Negara ini bersempadan denganPortugal,Perancis,Andorra,Gibraltar danMaghribi.

Negara ini mempunyai kawasan jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya sepertiKepulauan Balear di Mediteranean,Kepulauan Canaria jauh diLautan Atlantik, bandar-bandarCeuta danMelilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni diSelat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Perejil.

Sepanyol merupakan sebuah negararaja berperlembagaan dandemokrasiberparlimen. Negara ini menyertaiKesatuan Eropah sejak1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

Nama "Sepanyol" diserap daripadaPortugis:Espanhol yang merupakan bentuk kata sifat dandemonim nama tempatEspanha,[11][12] nama "Espanha" ini pula turunan namaLatinHispania iaitu nama merujuk kepadakawasan ditadbirRepublik Rom meliputisemenanjung Iberia semasazaman mereka dahulu. Nama "Hispania" in pula diamati datang daripada akarbahasa Samawi danbahasa Phoenicia.[13][14]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Sejarah Sepanyol danEmpayar Sepanyol

Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Sepanyol menjadi salah satu negara bekas jajahanEmpayar Rom pada 218 SM–400 Masihi dalam misi mereka untuk memperluas wilayah kekuasaan. Selama menjadi tanah jajahan, pengaruh Rom terserap dalam masyarakat Sepanyol seperti budaya dan bangunan. Contohnya adalah pemakaian nama-nama Rom, penggantian hukum adat setempat dengan hukum Rom, dan pembangunan saluran air Rom di kota Segovia, yang dianggarkan dibangunkan pada akhir abad pertama Masihi oleh pihak Rom. Pada tahun 1985, saluran air ini dijadikan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO.

Semasa pemerintahanBani Umaiyyah, bandar-bandar sepertiCordoba danGranada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaanKristian Aragon dan Castilla berjaya menjajah semula bandar-bandarMoor pada abad ke-15.

Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaanAragon,Léon,Castilla danNavarra. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.

Gerakan republik dan antimonarki telah mengusir keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikanRepublik Sepanyol. DalamPerang Saudara Sepanyol 1936-1939, JeneralFrancisco Franco, dengan sokonganFasis Itali danNazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan olehnegara-negara Berikat selepasPerang Dunia Kedua kerana menyokongkuasa-kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan olehAmerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.

Sepanyol menyertaiPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.

Selepas Franco meninggal dunia pada 1975,Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Sepanyol

Pada keluasan 194,884mi² (504,782km²), Sepanyol ialah negara yang ke-51 terbesar di dunia. Saiznya serupa denganTurkmenistan dan lebih besar berbanding negeriCalifornia di Amerika Syarikat.

Spain bersempadan denganPortugal di barat,Gibraltar (sebuahwilayah seberang laut British) danMaghribi di selatan, melalui kota-kotanya di Afrika Utara (Ceuta danMelilla). Di timur laut sepanjangpergunungan Pyrene, Sepanyol bersempadan denganPerancis dankerajaan kecilAndorra. Wilayah Sepanyol juga termasukKepulauan Balearic diLaut Mediterranean,Kepulauan Canary diLautan Atlantik dan sebilangan pulau yang tidak dihuni di sisi Mediterraneanselat Gibraltar, dikenali sebagaiSepanyol:Plazas de soberanía, sepertikepulauan Chafarina,Pulau Alborán, "batu-batan" (Sepanyol:peñones)Vélez danAlhucemas, sertaPulau Perejil yang kecil. Di barat laut sepanjangbanjaran tersebut pula terdapat sebuah pekan terpisah bernamaLlívia diCatalonia yang dikelilingi wilayah milikPerancis.

Tanah besar Sepanyol didominasi olehpenara dan banjaran gunung yang tinggi, sepertiSierra Nevada. Dari gunung-gunung ini mengalirnya beberapa batang sungai utama sepertiTajo,Ebro,Duero,Guadiana danGuadalquivir.Tanah lanar dijumpai sekitar kawasan pantai, antaranya yang terbesar ialah kawasan Guadalquivir diAndalusia.

Oleh sebab keadaan geografi dan orografi Sepanyol, iklmnya amat pelbagai; sehingga boleh dibahagi kepada tiga kawasan:

  • Iklim kebenuaan yang sederhana terjadi dalam kawasan pedalaman Semenanjung (bandaraya terbesar, Madrid).
  • Kawasaniklim Mediterranean yang terbentang lebih kurang dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke banjaran Pyrene, pada sebelah banjaran gunung sepanjang tepi kawasan pantai yang menghadap laut (bandaraya terbesar, Barcelona).
  • Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepiTeluk Biscay (bandaraya terbesar, Bilbao). Kawasan ini sering bergelarSepanyol Hijau.

Politik

[sunting |sunting sumber]
Peta wilayah-wilayah berautonomi Sepanyol.

Sebagai negararaja berperlembagaan,Raja Sepanyol merupakan ketua negara. Ketua kerajaan pula ialahPerdana Menteri yang mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum.

Parlimen Sepanyol (Cortes Generales) mempunyai dua dewan, iaituKongres Timbalan (Congreso de los Diputados) danSenat (Senado).

Sepanyol dibahagikan kepada 17Komuniti berautonomi dan 2Bandar Raya Autonomi. Setiap Komuniti Autonomi dibahagikan pula kepadaprovinsi-provinsi.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Sepanyol

MenurutBank Dunia, ekonomi Sepanyol adalah yang kesembilan terbesar di seluruh dunia dan yang kelima terbesar di Eropah. Pada tahun 2006,KDNK mutlak bernilai $1.084 trilion menurutCIA Factbook, (lihatDaftar negara mengikut KDNK (nominal)). PPP per capita dianggarkan pada $27,400 (2006), mengekori negara-negara berindustri utamaG7.

Kerajaan berhaluan kanan-tengah pimpinan bekas perdana menteriJosé María Aznar menjayakan usaha memasuki kumpulan negara-negara yang melancarkan matawangeuro pada tahun 1999. Kadarpengangguran berada pada 7.6% oada Oktober 2006, iaitu lebih baik berbanding banyak negara Eropah yang lain, dan juga banyak bertambah baik berbanding kadar yang mencecah 20% pada awal 1990-an. Kelemahan ekonomi Sepanyol yang berterusan termasuk inflasi tinggi,[15]ekonomi bawah tanah yang besar,[16] dan sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD.[17] Namun begitu, adalah dijangkakan bahawa ekonomi Sepanyol akan terus berkembang berdasarkan kekuatan industri yang lebih besar, pertunbuhan ekonomi global dan perdagangan terbesar dengan Amerika Latin dan Asia.

Ekonomi Sepanyol dikenali kerana tidak pernah terkena kadar pertumbuhan sifar maya bagi sebilangan rakan dagang terpenting di EU.[18] Sebenarnya, ekonomi engara telah membuka lebih spearuh daripada semua pekerjaan baru dalam Kesatuan Eropah selama lima tahun sehingga tahun 2005.[19] Maka itu, ekonomi Sepanyol dewasa ini dianggap sebagai antara yang paling dinamik dalam EU, dengan menarik sejumlah besar pelaburan asing.[20]

Sejak tahun 1990-an, beberapa syarikatasal Sepanyol mula memperoleh status multinasional. Syarikat-syarikat ini mengembangkan pasaran mereka ke Amerika Latin yang mempunyai perkaitan budaya. Sepanyol merupakan pelabur asing kedua terbesar di Amerika Syarikat setelah Amerika Syarikat. Di Asia, perusahaan-perusahaan Sepanyol mencari pasaran di China dan India.[21] Syarikat-syarikat ini bersaing dengan perusahaan lain di Eropah.

Syarikat Sepanyol melabur dalam banyak bidang seperti bidangtenaga boleh diperbaharui (Iberdrola ialah salah satu syarikat-syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar dunia).[22] Bidang-bidang lain termasuk teknologi sepertiTelefónica,Abengoa,Mondragon Corporation,Movistar,Hisdesat,Indra, penghasilan kereta api sepertiCAF,Talgo, perusahaan tekstil sepertiInditex, perusahaan minyak sepertiRepsol, serta firma pembinaan pengangkutan sepertiFerrovial,Acciona,ACS,OHL danFCC.[23]

Pelancongan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pelancongan di Sepanyol

Pada tahun 2017, Sepanyol adalah negara kedua paling banyak dikunjungi di dunia dengan angka kira-kira 82 juta orang pelancong, memecahkan rekod jumlah pelancong selama lima tahun bertutut-turut.[24] Ibu pejabatPertubuhan Pelancongan Dunia terletak di Madrid.

Kedudukan geografi Sepanyol, kawasan pantai terkenal, landskap pelbagai, warisan sejarah serta budaya yang dinamik, dan infrastruktur yang sangat baik telah menjadikan industri pelancongan Sepanyol sebagai antara industri-industri pelancongan yang terbesar di dunia. Dalam lima dekad terakhir, bidang pelancongan antarabangsa di Sepanyol telah tumbuh menjadi yang kedua terbesar di dunia dalam hal pembelanjaan, dengan nilai sekitar 40 bilion Euro atau sekitar 5% KDNK pada tahun 2006.[25][26]

Tenaga

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Tenaga di Sepanyol

Sepanyol merupakan salah satu negara-negara utama dalam pengembangan dan penghasilantenaga boleh diperbaharui. Pada 2010, Sepanyol menjadi pengeluartenaga suria terbesar dunia, mengalahkan AS dengan stesen janakuasa suriaLa Florida diAlvarado, Badajoz.[27][28] Sepanyol juga menjadi pengeluar tenaga angin utama di Eropah. Pada 2010, penghasilan elektrik melalui kuasa angin menghasilkan 42.976 GWh, menyumbang 16.4% tenaga elektrik Sepanyol.[29][30][31] Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui lain yang digunakan di Sepanyol termasukhidroelektrik,biojisim, dantenaga laut (2 pembangkit dalam pembangunan).[32]

Tenaga tak diperbaharui yang digunakan di Sepanyol ialahtenaga nuklear (8 reaktor), gas, batu arang dan minyak. Tenaga daripada bahan bakar fosil menyumbang 58% tenaga elektrik Sepanyol tahun 2009. Tenaga nuklear menyumbang 19%, sedangkan hidroelektrik menyumbang dalam 12%.[33]

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Sepanyol

Pada 1 Januari 2017, Spanyol memiliki jumlah penduduk sebanyak 46,528,966 orang, menurun sebanyak 0.5% sejak 2011.[34] Jumlah penduduk Sepanyol memuncak pada 2012 pada sekitar 46,818,216 orang, sebahagian besar kerana para imigran kembali ke rumah akibat krisis ekonomi dan fiskal Eropah.[35] Kepadatan penduduknya ialah 91.4 penduduk per km2, lebih rendah dari negara-negaraEropah Barat utama. Kecuali ibu kotaMadrid, daerah yang paling padat penduduknya terletak di kawasan pesisir pantai.

Populasi Spanyol meningkat dua kali ganda selama abad ke-20, tetapi pola pertumbuhannya sangat tidak sekata kerana migrasi internal berskala besar dari pedalaman perkampungan ke kawasan industri, sebuah fenomena yang terjadi lebih lewat daripada negara-negara Eropah Barat. Tidak kurang 11 daripada 50 provinsi di Sepanyol mengalami penurunan populasi mutlak selama abad ini.

Budaya

[sunting |sunting sumber]
The Hemispheric diCiutat de les Arts i les Ciències, Valencia

Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya.Budaya Sepanyol berakar umbi dalam budayaCeltiberia,Latin,Visigothik,Katolik, dan secara kecil-kecilan,Islam, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat (yang didominasi sejak berabad lalu olehkerajaan Castilla) dengan beberapa rantau dan golongan minoriti. Tambahan pula, sejarah negara dan persekitaran Mediterranean dan Atlantiknya banyak berperanan dalam membentuk budayanya.

Sepanyol mempunyai bilanganTapak Warisan Dunia UNESCO kedua tertinggi di dunia, iaitu 40 kesemuanya, mengekoriItali.

Pendidikan di Sepanyol

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pendidikan di Sepanyol

Rangkapendidikan di Sepanyol dihuraikan dalam rencana ini. Pendidikan Negeri di Sepanyol adalah percuma dan wajib dari usia 6 hingga 16 tahun. Sistem pendidikan masa kini bergelar LOGSE (Ley de Ordenación General del Sistema Educativo).

Akademi Sepanyol

[sunting |sunting sumber]

Real Academia Española ("Akademi Sepanyol Diraja";RAE) ialah institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal penggunaanbahasa Sepanyol. Akademi ini bertapak diMadrid,Sepanyol, dan digabungkan bersama akademi-akademi bahasa kebangsaan di 21 negara berbahasa Sepanyol melaluiPersatuan Akademi-akademi Bahasa Sepanyol.

Seni Sepanyol

[sunting |sunting sumber]
"Las Meninas" olehDiego Velázquez, 1656–57

Kesenian Sepanyol ialah sebentuk seni yang penting dan berpengaruh di Eropah. Seni Sepanyol ialah nama yang diberi kepada disiplin dan karya kesenian yang berkembang di Sepanyol sepanjang masa, dan juga yang dibuat oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh. Warisan Moor di Sepanyol, terutamanya diAndalusia masih jelas dilihat pada masa kini di bandaraya sepertiCórdoba,Seville, danGranada. Pengaruh negara Eropah lain termasuklahItali,Jerman danPerancis, khususnya ketika zamanBarok danNeoklasik.

Kesusasteraan Sepanyol

[sunting |sunting sumber]
Cantar de Mio Cid ialahcantar de gesta berbahasa Sepanyol tertua yang masih wujud.

Kesusasteraan Sepanyol ialah nama yang diberi kepada karya sastera yang dikarang di Sepanyol sepanjang zaman, dan oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh dan, maka itu, banyak kepelbagaiannya.

Seni bina Sepanyol

[sunting |sunting sumber]
Alhambra. PandanganIstana Singa-singa

Seni bina Sepanyol menyentuh mana-mana kerjaseni bina yang dijalankan ketika mana-mana zaman diSepanyol masa kini, dan oleh jurubina Sepanyol di seluruh dunia. Istilah ini termasuklah bangunan-bangunan yang dibina dalam batasan geografi Sepanyol sebelum nama ini diberi kepada wilayah-wilayahnya (sama ada bergelarHispania,Al-Andalus, atau dibenutuk daripada beberapa kerajaan Kristian). Oleh sebab kepelbagaian sejarah dan geografinya, seni bina Sepanyol turut mengalami banyak pengaruh.

Contohnya,Cordoba ditubuhkan sebagai pusat kebudayaan ketikadinasti Umayyad. Serentak dengan itu, kerajaan-kerajaan Kristian beransur-ansur timbul dan memajukan gaya tersendiri, mula-mulanya banyak berasingan daripada pengaruh seni bina Eropah, dan kemudiannya bersepadu dengan aliranRomanesque danGothic, lalu mencapai kemuncak yang mengagumkan dengan berbilang-bilang contoh di sekitar seluruh wilayahnya. GayaMudéjar yang diamalkan dari abad ke-12 hingga abad ke-17, disifatkan sebagai campuran pengaruh budaya Eropah dan Arab.

KetibaanModernisme di arena akademik menghasilkan tokoh-tokoh sepertiGaudí dan kebanyakan seni bina abad ke-20.Gaya seni bina antarabangsa diterajui pergerakan sepertiGATEPAC. Sepanyol sedang mengalami satu revolusi dalamseni bina kontemporari danArkitek-arkitek Sepanyol sepertiRafael Moneo,Santiago Calatrava,Ricardo Bofill dan lain-lain meraih perhatian seluruh dunia.

Muzik Sepanyol

[sunting |sunting sumber]

Muzik Sepanyol sering disamakan oleh orang luar denganflamenco, satu genre muzik Andalusia yang sebenarnya tida terkenal di luar rantau tersebut. Pelbagai gaya muzik rakyat rantauan terdapat diAragon,Catalonia danCastilla. Muzik moden seperti pop, rock, hip hop dan heavy metal juga popular.

TapasCalamares

Masakan Sepanyol

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Masakan Sepanyol

Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbiMediterraneannya yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik.

Sukan di Sepanyol

[sunting |sunting sumber]

Sukan di Sepanyol selama ini didominasi olehbola sepak (sejak awal abad ke-20),lumba basikal danlawan lembu (sejak abad ke-17). Kini, Spain ialah sebuah kuasa sukan utama di dunia, terutamanya sejakSukan Olimpik 1992 yang dianjurkan diBarcelona dan melariskan beraneka sukan di negara ini. Industri pelancongan banyak membantu meningkatkan prasarana sukan, terutamanya untuksukan air,golf danski.

Cuti umum di Sepanyol

[sunting |sunting sumber]

Cuti umum yang dirai di Sepanyol merangkumi secampuran amalan-amalan keagamaan (Katolik), kebangsaan dan rantauan. Setiap majlis perbandaran dibenarkan untuk mengisytiharkan maksimum 14cuti umum setiap tahun; sebanyak sembilan daripadanya dipilih oleh kerajaan negara dan sekurang-kurangnya kedua dipilih di peringkat setempat.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Di Sepanyol, beberapabahasa lain turut memperoleh taraf rasmi di sesetengah kawasan berdasarkan statut autonomi setempat. Dalam hal ini, nama panjang lazim dalam hal-ehwal antarabangsa dan yang paling lazim (Sepanyol:Reino de España, disebut:Sebutan Sepanyol:[ˈrejno ð(e) esˈpaɲa]) adalah seperti yang berikut:
  2. ^Bahasa rasmi Negeri ditetapkan dalam Seksyen 3Perlembagaan Sepanyol sebagai Castilia.[2]Dalam sesetengahkomuniti autonomi,Catalonia/Valencia,Galicia,Basque danOccitan (secara tempatan dikenali sebagaiAranese) ialah bahasa rasmi bersama.Bahasa Aragon danAsturia mempunyai beberapa tahap pengiktirafan kerajaan di peringkat wilayah.
  3. ^Sepanyol telah menjadi ahliKesatuan Eropah sejak 1993.
  4. ^Peseta digunakan sebelum 2002.
  5. ^Domain.eu juga digunakan bersama dengan negara anggota Kesatuan Eropah yang lain. Di samping itu, domain.cat digunakan diCatalonia,.gal diGalicia dan.eus di Basque.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Kepresidenan Kerajaan (11 Oktober 1997)."Real Decreto 1560/1997, de 10 de Oktubre, por el que se regula el Himno Nacional"(PDF).Boletín Oficial del Estado núm. 244 (dalam bahasa Sepanyol).Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015.
  2. ^"The Spanish Constitution". Lamoncloa.gob.es. Diarkibkan daripadayang asal pada 25 Mac 2013. Dicapai pada26 April 2013.
  3. ^"Instituto Nacional de Estadística. Población (españoles/extranjeros) por País de Nacimiento, sexo y año".ine.es.Instituto Nacional de Estadística.
  4. ^"Religions in Spain | PEW-GRF".
  5. ^"Anuario estadístico de España 2008. 1ª parte: entorno físico y medio ambiente"(PDF).Instituto Nacional de Estadística (Spain).Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada14 April 2015.
  6. ^"Surface water and surface water change".Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Dicapai pada11 Oktober 2020.
  7. ^"DataBank - Population estimates and projections" (dalam bahasa Inggeris). The World Bank. 2023. Dicapai pada6 Januari 2023.
  8. ^abcd"World Economic Outlook Database, Oktober 2022".IMF.org.Tabung Kewangan Antarabangsa.
  9. ^"Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey".ec.europa.eu.Eurostat. Dicapai pada7 Ogos 2022.
  10. ^"Human Development Report 2021/2022"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 8 September 2022. Dicapai pada8 September 2022.
  11. ^Jones, Russell (2007).Loan-Words in Indonesian and Malay. Yayasan Pustaka Obor Indonesia. m/s. 283.
  12. ^"espanhol (nome mascolino)".Portal da Língua Portuguesa (dalam bahasa Portugis). Instituto de Linguística Teórica e Computacional. Dicapai pada25 Disember 2020.
  13. ^"Iberia vs Hispania: Origen etimológico".Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2016.
  14. ^ABC.""I-span-ya", el misterioso origen de la palabra España".Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2016.
  15. ^"Spain's Economy: Closing the Gap," dalamOECD Observer, Mei 2005. Retrieved 8 Julai 2007.
  16. ^Going Underground: America's Shadow EconomyDiarkibkan 2012-12-10 diarchive.today, majalah FrontPage, Januari 2005
  17. ^OECD report for 2006
  18. ^OECD figures
  19. ^Economic statistics
  20. ^"Official report on Spanish recent Macroeconomics, including tables and graphics"(PDF). Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 26 Julai 2008. Dicapai pada26 Oktober 2007.
  21. ^"A good bet?".The Economist. Business. Madrid. 30 April 2009. Dicapai pada14 Mei 2009.CS1 maint: ref=harv (link)
  22. ^"Spain's Iberdrola signs investment accord with Gulf group Taqa".Forbes. 25 Mei 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 Jun 2010. Dicapai pada1 Januari 2021.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^"Big in America?".The Economist. Business. Madrid. 8 April 2009. Dicapai pada14 Mei 2009.CS1 maint: ref=harv (link)
  24. ^"Spain posts record number of 82 million inbound tourists in 2017". 10 Januari 2018. Dicapai pada10 Februari 2018.
  25. ^"Global Guru | analysis". The Global Guru. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 Januari 2011. Dicapai pada13 Ogos 2008.
  26. ^"Economic report"(PDF).Bank of Spain. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 26 Julai 2008. Dicapai pada13 Ogos 2008.
  27. ^Morning Edition (15 Julai 2010)."Spain Is World's Leader In Solar Energy". Npr.org. Dicapai pada4 September 2010.
  28. ^"Spain becomes solar power world leader". Europeanfutureenergyforum.com. 14 Julai 2010. Diarkibkan daripadayang asal pada 24 November 2010. Dicapai pada4 September 2010.
  29. ^"Spain becomes the first European wind energy producer after overcoming Germany for the first time". Eolic Energy News. 31 Disember 2010. Dicapai pada30 April 2011.
  30. ^"Asociación Empresarial Eólica – Spanish Wind Energy Association – Energía Eólica". Aeeolica.es. Dicapai pada30 April 2011.
  31. ^Méndez, Rafael (9 November 2009)."La eólica supera por primera vez la mitad de la producción eléctrica".El País (dalam bahasa Spanish). Ediciones El Pais. Dicapai pada8 Ogos 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^Morning Edition."La Fuerza del Mar". revista.consumer.es. Dicapai pada5 Jun 2011.
  33. ^Energy in Sweden, Facts and figures, The Swedish Energy Agency, (in Swedish: Energiläget i siffror), Table for figure 49. Source: IEA/OECD[1]Diarkibkan 2013-10-16 diWayback Machine.
  34. ^"Cifras de Población a 1 de enero de 2014"(PDF) (dalam bahasa Sepanyol). 30 Jun 2017. Dicapai pada6 Mac 2017.
  35. ^"Spain's population falls for first time since 1940s as immigrants flee crisis". Toronto. 22 April 2013. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 Mei 2013.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)

Karya dipetik

[sunting |sunting sumber]
  • Gates, David (2001).The Spanish Ulcer: A History of the Peninsular War. Da Capo Press.ISBN 978-0-306-81083-1.
  • "The Spanish Constitution"(PDF) (dalam bahasa English). Agencia Estatal Boletín Oficial del Estado. 1978. Dicapai pada10 Jun 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Carr, Raymond, ed.Spain: a history. Oxford University Press, USA, 2000.
  • Callaghan O.F Joseph. A History of Medieval Spain Cornell University Press 1983

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangSepanyol diWikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Kerajaan
Peta
Pelancongan
Rencana berkaitan dengan Sepanyol
Templat:Sovereign states of Europe

Templat:Countries and territories bordering the Mediterranean SeaTemplat:Members of the European Union (EU)Templat:European Economic Area (EEA)

Templat:Member states of the OECD
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Pangkalan data saintifik
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sepanyol&oldid=5823274"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp