Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sophia Pakih Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sophia Pakih Muda (meninggal 1949) adalah isteri kepada pejuangRejimen Askar MelayuAdnan bin Saidi yang maut ketika menentang tentera Jepun diBukit Candu,Singapura. Sophia sekampung dengan Adnan di Kampung Sungai Ramal, Kajang,Selangor, merupakan seorang guru.[1]

Sophia berkahwin dengan Lt. Adnan Saidi pada 1937 setelah kembalinya Adnan dariLondon,[2] dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal diSeremban danJohor), dan seorang anak perempuan.[1]

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan diSingapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar diPasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluargaRejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperanganPerang Dunia II semakin hampir, dan pihakJepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka diKajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama, dan Adnan tidak sempat berjumpa dengan bayi perempuannya yang meninggal sejurus selepas kejatuhanSingapura.[2]

Sophia di layar perak

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun2000,Umie Aida telah dipilih untuk membawakan watak Sophia, di mana versi dalam filemLeftenan Adnan itu diberi nama Safiah. Menerusi watak ini, Umie telah dicalonkan untuk merebut anugerahPelakon Wanita Terbaik diFestival Filem Malaysia ke-15.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abBiography - Lt. Adnan Saidi Habitatnews
  2. ^abLieutenant Adnan Saidi National Library Board Singapore

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sophia_Pakih_Muda&oldid=5429146"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp