Soprano ialahpenyanyiwanita yang kebiasaannya mempunyailingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koral (ataukoir); atau mempunyailingkungan suara dari "C6, dua oktaf di atas C tengah" untuk muzikopera. Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah darilingkungan suara kebiasaannya. Dalam nyanyian 4 penyanyikoral berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodimuzik nyanyian.
Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk kepadapenyanyi yang bersuara tertinggi dalamlingkungan suarawanita, sesekala digunakan juga untuklelaki.Penyanyi kanak-kanaklelaki yang belum pecah suara dikenali sebagai "boy soprano" atau juga sebagai trebal (treble) untuk nyanyian gereja. Penyanyi lelaki dewasa yang mampu menyampaikan nada setinggi ini dikenali sebagaisopranis danpenyanyi lelaki yang menggunakanfalseto (teknik pemalsuan suara) untuk nyanyian nada setinggi ini dikenali sebagaikauntertenor.
Kewujudnya soprano lelaki adalah berdasarkan tamadun lama yang mana kaum wanita tidak dibenarkan menyanyi di dalam gereja ataupun di sesetengah persembahan terbuka. Oleh itu, penyanyi soprano kanak-kanak lelaki (boy soprano) digunakan untuk menyanyikan bahagian nada tinggi di dalam gereja. Pada ketika itu, kebanyakan penyanyi soprano kanak-kanak lelaki ini dikembirikan sebelum mencapai akil baligh untuk mengelakkan suara mereka bertukar apabila dewasa. Apabila sudah dewasa, kanak-kanak lelaki yang telah dikembirikan dikenali sebagaikastrati (ataukastrato).
Kategori suara (fächer) dan bahagian soprano dalam opera
Dalamopera, tessitura (corak suara), berat suara, dan timbre (kualiti dan warna suara) seorang soprano dan peranan yang mereka nyanyikan kebiasaannya dikategorikan menurut jenis suara, kerap dipanggil fach atau fächer, yang diambil daribahasa Jerman.
Nota untuk penjelasan lingkungan suara dan tessitura (corak suara): Penyanyi pop dan penyanyikoral (koir) diklasifikasikan dalam bahagian suara berdasarkanlingkungan suara; Penyanyi klasikal solo pula diklasifikasikan dalam bahagian suara menurut tessitura (corak suara), yang mana suara mereka perlu berada dalam timbre (kualiti dan warna suara) yang terbaik dan senang diubah (suara dinamik). Sebagai contoh, seorangpenyanyi soprano danpenyanyimezzo-soprano boleh menyampaikan nada tinggi atau rendah yang sama, tetapi tessitura (corak suara) mereka terletak dalam lingkungan yang berbeza.
Lingkungan suara soprano: Suara terendah soprano adalah di antara B3 atau A3 (bawah sedikit dari C tengah). Jarang sekali untuk seorang soprano tidak berupaya mencapai nota rendah.
Suara tertinggi yang paling minima; seorang soprano bukan koloratura perlu mencapai "soprano C" (C6, dua oktaf di atas C tengah), dan kebanyakan peranan untuk repertoir piawaian bagi seseorang soprano adalah D6 atau D – 6 datar. Ada juga sesetengah peranan yang mencapai E – 6 datar. Untuk repertoir seseorang koloratura, terdapat banyak peranan yang memerlukan E – 6 datar, seperti peranan "Queen of the Night" dalamopera "The Magic Flute" terdapat banyak staccato F6. Walaupun tanpa tessitura , seorang penyanyi soprano yang baik tetap boleh menyampaikan nada dengan ketinggian suara penuh bersama timbre dan penguasaan suara dinamik.
Berikut adalah fächer sopranoopera diikuti dengan peranan piawaian repertoir mereka:
Soprano koloratura lirik. Suara yang tinggi, padu dan ringan dengan ketinggian sambungan atas dan berupaya membuat koloratura pantas. Suara ini kerap digunakan untukbel kanto dan kolaratura. Suara ini adalah yang paling kerap dipilih untuk nyanyian untuk muzik Barok dan juga pada awal era muzik.
Contoh penyanyi termasuklah Lily Pons, Beverly Sills, Edita Gruberová dan Natalie Dessay.
Soprano koloratura dramatik. Suara koloratura yang penuh bertenaga dan dramatik. Boleh membuat koloratura vokal yang pantas dalam suara penuh dan berupaya menyanyi melebihi dariorkestra dengan senang dan lincah. Mereka tidak semestinya memiliki ketinggian sambungan atas seperti soprano koloratura lirik. Suara ini merupakan suara yang bukan senang dimiliki. Ini adalah kerana suara ini memerlukan kord vokal yang tebal untuk menghasilkan bunyi dramatik yang kebiasaannya kurang tangkas. Peranan untuk suara ini biasanya memang ditulis khas termasuk peranan berat karyaMozart, perananbel kanto dan pada awal eraVerdi.
Suara ringan tetapi menyerlah, timbre yang halus dan tessitura pada lingkungan pertengahan. Suara ini kebiasaannya memainkan peranan komidi, adegan yang agak lincah tetapi sebagai watak yang diminati ramai. Sesetengah penyanyi soubret boleh juga menyanyikan peranan soprano koloratura lirik seperti peranan Gilda dan Norina. Sebagai tambahan, muzik barok, era awal muzik dan opera barok begitu juga lagu seni amat mengemari suara yang ringan dan merdu. Peranan soubret juga boleh dimainkan oleh soprano lirik ringan dan juga soprano koloratura lirik, begitu juga penyanyi mezzo-soprano.
Contoh penyanyi termasuklah Emma Kirkby, Kathleen Battle, Dawn Upshaw dan Barbara Bonney.
Suara merdu yang lembut, mempunyai timbre penuh yang boleh melebihi muzikorkestra. Kebiasaannya mempunyai tessitura yang tinggi berbanding dengan penyanyi soubret. Suara ini kerap digunakan untuk peranan seorang gadis cantik yang baik dan naïf, begitu juga peranan-peranan yang simpatetik. Soprano lirik terbahagi kepada 2 kumpulan:-
Sopranolirik ringan. Suara ini selalunya memiliki pakej lengkap lakonan termasuk dari bakat seni muzik, rupa wajah dan skil lakonan. Suara ini juga perlu berhati-hati dalam pemilihan repertoir atau peranan untuk mengelakkan suara mereka roask jika menyanyikan lagi-lagu yang memerlukan suara soprano yang berat.
Contoh penyanyi termasuklah Lisa della Casa, Teresa Stratas, Ileana Cotrubaş, Ruth Ann Swenson dan Anna Netrebko.
Sopranolirik penuh. Kebanyakan penyanyi soprano lirik penuh memiliki suara yang amat matang berbanding dengan suara soprano lirik ringan, menjadikan merekea tidak sesuai untuk peranan nyanyian yang ringan. Kebiasaannya, Soprano lirik penuh mempunyai suara yang besar menjadikan mereka amat mudah untuk memegang peranan yang memerlukan suara padu, jelas dan mantap.
Juga dikenali sebagai liriko-spinto (bahasa Itali bermaksud “lirik tolak”). Suara ini mempunyai warna vokal seorang soprano lirik tetapi boleh ditarik hingga ke klimaks dramatik dengan senang. Suara ini dikatakan lebih teguh dan lasak berbanding dengan soprano lirik. Suara ini juga boleh menyanyi menerusi muzik orkestra berbanding menyanyi melebihi muzik orkestra seperti yang dibuat oleh penyanyi soprano dramatik. Ia juga amat dinamik dan boleh mengendalikan perubahan suara dengan baik yang menjadikan suara ini boleh melakonkan peranan soprano dramatik dan soprano lirik.
Suara ini banyak digunakan untuk peranan-peranan yang ditulis olehpenggubah-penggubah sepertiVerdi danPuccini. Penyanyi soprano spinto yang sejati amatlah sukar didapati. Kebanyakan penyanyi untuk peranan ini dinyanyikan oleh penyanyi dari fächer yang lain seperti soprano lirik. Menurut laporat, terdapat agak ramai penyanyi soprano lirik yang suara mereka didapati rosak setelah mengambil peranan seorang “spinto”.
Contoh penyanyi termasuklah Zinka Milanov, Antonietta Stella[1] Leontyne Price, Whitney Houston, Jennifer Hudson dan Aprile Millo.
Suara yang penuh kuasa, kaya dan emotif yang boleh menyanyi melebihi sesebuahorkestra penuh. Ketebalan kord vokal dalam suara penyanyi dramatik menjadikan mereka kurang tangkas dari suara soprano ringan tetapi mempunyai kelebihan besar untuk mendapat bunyi yang padu dan penuh. Suara ini digunakan untuk peranan wanita utama di dalam persembahanopera.
Contoh penyanyi termasuklah Ghena Dimitrova, Jessye Norman, Karita Mattila dan Deborah Voigt.
Nama sempenapenggubahRichard Wagner yang gemar menulis peranan sebegini. Suara ini ialah suara dramatik yang dikatakan boleh melangkaui sebuah orkestra besar yang mempunyai lebih dari 80 pemian muzik. Suara ini dianggap sebagai suara yang amat berkuasa, cukup mantap berbanding dengan lain-lain jenis soprano. Suara ini amatlah jarang didapati dan dikatakan hanya terdapat satu atau dua dalam satu-satu generasi. Terdapat pendapat-pendapat yang bercanggah bahawa tidak ada seorang pun penyanyi soprano masakini yang boleh dianggap sebagai penyanyi soprano “Wagnerian”.
Contoh penyanyi termasuklah Kirsten Flagstad dan Birgit Nilsson.
Dua lagi jenis soprano terutamanya yang paling diminati oleh rakyat Perancis ialah Dugazon dan Falcon. Ini adalah jenis-jenis suara perantaraan di antara soprano dan mezzo-soprano :- Dugazon adalah jenis suara soubret yang berwana gelap (suara lebih dalam), Falcon ialah jenis suara soprano dramatik berwanra gelap.
Muzik popular merujuk kepada nyanyian muzik yang lain dariopera seperti penyanyi pop dsb
Walaupun suara penyanyi-penyanyi muzik popular selalunya sukar untuk dikategorikan, namun sesetengah penyanyi muzik popular yang mempunyai suara tinggi, terang dan jelas diiktiraf ramai sebagai soprano, seperti Sarah Brightman, Tarja Turunen, Celine Dion dan Mariah Carey.