Sony Ericsson ialah satu syarikatusaha sama yang ditubuhkan pada tahun2001 oleh syarikatelektronikJepunSony Corporation dan syarikat telekomunikasiSwedenEricsson untuk membuattelefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.
Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbandingMotorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakangNokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.[perlu rujukan]
Ericsson, yang telah berada dalam pasaran telefon bimbit sejak berdekad, membuat keputusan untuk melepaskan bisnes ini pada tahun 2001 berikutan kerugian besar. Ericsson membuat keputusan untuk memperolehi sumber cip bagi telefon bimbitnya daripada sumber tunggal, sebuah kilangPhilips diNew Mexico. Pada Mac2000 kebakaran di kilang Philips tersebut telah menyebabkan pencemaran di makmal steril. Philips memberi jaminan kepada Ericsson danNokia (satu lagi pelanggan utama kilang tersebut) bahawa pengeluaran akan tertangguh dalam masa kurang daripada seminggu. Apabila sudah jelas bahawa pengeluaran sebenarnya tertangguh selama berbulan-bulan, Ericsson mengalami masalah kekurangan bahan yang serius. Nokia sudah pun mula mendapatkan bahagian daripada sumber alternatif, tetapi keadaan Ericsson position bertambah buruk memandangkan kedua-dua pengeluaran bagi model semasa serta pelancaran model baru telah ditangguhkan.[1]
Sony Ericsson ialah penaja global kepadaPersatuan Tenis Wanita (WTA), dan kerja-kerja bersama persatuan tersebut bagi mempromosikan pertandingan jelajah di lebih 80 bandar raya.
Sony Ericsson telah membeliUIQ Technology, sebuah syarikat perisian Sweden daripadaSymbian Ltd. pada Februari 2007. Miles Flint mengumumkan bahawa UIQ akan kekal sebagai sebuah syarikat bebas.[perlu rujukan]
Pada 15 Oktober 2007, Sony Ericsson mengumumkan semasa Pertunjukan Telefon Bimbit Pintar Symbian bahawa mereka akan menjual separuh daripada saham UIQ yang dimilikinya kepadaMotorola, menjadikan teknologiUIQ dimiliki oleh dua syarikat besar telefon bimbit.