Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Solat asar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Solat asar" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Sebahagian daripadasiri berkaitan
Perundangan Islam
(Fiqah)
Suatu disiplin kajianIslam


Solat Asar di Bandar Taoyuan,Taiwan.

Solat Asar[1] merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorangIslam yang masih waras dan hidup.Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyaratmata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niatqada.

Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut. Manakala tamatnya waktu adalah apabilamatahari terbenam di ufuk.

Solat yang terbaik ialah solat dimasjid ataupunsurau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambilwuduk secara sempurna. OrangIslam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.


Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-asar/#google_vignette".External link in|title= (bantuan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Solat_asar&oldid=6674388"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp