Solresol ialah suatubahasa buatan ciptaanFrançois Sudre, bermula pada 1827. Beliau menerbitkan buku utama tentangnya,Langue musicale universelle, pada 1866, walaupun beliau telah mengiklankannya selama beberapa tahun sebelumnya. Solresol menikmati waktu popular seketika, mencapai kemuncaknya sebelum kematianBoleslas Gajewski yang telah menerbitkanGrammaire du Solresol pada tahun 1902.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silamembantu, bahan-bahan boleh didapati diSolresol(Inggeris).Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak diterjemahan Google. Walau bagaimanapun,jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Perkataan bahasa Solresol dibentuk dengan hanya tujuh suku kata berdasarkansolfège. Suku kata tersebut boleh diwakili dengan pelbagai cara iaitu melalui nada not muzik berbeza, suku kata yang ditutur/nyanyikan (berdasarkansolfège, cara mengenalpastinot muzik), warna, simbol, isyarat tangan dan sebagainya.
Dalam bahasa ini, perkataan yang lebih panjang dibahagikan menjadi kategori maksud, berdasarkansuku kata atau not pertamanya. Perkataan yang bermula dengan 'sol' membawa maksud berkaitankesenian dansains, atau, jika bermula dengan 'solsol',penyakit danperbuatan (cth, solresol, "bahasa"; solsolredo, "migrain").
Satu ciri unik Solresol adalah penafian maksud dengan membalikkan suku kata dalam perkataan. Contohnya, "fala" bermaksud baik atau sedap, dan "lafa" bermaksud tidak sedap atau tidak baik.
Jadual berikut menunjukkan perkataan-perkataan dua suku kata:
Suku kata pertama / kedua
(tiada)
-do
-re
-mi
-fa
-sol
-la
-si
Do-
tidak, bukan
(kala tak sempurna)
saya
kamu (tunggal)
dia
diri, sendiri
seseorang
lain-lain
Re-
dan, dan juga
saya, saya punya
(kala lampau)
kamu punya (tunggal)
dia punya
kami punya
kalian, kalian punya
mereka punya
Mi-
atau, ataupun
untuk
siapa, yang mana, bahawa
(kala depan)
whose, of which
baik-baik
ada, lihatlah
selamat petang/malam
Fa-
to
apa?
dengan, bersama
ini, itu
(kala syarat)
kenapa, untuk sebab apa
baik, sedap (dimakan)
sangat, amat
Sol-
jika
tetapi
dalam / di dalam
salah
kerana
(kata perintah)
selama-lamanya, selalu, tanpa henti
terima kasih
La-
(artikel pasti)
tiada, tak apa, tak siapa
oleh
sini, sana
buruk, teruk
tidak pernah, tidak akan
(partisipel kini)
kepunyaan
Si-
ya, baik, setuju, dengan gembiranya
sama (benda)
setiap, tiap-tiap
selamat pagi/petang
sedikit, jarang
Encik*
pemuda, bujang*
(partisipel pasif)
* Untuk menukar menjadi perempuan, stres diberikan kepada suku kata terakhir.
amat saksama (sama senang susahnya untuk semua orang seperti bahasa buatan a priori lain)
sistem bersepadu (bahasa isyarat, warna, dll.) untuk kebanyakan jenis golongan cacat, boleh digunakan serta-merta tanpa pembelajaran khas)
mempercepatkan pembelajaran golongan buta huruf (hanya 7 suku kata atau tanda atau 10 huruf untuk dikenali dan dicam)
tiada kesusahan perlafazan
sistem yang amat ringkas tetapi berkesan untuk membezakan fungsi perkataan dalam ayat
Setelah disambut baik selama beberapa tahun, Solresol semakin dilupakan kerana disaingi bahasa-bahasa yang lain sepertiVolapük danEsperanto. Walaupunbagaimanpun, masih terdapat sebilangan kecil penggemar Solresol di merata dunia yang mampu berhubung sesama sendiri melalui bahantara elektronik sepertiInternet berbanding pada masa lampau.